Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi ^_*

Misi JJCM kali ni kami ke Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi. Baru pertama kali ke sini. Teringin nak mencuba keaslian mee yang ditarik selepas diorder. Mee asli katanya =_=


Menu pilihan yang dipilih untuk dicuba :’)


"Fungus Noodles with Meat" RM8
ada cendawan shintake, daging, capsicum merah + hijau + tak pedas
puas makan sebab banyak dalam satu pinggan tu.. dengan rasa meenya yang lain daripada lain.. 


 mee cik abe.. apa nama ntah.. lupa dah.. RM8, ada daging, ada capsicum merah & hijau + tak pedas

* special dekat mee tarik tu je.. rasa lain dari mee kuning yang biasa dimakan tu
**kuahnya biasa2 je tapi sedapp


Toothpick Lamb RM24
daging yang diperap dengan rempah kendian digoreng.. senang nak makan sebab dicucuk dengan lidi tu. sekali masuk mulut je.. daging pon dipotong halus comel jek.
tak pedas, tak manis.. tapi rasa masin2 berempah gituu.. saya makan Toothpick Lamb ni dengan kuah mee saya.. kiranya dah habis makan mee baru saya nyicah daging tu dengan kuah.. sedappp :’)


kusyuk adik tu tengok kerja2 menarik mee.. 


 pergi hari sabtu lepas.. masa sampai tu around jam 1215 tengah hari.. 
dua meja je ada pelanggan.. tak lama kendian, dah mula penuh, pelanggan silih berganti..


pilihan jalan jalan cari makan tahun 2012.. masa zaman Iqram Dinzly

Total kesemuanya Mee RM16, Toothpick Lamb RM24, Air Limau Suam RM2  & Sirap Limau RM2..

Kesimpulannya, boleh datang lagi untuk mencuba menu lain pulak. In shaa Allah.




Previous
Next Post »
21 Komentar untuk "Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi ^_*"

ini mmg tempat peberet lieya tau...siyes! lieya suke sbb lieya ni suke mee2 nie...lagi2 mee tarik ni.... paling suke amik mee meat wif fungus tu.... eh ntah le lupe name nye hahahaahaha

Akk pernah dtg sini sekali jerk...mkn mee sejuk kot yg 2nd pic tu..uuhuhu..buat rasa oklah sbb xblhh masuk tekak akk hehehe...pegi pun sbb kwn2 ajak try mkn.. :)

kalau nak dtg lg tu maknanya mesti sedap. tak jumpa pulak yg dekat

oo, ok gak harga dia..blh la nak gi try nanti...

teruja tengok toothpick Lamb..he3..

menarik gak kedai nih..die buat mee kat situ gak ya..=)

toothpick lamb tu macam kena hati2 jer nak makan, ni kalau bagi kat papa jj mesti dia komplen ni, buat susah susah jer katanya muahaha.

Sedapnya tp jauh le nak pergi..

salam QR..
tak pernah mkn mee tarik..teringin jgk nk rasa beza dgn mee biasa..

salam QR..
tak pernah mkn mee tarik..teringin jgk nk rasa beza dgn mee biasa..

assalamualaikum ciksu..
waaa, cuba menu baru eh.. :)

menyelerakan lah mee dya..>_<

ape ke comel sgt toothpick lamb tuh..:p

p/s-nanti husna ganti pos sekali dengan hadiah rajin komen bulan lepas..:)

Kalau sedap memang berpuas hati la kan :D

nampak mcm menarik tu... dah lama akak tak pergi jjcm nih

wah..tv3 dh smpai sana ye..

Kat sini lebihmeriah...mmg dh bnyk kali gak mkn kt situ..

saya sebenarnya tingin nak makan mee tarik ni tapi risau sebab badan xleh terima mee lagi, dh pernah cuba aritu terus naik demam urat huuu

Dah dua kali rasanya membaca pasal kedai mi tarik ni. Semangat nak mencuba tapi bila Ciksu kata tak pedas, kuranglah pulak semangatnya.

dekat tpt keje suami sy..leh ajak die nti

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF