Kuey Teow Ladna sedap dimakan..

Ko Teow Ladna


Menu berbuka puasa pada 20 Ramadan ^^


saya masak Kuey Teow Ladna + Buah Melaka sajok.

Biar betul, tinggal 10 hari aje lagi kan tempoh kita berpuasa. terasa cepatnya Ramadan tahun ni. tup tup dah nak sampai penghujungnya kan (",)
segala kemungkinan boleh berlaku dalam masa 10 hari akan datang..
mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.. aamiin.

Esok lusa rumah saya ada tetamu dari Kuantan & Kedah. tengah berpikir-pikir nak masak apa. maklum le kami laki bini makan simple-simple aje. takut pulak tak kena selera tetamu.
mmmm, esok la pikir balik. sekarang jom layan ni dulu, boleh !

RESEPI KUEY TEOW LADNA 

Bahannya:
kuey teow -cuci, tos, gaul kicap biar meresap. kendian masak dalam pemanggang ajaib. golek2 kejap, siap. saya tak letak minyak, cik abe kureng suka. 

Bahan untuk kuah:
ayam -air, didihkan dengan kiub knorr. kendian asingkan ayam tadi dengan kuah.
lobak merah, bunga kubis, anak jagung -potong ikut suka
bawang putih, cili padi -tumbuk
daun limau purut 
sos tiram, kicap sesedap rasa
udang galah 
tepung jagung -untuk pekatkan kuah
garam sesedap rasa
limau kasturi, cili merah, daun sup, bawang goreng

Caranya:
tumis bawan putih, cili padi, daun limau purut sampai naik bau
masukkan ayam.. 
sos tiram, kicap & air rebusan ayam.. biar mendidih
masukkan sayur mayur.. didihkan..
masukkan tepung jagung yang siap dibancuh dengan air sejuk, udang & garam..
agak dah cukup rasa.. tutup api 

tadaaa.. siap sudah..

KUEY TEOW LADNA



Kuey Teow tenggelam dek timbunan sayur mayur. makan panas2 sedap tau. terasa pedas & masamnya. layan je makan..

pppssstt: salam takziah & alfatihah buat kesemua penumpang beragama islam dalam pesawat MH17..

Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Kuey Teow Ladna sedap dimakan.."

rajinnya kak su masak... menyelerakan

Siapa yang nak datang tu? Selamat memasak ya.. pasti tetamu puas hati tu, jangan risau.

Tengok gaya udangnya tu pasti sedap kuey teow ciksu ni. Banyak sayur pulak tu.. kami suka2..

Sedap... lama tak makan.. kisah MH17 amat menyayat hati.. Al-Fatihah.

ya Allah my pebret ni cik su!nak buat xreti campur malas asyik singgh restran je..sedapp!!!

lps raya nk try buatlah. Saya ni peminat kueytiaw

tifaanvar

Pandainya su masak...ni yg jelous ni

kena masak dah hampir waktu berbuka la kan. baru nikmat makan panas2 nt ihihihi

CIksu ni saje kan.. tayang udang tu kat Ros.. hihihi..

husna x beapa minat masakan ladna ni..husband husna suka..tapi yg ciksue masak tu buatkan husna rasa mcm nak try..

Udang dua ekor kat atas tu yang buat tak menahan lapar ni. Sedapnya kuey teow ladna, Ciksu ni. Nanti lepas bulan Ramadhan, uplah resepi banyak-banyak. Saya suka bangat tau!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF