EPHYRA bantu Ibu Hamil kekal bertenaga di bulan Ramadhan ^^

Selepas disahkan hamil, saya terus berhenti minum Ephyra atas nasihat kak Amiza. antara sebab utamanya ialah pada peringkat awal ibu mengandung mengalami simpton alahan jika diteruskan pengambilan, kemungkinan besar segala nutrien yang terkandung dalam Ephyra tidak dapat diserap oleh tubuh badan. so, lebih baik stop dulu bila dah betul2 tiada alahan boleh sambung semula pengambilan Ephyra. actually, bagi ibu hamil yang tiada alahan di trimester awal kehamilan boleh teruskan pengambilan Ephyra seperti biasa. tidak perlu risau kerana ramuan Ephyra selamat untuk ibu hamil.. 

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berhenti minum Ephyra saya kembali sambung minum Ephyra pada usia kandungan 8 bulan ^^ Ini kerana Ephyra sangat sesuai buat ibu hamil (5 bulan ke atas) dan ibu menyusu juga :)


 Saya sambung minum Ephyra setelah berjaya memenangi GiveAway Ephyra MiaLiana Fasa pertama yang berlangsung pada bulan Mei 2014 dengan mempertaruhkan pantun ini;





Cantik sungguh bak bidadari,

Merdu lagu irama senandung,

Produk EPHYRA sudah terbukti,

Berkat ILLAHI berjaya mengandung.

Ini merupakan kotak yang ke 4 saya minum Ephyra. 
Saya mula menyahut cabaran 30 hari bersama Ephyra Fasa Kedua bermula pada 23/06/2014 hingga 22/07/2014.
Memang dari awal lagi saya berniat nak minum Ephyra masa bulan Ramadhan.
Dengan harapan mudah-mudahan saya lebih bertenaga dan dapat menjalani ibadah puasa hendaknya dengan izin Allah swt.

Pada usia kandungan yang dah masuk 8 bulan dan tiada pengalaman mengandung sebelum2 ni membuatkan saya berfikir sejenak.

‘‘macam mana la nanti nak berpuasa, dengan keadaan berbadan dua ni..’’

Pertama saya risau dengan bayi dalam kandungan.
Kedua saya risau dengan kesihatan saya juga. Iye lah kan kita berpuasa, kurang makan dan minum. Bila kita sebagai ibu tak da tenaga macam mana bayi nak dapat khasiat & kekal aktif di dalam. Walaupon risau tapi saya dah berniat sebelum tu lagi nak cuba berpuasa juga walaupon ibu hamil diharuskan berbuka puasa jika risaukan keadaan diri dan kandungan. 



Akhirnya setelah berjaya memenangi hadiah sekotak Ephyra dari MiaLiana saya mula latih diri dengan berpuasa sebelum Ramadhan menjelang. Selama 5 hari saya berpuasa. Cara yang saya buat ialah semasa waktu sahur saya akan minum 1 sachet Ephyra sebelum mengambil makanan lain. Alhamdulillah, selama 5 hari berpuasa tu, saya masih cergas & bertenaga. Kendian saya teruskan pengambilan Ephyra sehingga masuk bulan Ramadhan.
 Nampak gayanya saya lebih sihat, bersemangat dan bertenaga. Kiranya kalau setakat pusing JJ, Jalan TAR & Sogo tu tak da hal la :)

Selain itu, Azam Ramadan SU juga turut berjalan dengan lancar. Tanpa mengambil Ephyra sebagai minuman supplement, rasanya saya tak mampu nak duduk lelama didapur untuk menyediakan hidangan berbuka puasa setiap hari. 

Dengan mengamalkan Ephyra sepanjang Ramadhan saya tetap rasa kenyang & yang penting sekali dapat rasa pergerakan bayi dalam kandungan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah swt :)

Selain kekal bertenaga, Ephyra juga membantu,

gambar sebelum bawah mata ada lingkaran gelap
gambar selepas tiada sudah 





Kulit muka ibu hamil bertambah serinya. Apa yang saya perasan makin hilang sembab bawah mata atau lingkaran gelap selepas mengamalkan Ephyra.
Ece.. ce.. wah.. dah la ada seri ibu ngandung ditambah pulak dengan seri minum Ephyra. Wah.. makin berseri-seri la mak buyong di pagi raya nanti kan. Muahahaaa.


Selfie dengan Kotak & T-shirt Ephyra idaman hati ^^



Selain memberi tenaga, kekal aktif dan wajah kelihatan berseri-seri, masalah rambut gugur juga dapat di atasi dengan mengamalkan Ephyra. 

Berbaloi kan hanya dengan satu produk pelbagai manfaat diperolehi.
 Cantik, sihat dan bertenaga. Itulah impian setiap wanita. 



Selepas ini sama-sama nantikan entry review dari saya lagi. Entry berkaitan penggunaan Ephyra semasa dalam tempoh berpantang pulak. In shaa Allah ^^

Oh ya, sebelum saya tamatkan entry review 30 hari cabaran bersama Ephyra ni, 
saya cadangkan kepada pembaca & pengikut blog QASEHNYARANIA yang nak mencuba Ephyra boleh la singgah ke

no.telefon : 03 - 41417889
handphone : 019 - 3999238
email : info@oceanlife2u.com

Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "EPHYRA bantu Ibu Hamil kekal bertenaga di bulan Ramadhan ^^"

bestnya kan..ooo dah tgh tggu hari je la ek..tak sabar nya nk tgok bb cik sue ;p

Asslmkm ciksu.. Ciksu berjaya hamil dgn minum ehpyra ke?? Tahniah ya..

Dah 8 bulan ya? Wah.. jadi masa yang ciksu awal tahun aritu ada tak atif sangat berblog tu sebab mula pgnant ya? Alahan? Tau tak? Kalau btl, masa tu akak dah pernah terfikir yg ciksu ni dh pgnnat ke? Kena lama tak menulis?kot dia alahan? Tak sangka imaginasi akak betull...apa oun jaga diri..anak bulan 8 ni ya? Sama birthday dgn nazif dan mama nazif la awak..

makin berseri seri ibu mengandung

Laa Ciksue.. ni saya trecongak2 ni, macam banyak sangat ker entry ciksue yang saya missed? ciksue dah tengah sarat la skang ni yer.. maaf la kalau saya silap.

la cik su dah sarat 8bulan???akak ingt baru pregnant!!

tahniah kak dh pegnen..gudluck

GOOD LUCK YEE :)

Syiera dari giveaway sama
http://sayasyiera.blogspot.com/2014/07/review-selepas-30-hari-ephyra-ternyata.html

CIksu!!!! comeyy.. berseri-seri...

Hah,baru jumpa jawapan!

Ciksu ni kan...dah 8 bulan rupanya! Boleh tahan juga simpan rahsia berita gembira begini lama. Suspense betullah kami semua dibuatnya. Tercongak-congak alahai dah berapa lama Ciksu ni berbadan dua :)

Berseri-seri la akk pasni..hehe..

Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?

Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com

Alhamdulillah...serasi bersama...

Salam, terima kasih kerana sudi menyiapkan entri review Ephyra sendiri.

Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat 15 Ogos 2014 (telah dipinda atas permintaan Puan Amiza)

Good luck ya... (^_^)

Salam,

Tahniah ya... (^_^)

http://www.mialiana.com/2014/08/pengumuman-pemenang-fasa-kedua-giveaway.html

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF