Daging Lada Hitam

Menu untuk berbuka semalam ialah Daging Lada Hitam. kenapa namanya lada hitam? of course le sebab ada kena mengena dengan lada hitam kan. kalau tidak masakan boleh dapat namanya. ye dok?

RESEPI DAGING LADA HITAM

Bahannya ialah:
daging batang pinang yang dihiris nipis. dicuci bersih, toskan kendian perap dengan
  sos lada hitam + kicap + gula + garam + lada hitam (tumbuk) + halia (tumbuk) 
+ bawang putih (kisar) + kunyit serbuk 
gaul sebati. simpan dalam esbok. lagi lama diperap, lagi terasa bahan perapannya.

Bahan lain:
kentang + batang saderi + cili padi

Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali.

goreng kentang. agak dah masak, masukkan daging perapan tadi. letak air jika kering. kacau sampai betul2 kering. nak berkuah atau kering terpulang.

agak dah oke masukkan batang saderi & cili padi. kacau bagi mesra. tutup api. 

Tadaaaa.. siap sudah..

Daging Lada Hitam


Ala korang ni saje tau !! asyik le dok puji saya ni rajin la.. itu la.. ini la.. padahal biasa je. tak ada apa sangat kot. normal rasanya ;)

Bagi saya semua orang rajin memasak, bukan saya je yang rajin. cuma bezanya antara kita hanya kekangan masa. lagipon saya tak terikat dengan anak kecik, so, memang punyai lebih masa. nak buat apa2 pon tak da sesiapa yang nak menganggu ketenteraman saya di dapur :)

Bab mengupload gambar makanan pulak, biasala saya. kalau tak da bahan, memang entri makanan sesaje yang akan melengkapkan entri harian saya. nak cerita bab anak, anak belom keluar lagi. nak cerita bab sponsor post lagi la tak da kan. so, ini aje la yang mampu saya kongsi dengan uols!! 

Oke habis sudah bab luahan perasaan. ekekekeke *_*



Previous
Next Post »
26 Komentar untuk "Daging Lada Hitam"

Tapi pada kakak CIkSu memang kategori yg rajin. Nak pearp-memerap daging kalau tak rajin tak jadi tau:)

yumyummyyy....makan time berbuka nnti sedapp ni

sedapnyee..ecah memang suka masak lada hitam ni..cuma ecah lebih suka paru dari daging..sedappp..

betul tu ciksue..biar x pandai xpe..janji rajin dan ada keinginan nak memasak..wah..sy nak print out la resipi ciksue ni...

antara hidangan yg menarik selera saya ...

ok je sekurang2 nya ada bgi idea kt org lain utk cri menu berbuka or sahur kan...sy tah bila nya nk rajin masak ^___^

Terima kasih kongsi resepi ini akak. Nak kena cuba bila beli daging nanti.

sedapnya daging masak lada hitam ini. Nak cuba juga masak. Terima kasih kongsi resepi akak.

ini hidangan tak boleh tolak.feverettt ni

alahai betul tu org pmpuan klu rajin msk nti2 mmg pandai la masak..

daging blackpeppers ni dah dua kali juga sy masak utk menu berbuka..en suami suka..cuma bezanya sy tak perap..rebus sekejap daging pastu goreng n last sekali tabur lada hitam tumbuk

sedapnay daging lada hitamm.. telan air liur. hehehe :)

as salam ciksu;
terliur pulak tgok daging lada hitam tu..:)

#zaza pon xde sape leh ganggu bila time masak! kecuali incik asben hehe..

Salam kenal..;)

Saya kalau mood masak tuh dtg, mmg takat dtg jer la..masaknye idok jugak..hehehehe..sbb bile ade anak tecik nie lg la..ssh nau nak masak..;)

saya tk pandai masak dan tak berapa rajin nak masak.....hehehe

ini pon dah best, hari2 mesti nak jenguk blog qasehnya Rania :)

Datang sini waktu blm.buka puasa memang mencabar ni. Banyak resepi dan gambar sedap makanannya..

tak ape ciksu., entry makanan ciksu best. hihi.. nampak sedap je semua ...

Sy buat xde bubuh lada hitam pn... Hehe

menu yang saya selalu req kat mama time dalam pantang hihihi

Ciksu memang rajinlah. Tabik spring :) Kalau saya tinggal berdua, memang dok makan luar jelah. Malas nak masak. Lepas tu sendiri kena habiskan. Hahaha. Apa-apapun, suka je kalau Ciksu kongsi resepi di sini. Yang biasa-biasa jadi luarbiasa pulak pada saya. Macam bubur sumsum tu :)

letak plak saderi mmg ratah sakan lahh..hehehe..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF