Sup Ketam


Tergerak hati nak makan Sup ketam. Maklum le baru2 ni blok kiteorang ada buat gotong royong sebelum Ramadhan. Dengar2 kata ada beberapa orang di Blok H ada yang kena demam denggi. Seriau oke. Bila dengar macam ni.

 Lagipon Sup Ketam bagus untuk mereka yang kena demam denggi kan. 

Ini hasil yang digoggle. Ketam mengandungi sejenis protein yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini adalah kerana pesakit demam denggi akan mengalami penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus denggi. Kalau denggi berdarah, platelet akan turun sehingga ke tahap paling minima dan menyebabkan darah mencair yang boleh membawa maut, jika tidak cepat dirawat. Sup ketam yang diminum antara 500ml hingga 1 liter akan meningkatkan platelet darah dalam tempoh 5-8 jam sekali gus meningkatkan imunisasi badan menentang virus.

Nak2 pulak KL sekarang dah musim panas, kadang2 nampak macam berjerebu je. Waktu malam pulak tak payah cakap la, memang panas. Nyamuk pon boleh tahan banyaknya. Pasang ubat nyamuk pon tak diherannya. Bangun waktu pagi ada aje patlima ekor nyamuk yang kekenyangan menghisap darah. Nyamuk kampung boleh la gagah, ini nyamuk bandar. Huahua. Memang gerun la kan.

Berbalik kepada Sup Ketam, moh le kita masak Sup Ketam. Seeloknya ketam nipah. Tapi agak susah nak mencarinya. Selain susah nak kerjakannya juga. Hihi.

Sup Ketam

Masak simple je. Tumis bawang putih & halia yang ditumbuk bersama lada putih. Dah garing masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih masukkan ketam, tomato & cili padi. Biar mendidih lagi. Perasakan dengan garam. Cukup rasa tutup api, tabur daun sup & bawang goreng. 


Setakat ni kami guna ni untuk bunuh nyamuk. Waktu pagi & magrib banyak la. Suka sangat nyorok disebalik tuala, kain2 yang disidai. nak nak kalau tempat gelap. 





Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Sup Ketam"

haah kan kak. panas betul. JB pun sama... tido sambil peluh. maklum la xde econ.hehe

first time masak sup ketam masa husband kena denggi awal tahun baru ni.. hihihi..

Ketam ni favorite saya, Ciksu. Puas dapat makan ketam baru-baru ni. Tak lama lagi dah nak puasa, tak dapat nak JJCM selalu di siang hari :) Lainlah macam Ciksu, rajin memasak walaupun berdua je.

Sekarang memang panas betul. Baru mandi dah berpeluh. La ni ada nampak sikit-sikit tanda jerebu. Saya pun dah kena sakit kepala, tak tahan betul.

suka hirup sup nya je..tak brapa nk pndai makan ketam hahhaa...

Memang betul... adik ipar k nurul dulu pun dok makan sup ketam hari2 time kena denggi..

jumaat lepas jumpa ketam nipah dekat pasar malam. memang payah nak jumpa. tambah2 kalau kita mencari, hihihi

simplenya respi sup ketam tu.. boleh try buat ni

fuhhh...betul tu sue..dh le cuaca pns nyamuk pun byk..ramai bebudak yg tak sihat lately ni..

Gitulah yg OKje dengar pun menaikkan platlet darah. Mesti sedap sup cik sue tu...cukup rasa ...Cukup ke nak hirup air dia tu?

Tak pernah pulak racun nyamuk gitu Cik Sue....

Sedap tu sup ketam. Klo tido malam, elakkan pakaian yg berwarna hitam dan merah.

husna pernah makan ketam nipah..boleh tahan sedap laa..:)

salam QR..
huhu..cma kalo ade ketam..tibai saja....
sedap jgk ketam buat sup..kalo time2 demam mkn..fuhhhhh

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF