Spagetthi Bebola Daging

Simple tapi mengenyangkan.. buat yang mudah2.. tak payah nak runsingkan kepala memikir nak masak apa.. makan apa.. janji siap dapat isi perut.. sudah.. :)



Spaghetti Bebola Daging

Selalu guna spaghetti yang sederhana tu.. sekali cik abe terbeli Angel Hair la pulak.. layan juga la.. habis sebungkus.. untuk sosnya saya guna Sos Pasta Adabi Asli..

Bahan lain macam biasa je..
bawang holland, tomato, cili capsicum merah & hijau - dadukan
lada hitam beberapa sudu - tumbuk
garam & gula - sesedap rasa
bebola daging yang siap dibeli
sosej 
air secukupnya

Tumis bawang holland, agak layu masukkan lada hitam, kemdian masukkan bebola daging.. kacau & biarkan sekejap.. baru masukkan sos pasta adabi.. kalau pekat tambah air secukupnya.. biar mendidih.. masukkan sosej, cili capsicum merah & hijau.. cukup rasa, oke lettew ;)

Jemput makan :)



Spaghetti Bebola Daging yang tak seberapa dari ku ^_° 





Previous
Next Post »
22 Komentar untuk "Spagetthi Bebola Daging"

nampak sedap je sue
macam kat pizza hut :)

selalunya pakai daging cincang je..boleh cuba guna bebola daging lepas ni..hehe

Sedaplah ciksu.. Ros tak pernah buat spagethi kat rumah. sebab husband Ros tak gemar. hihi.. kadang-kadang je Ros teringin, beli kat luar..

nyum nyum nyum...cam sedap jer..

salam ciksu...

kebetulan akak tengah makan spaghetti jugak nih...hehehe

ciksu sihat?

kalau saya mkn bebola je la.. spaghetti tak mkn..

kenapa sedap sangat ni? kenapaaaa? haha!

kak nad malas nak masak camni, makan je sengsorang je..yg lain sume tekak melayu huhu

Saya suka yang mudah begini. Pejam mata dah siap :) Saya pun jarang beli Angel Hair ni kecuali nak cepat dah tersilap tangan dok terjah si Angel Hair ni. Tapi kalau dah siap, sama je kekdah rasanyakan Ciksu!

start makan spagheti. sejak suami yang masakkan :D

saya suka buat spegeti tapi tak brp rajin buat meatballs hihi

yum yum yum nampak sedap ni...

Salam QR..
wah..peberet cma ni /..hehe.tp tak pernah lagi guna yg jenis angle hair ni..

jenis pewot melayu.. walaupon dah mkn ni time lunch, harus jgk cari nasi cover..mihmihmih..

sedap sedapsedap.....

assalamualaikum qaseh...sedapnya..:)

Wah.. Sedapnya... Dh lama x msk speghati ni...

bebolanya pun buat sendiri ke...sy tak pandai sgt mkn makanan omputeh ni huhuhu...

Saya lagi suka angel hair drpd spagetti biasa. Heheh, aku ni lain dr org sokmo.

Sedap dah tu ciksu. Spageti meatball.

sy lebih suka guna angel hair kalo buat spagetti..sbb..gg takdo nak kunyah.
hahah

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF