Ayam Masak Kicap + Kailan Daging Goreng

Menu ni dimasak entah bila. godek-godek jupe gambar ni. aci la ye, buat entri untuk bagi idea memasak buat uols menyediakan menu berbuka puasa hari ni.. simple sajok (:


 Ayam Masak Kicap

Ayam lumur garam kunyit, goreng separuh masak. Saya suka garing2 sikit. Ketepikan. 
Tumis bahan kisar (bawang besar + halia). Kemdian masukkan cili kering kisar. Biar pecah minyak. 
Masukkan kicap pekat + air secukupnya + asam jawa sikit. 
Perasakan dengan garam + gula. Cukup rasa masukkan ayam yang digoreng tadi. Biar mendidih. Nak berkuah atau tidak, terpulang. 
Tabur bawang besar. 
Siap >_* 


Kailan Daging Goreng

Tumis bawang putih, masukkan daging yang diperap garam kunyit
Goreng daging hingga garing. Kemdian masukkan sos tiram. Akhir sekali masukkan kailan. Kacau sebati. Tabur bawang besar yang dihiris. Pepandai le rasa (",)
*saya guna daging batang pinang* 


 Lengkapkan hidangan dengan ulam timun, sambal belacan & tembikai.
Kalau buat Ayam Masak Kicap mesti ada timun & sambal belacan. Baru makan nasi bertambah2 gitew :)


pppsttt: uols masak apa hari ni ???



Previous
Next Post »
32 Komentar untuk "Ayam Masak Kicap + Kailan Daging Goreng "

plan nak masak asam pedas ikan hari ni :)

Wah..sedap semuanya tu. Kailan buh daging ya? Menarik tu.. akak biasa buh ikan masin je..tak terfikir nak pelbagaikan menu..

Akak makan kat rumah mentua ni.. macam2 ikut selera anak2 dia.. kita makan ajelah.. alhamdulillah.

em... allhamdulillah... sedapnyer...

sedapnya sambal belacan..hari ni sy masak simple2 je. :)

as salam cik sue;
wahh best je aym msak kicap tu.. bonus tembikai mmg zaza suka hehe..

*arini asben rajin nak msak sup tulang-sosej lada hitam n zaza masak nasi dgn tomyam ayam je hihihi..

Simple dan sedapppppp...:-) memang laju je makan lauk mcm ni..

akak tahu2 je.. hari ni teringin nak makan ayam masak kicap.. ce teka?! saya suka ayam masak kicap asben saya masak.. t nak pujuk rayu la.. hahaahh.. berjayakah misi yang satu ini? tunggguu!!!!

Yummy yummy! Terima kasih atas perkongsian resipi.

harini ibu kite buat laksa je hihi

lepas tu dessert ade kek strawberry :D

ayam masak kicap pon sodap!

ayam masak kicap feberet suami tp die suka mkn versi lain

Perghhh.. sedap.. :)

Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Waaaa... Sdapnya aym kcap.. Kt umh xde kicap pkat.. Bila buat mcm x mnjadi je..

sambal belancan dengan timun memang takleh tinggal.penambah perisa dan selera dalam mulut..uhuu

saya suka ayam masak kicap..simple..tp menyelerakan..
teringat buah tembikai y tak abis2..ari2 la dok buat jus tembikai

Hai ciksue...husna baru 1st time dgr kailan daging goreng...besenya kailan ikan masin..kalau ada daging kat umah boleh la try masak mcmni..skrg ni husna duk umah MIL...so MIL dah siap2 masak hehe

tetiba ngidam ayam masak kicap...hhee

haishhh haishhh nk kena buat jugak ni haishhh

kat sini pun dok mkn tembikai saja ...

simple2 pon tetapppp nmpak menyelerakan..^_^

Hujung minggu dapur tak berasaplah, Ciksu :)

Sedap je nampak ayam masak kicap ni. Berdolak-dalik pulak hati ni nak masak ayam masak kicap ke atau menu yang dah ada dalam kepala sejak pagi tadi :)

wahh kailan daging tu mengingatkan akak pada sebuah darama kantonis tahun 1998, the good old days.. :)

sedapnya kailan greng tu cik su!akak selalu greng bersama tenggiri masin je..

emmm....tertelan ailio aih tgk

wahhh bagus idea buat ayam masak kicap ni

ayam kicap tu mmg our feveret..

ya allah ada timun dgn sambal belacan siap, memang bertambah2 lah mkn nih.. :D

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF