Menu Berbuka Puasa 13 Ramadan..

Alhamdulillah, syukur sangat. berjaya memasak hingga ke saat ini. Menu berbuka puasa pada 13 Ramadan sebelum merehatkan diri :)

DAGING AIR ASAM


Tak da masak apa sangat pon. cuma buat Daging Air Asam + Ikan Kerisi Bakar + Kuih Tepung Pelita Asli (beli). sekadar cukupkan syarat mengabiskan stok dalam esbok. 

KUIH TEPUNG PELITA ASLI SEDAPPP 


Alhamdulillah jumpa juga Kuih Tepung Pelita Asli. saya beli Kuih Tepung Pelita Asli sepertimana yang saya jual tahun lepas. nak kenal Kuih Tepung Pelita Asli yang sedap ni senang je. cer tengok tray yang diguna tu. kalau guna tray kayu memang sama la dengan yang saya jual tahun lepas. 
saya jumpa tadi di PARAM area Sri Rampai.


6 biji RM3. harga & rasanya masih sama.

Ada 3 lapisan.
lapisan bawah air gula, lapisan kedua pandan & lapisan ketiga santan.
 lembut sedap je. puas hati sangat dapat beli ^^

Tak sama dengan yang Paya Jaras punya. hari tu cik abe ada beli untuk menu berbuka puasa pada 5 Ramadan. lain rasanya. macam mana nak tahu Kuih Tepung Pelita Paya Jaras, uols just tengok tray yang digunakan. tray Paya Jaras warna kuning. kekadang dorang siap tulis "Paya Jaras".. 

ppssttt: Kalau tak salah saya PARAM Taman Melawati pon ada jual Kuih Tepung Pelita Asli ni.. nak tahu kesedapan & keasliannya kena la cuba sendiri ^^

ppppssstt: pada yang bertanya macam mana nak jupe tokei asai yang buat kuih tu.. kena la bertanya pada yang berniaga.. saya minta maap sesangat sebab saya memang tak ada no contact orang di sana. tahun lepas saya hanya tolong jual saja & tak pernah pon pergi ambik stok. jenis tak banyak soal selidik gini le kekdahnya -.-’

pppppsstt: pada saudara saiful, saya minta maap.. saya cuba contact sedara tapi bukan melalui no hp yang diberi. terus terang saya bagitau, kalau bab no hp ni, untuk yang tak dikenali saya tak akan sewenang wenang menggunakannya. kalau hantar email saya okje.
maafkan saya ye..







Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Menu Berbuka Puasa 13 Ramadan.. "

jarang jumpa kuih tepung pelita yang betul2 sedap :)

terliur tengok daging asam tu
sedap tu

alahai....tepung pelita...bestnyer...kat sini susah nk dapat tepung pelita yang best...teringat tepung pelita kt kg halaman ku.....hmmm

mcm tak penah rsa yg asli punya..nmpak pon lembut je msti sedap

Mujur menu ptg ni pun ada daging bakar cicah asam.. kalau tak mmg jeles tgk menu ciksu ni. Akak dah seminggu minta suami beli daging taoi katanya tak ada di kawasan rumah kami.. mmg teringin nk makan daging cicah air asam..ciksu rebus ya daging tu? Nampak lawa tu

sedap aih.. tapi nak jumpa yang sedap tu yang payah..

ramai jual, tp sedap tu tak banyak huhu

daging air asam tu mengancam betul :)

Sdapnya kuih tu.. Sy pun suka juga...

kuih pelita mama pun sedap. aishhh rindu pulak hihihi

La Ciksu, saya lambat baca. Baru je pergi PARAM Tmn Melawati Sabtu lepas. Kempunan nak mencuba. Saya suka kuih ni. Buat tak reti :)

oo kat blah sana ada 3 lapisan ye..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF