Buah Melaka.. nikmat bila dapat makannya :)


Buah Melaka ni kalau beli tak puas makan. kena buat sendiri jugak ^^


 Lagipon bukannya nak makan sangat tapi saja mengulit kenangan masa kecik2 dulu dok tolong mak gentel buah melaka. selalunya mak la yang bancuh tepung semua pastu buat bentuk macam ni. dah macam bentuk kerusi kan (",)



saya punya kerja tolong isikan nisan pastu gentel jadi bentuk guli.



Gula nisan ni nak senang potong guna kacip makan pinang tu. baru tak hancur. kalau
guna pisau berderai aje gula nisan pecah. tak cantik le nanti.

Makanya hari ni kita mengigihkan diri yang tak berapa nak gigih untuk buat buah melaka 
idaman hati. senang je kan buat buah melaka. semua orang tahu ^^ betul tak?

Saje nak tepek jugak resepi kat sini. udah kata Azam Ramadan SU mesti le nak semak kembalikan nanti2. ye dok! tambah2 pulak tahun 2014 ni banyak sangat kenangannya. hewhew ^^

Bahannya:
tepung pulut secukupnya
air pandan secukupnya
gula nisan secukupnya
kelapa parut secukupnya
garam sesedap rasa
air untuk merebus 

Caranya:
satukan kelapa parut & garam.. gaul sebati.. ketepikan
satukan tepung pulut dengan air pandan. uli sampai jadi doh.
kendian buat macam bentuk di atas. pastu masukkan gula nisan yang siap dipotong ke dalamnya..
tutup kemas2 supaya gula tak meleleh keluar nanti..
sesambil gentel tu boleh la didihkan air.
kendian
masukkan doh guli tadi ke dalam periuk..
tunggu sampai doh timbul baru diangkat..
masa tengah panas2 tu terus golekkan atas kelapa parut tadi..


ppsstt: bila kunyah buah melaka, part paling best bila gula nisan mencair tu
"Ya Allah sedapnya..."









Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "Buah Melaka.. nikmat bila dapat makannya :)"

baru tadi ingat nak buat...tgk2 tepung pulut dah abes...huhu....

kebetulan waktu berbuka tadi pun makan buah melaka ni jugak

Haha.. memang sedap kalau masa gigit tu rasa gula melakanya.. akak buat hari tu sekali je..ada lagi tepung sikit, nak buat sekali lagilah hari ni..

Lihat gambar yang menggoda tuh serasa ingin plk bikin ptg ni...

Sedap nya buah melaka. .mmg beret kmi ni ciksue...:-)

tu kalu cair nisannya..akak guna gula melaka so xcair sgt..

baru minggu lepas saya buat kuih nie.
paling tragik kalau makan kuih nie separuh-separuh and isi nissan cair tersembur dari mulut. :)

kuih tradsional yg paling senang utk dbuat

tifaanvar

buaa melaka nih bila mkn meeg nikmatkan kan

Da lama x mkn yg hijau asli cam ni

lama dah xmakan.. selalu mak pun rajin buat..

lagi nikmat sebab gula tu kita buh besar2. kalau kat kedai secoet je. xpuas rasa gula tu meletup dalam mulut hihihi

haritu saya buat juga.. kaler merah ros.. maklum la mana nak cari pndan kat sini..hehee

memang sedap.. Ros ni dok nak buat, nak buat, tapi tak terbuat lagi.. hihi

aduhh sedapnyaa.. ni kalau kat kampung ni.. bulan2 puasa ni mmg rajin buat..

mmng sedap lagi klu uli tu comel2 je lgi sedapppp ;p

Hai, dah dua kali dok tengok buah melaka hari ni. Macamana nak menahan diri nih. Hehehe.

Tahun ni tak merasa buah melaka.. Biasa mak mmg buat. Huhu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF