Kuah Yong Tau Fu sendiri bikin ^^

 
Menu berbuka puasa pada 26 Ramadan 2014..
kami berbuka dengan Yong Tau Fu sajok. simple tapi mengenyangkan. 
nak2 lagi bila kuahnya dibuat sendiri hasil mengoogle resepinya di sini.
memang tak jemu guna resepi ni. sedapppp :)
Cik abe yang suka sangat pon makan Yong Tau Fu ni. sebelum2 ni pon sokmo aje guna resepi ni. mudah. 
kalau beli kat pasar malam atau PARAM, ntah berapa hengget kena charge.. padahal senang ya amat nak menyediakannya.  
YONG TAU FU 


Bahan2 untuk kuah Yong Tau Fu:
10 tangkai cili kering -buang biji 
1 sudu besar minyak masak 
25g gula melaka
1/2 sudu kecil gula 
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar sos tiram
300 ml air
belacan 
1  1/2sudu besar tepung jagung
2 sudu besar bijan -goreng tanpa minyak

Caranya :

Panaskan minyak. Dengan api yang kecil, goreng cili kering lebih kurang 1- 2 minit.
Setelah garing, (awas jgn sampai hangit nanti pahit) angkat dan tumbuk sehingga hancur.
Masukkan 50ml air ke dalam cili yg telah ditumbuk tadi, kacau.
Didihkan air bersama gula melaka.
Masukkan cili yang siap di campur air bersama belacan, oyster, gula dan garam.
Didihkan supaya cili kering masak 
Tepung jagung untuk pekatkan kuah
Bila cukup rasa pedas, manis dan masin.. tutup api.. siap 

Bahannya:

fish cake *
bebola ikan *
bebola sotong *
bebola sayur *
kangkung
fucuk *
sosej *
Caranya:
Didihkan air kukusan. kendian kukus bahan bertanda *
dah siap boleh rebus kangkung pula.. 
pastu potong ikut suka la macam mana ye..
Siramkan sos ke atasnya dan tabur sedikit bijan goreng..

Kuah dah siap.. bahan lain pon dah siap.. 

apalagi, jemput makan (",)








Previous
Next Post »
13 Komentar untuk "Kuah Yong Tau Fu sendiri bikin ^^"

Wah.. menarik ni. Dah pelbagai bahan yang cik su masak ni, memang menjadi azam ramadan su kali ni nampaknya

Sedap....puas hati kan masak sendiri...selamat dan jimat :)

Jeles ngn cik su, setiap hari masak sedap, len kali kirim k sini semangkuk...

nampak mudah resepi ni..memang boleh cuba ni..

Kalau katpasar malam ni dah 10 hingggit kena kot...

tu dia...bukan susah pun kan cik su!akak pun rase nak try la..kalu bli mmg mahal kan..

Alahaiii...sedapnya sue. Dah lama tak mkn YTF.

Sue mcm teringin nak buat....lama dah tekak ni mengidam tp lum dpt lagi....Sue ni rajin masak yek....

Selamat hari raya Ciksu :)
lama tak datang sini sebab cuti raya. hihihi

Puas hati kn dpt buat sendiri...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF