Garlic Bread + Garlic Butter Spread =.=

Dah lama benau pon buatnya Garlic Bread atau roti bawang putih ni. Hahaha. Semuanya gara2 penyakit teringin yang menguasai diri sebelum2 ni. Sekali masa dok menggodek draft, terjumpa entry ni. La.. belom publish lagi ghopenya. Alahai. Keterlupaan le pulak kannn. Nak buat camno, usia dah makin meningkat naik. ehehehe.

Suka sangat2 nak makan Garlic Bread ni sebab apa tau ?? sebab baunya yang buat saya tak tahan menahan lapar. Ya Allah, bila masak kan bau Garlic Butter Spread tu menusuk ke rongga2 hidung ni. Wangi sungguh la. Macam nak nangis je sambil buat Garlic Butter Spread, sambil dok hidu ambik bau dia. Siap sedut dalam2 yang tak menahan tu =_=
Hahahahaa. Apa pon tak boleh.

Garlic Butter Spread ni kalau tak nak buat sendiri, boleh je beli yang siap dipasaraya. Ada jenama Buttercup kan. Tapi saya tak pernah sekali pon beli yang dah siap tu. Cuma belek tengok apa yang digunakan. Hihihi. Kalau nak makan, buat sendiri je. Puas hati. Yang penting dapat ambik bau aromanya nanti. 

Garlic Butter Spread



Garlic Butter Spread yang sedia untuk di sapu pada roti. Buat stok banyak2 simpan dalam esbok. Sekejap je dah habis.

Nak buatnya macam ni ye, sediakan
* minyak zaitun
* bawang putih
* aluminium foil
* herba parsley (botol hijau)
* secubit garam



* bawang putih potong sikit bahagian atas tu. potong sebab nak bagi minyak zaitun tu menyerap masuk ke dalam.
* bila dah siap potong, tuang minyak zaitun tu sekeliling bawang putih. lumur/ ratakan ke semua bahagian.
* dah siap, balut denan aluminium foil kemas2
* masukkan dalam pemanggang ajaib. biarkan beberapa minit atau biar sampai bawang putih tu dah lembut. bila dah lembut. sejukkan.
* buka aluminium foil, kendian tarik kulit bawang putih tu. senang je keluarnya nanti sebab dah lembut kan.
* masukkan dalam tupperware, lenyekkan dengan garam, buttercup & herba parsley tadi. letak la sebanyak mana yang uols nak.



Garlic Butter Spread dah siap, boleh lah disapu pada roti. terpulang nak guna roti gardenia atau roti keras ni. mana2 pon sedap je dimakan :’)



Garlic Bread



potong ikut ketebalan yang disukai




beberapa keping roti gardenia dipotong panjang. nak potong macam mana, terpulang. 

kendian sapu Garlic Butter Spread.
bakar dalam pemanggang ajaib.. kalau ghajin lagi boleh bakar dalam oven.. 



sedap dicicah dengan Mushroom Soup. ini saya beli yang dalam peket je. jenama Knorr. 

mushroom soup ni ikut mood kalau nak membuatnya. buat sendiri lebih berbaloi tapi tu la tak berapa nak ghajin sikit. muahaaa :’)


Previous
Next Post »
28 Komentar untuk "Garlic Bread + Garlic Butter Spread =.="

musuh kwn iman ni bila iman mkn.dia kata bau busuk.iman kata sedap je

Kenyang & sedap d makan bler2 masa kan ;)

Aroma yg tak boleh tahan kan masa nak sediakan garlic bread ni... so, bila dah ready celup dlm mushroom soup aduhai sedapnya..

Lama sungguh tak makan garlic bread ni tapi spreadnya ada lagi dalam peti sejuk. Nampak sangat kemalasan yang menimpa diri :)

tQ bg resepi..
mcm tahu2 aje...nieyl teringin nak makan garlic bread buat sendiri...

Suka jugak, tapi garlic butter spread tu selalu k nrl beli yang dah siap... hehe

ini resepi klu saya buat n tunjuk kat anak buah , perghhh ... mmg tiap ada roti ler mika pi buat ...

rajinnya ciksu buat sendiri.. Kalau teringin, cari pizza hut jek la. hee

*ciksu, Ephyra ros dah jarang-jarang ambik. start busy masa nak pindah rumah bagai hari tu.. semua tak terjaga.. huhu... ada minum, tapi boleh dikira dengan jari.. Ciksu, masih dok minum ka Ephyra tu?...

Puas buat makan sendiri kan..

salam QR..
cma suka mkn garlic bread..tp kat piza hut jer..nk buat sendiri tak reti *malas* eheh..
dap dap dap

Kira pun suka. Klu pegi pizza mesti oder. Org lain xnk tumpang pum xpe hahaha.

xpe lpas ni blh buat sndiri ;)

rajin buat garlic spread sndiri..^_^

ayu pun gila gk ngan roti garlic kat pizza hut. cume skrg ni tgh alahan je blm slera. nanti dah ok nak buat sendiri la.hehe

eh! senang je ye...tak tau plak sesenang ni ye...

memg sedap nak nak cicah dgn sup mushroom tuh...

ohhhh gitu yeh Cik Sue cara dia.... baru tau hehe...
Tak terfikir pun cik Sue....dapat ilmu untuk hari. TQ cik Sue

Sedapnya. Simple jer resipi yerp.

sedapnyaa..buat minum petang atau sarapan sedap nih..:)

ciksue mengidam??

Nampak sedap.

Jemput blog saya

http://rehanswardrobe.blogspot.com/2014/11/garlic-bread-sangat-simple-sedap-kenyang.html

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF