Menu Berbuka Puasa 3 Ramadan

Alhamdulillah, berjaya harungi hari ke 3 Ramadan 2014 dengan jayanya. semoga dipermudahkan untuk hari seterusnya juga. aamiin :)  
maap la ye, kena buat entry juge sebab kenangan katanya. ihik ^_~

Uols masak apa untuk menu berbuka puasa semalam ?? saya masak simple je untuk menu berbuka puasa 3 Ramadan. janji cepat siap, mudah disediakan. ala, yang nak makannya tak ramai pon kan. so, tak da la cerewet mana nak melayan. meh nak tunjuk sikit. 


Ada kuih sagu + bakso + buah & jus tembikai


Saya buat kuih sagu. serius tau nak habaq last year tak makan pon kuih sagu. ini salah satu kuih peberet saya kalau bulan puasa. jangan kata buat, beli pon tak tahun lepas. ntah, macam tak ingat pon iye jugak. kiranya, memang tak merasa langsung la tahun lepas. 
semalam buat 2 loyang. puas makan. makan sejuk2. nikmatnya !!

pppssstt: Menu buah buahan saya memang buah tembikai semata untuk seminggu punya stok. hahaaa. dasyat kan. next week tukar buah lain pulak. asalkan buah tu boleh dimakan & boleh dibuat jus, baru termasuk dalam senarai. baru la berbaloi kan. lagipon banyak khasiat tembikai ni. 







Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "Menu Berbuka Puasa 3 Ramadan"

cik sue buat kuih tue sendiri wah rajinnya

aduhai.. ni yang teringat kat mak ni.. mak Ros pun selalu buat.. tapi, yang makan kuih ni , Ros ngan anak buah je. yang lain tak berapa minat kuih lembik ni. dorang suka kuih yang rangup..

sama la kita...jus tembikai dah ulang 2x buat...air tebu jiran blkg rumah jual. kuih sagu ni FIL beli yg hijau...sedap pulak tu...

lepasni buat jus tembikai susu tak pon jus mangga ;p

Mak ai.. sdap semua menu tu.. akak kenan sungguh kuih sagu. Suka tapi membuatnya malas.

naper pevret kita sama ya cik su?kiki..

msa kecik2 sokmo makn kue ni mak buat..la ni nk buat plk nk kasi anak2 tapi tak terbuat2 pun lagi..

Jealous dengar Ciksu buat kuih sagu sendiri. Dah lama tak merasa, beli pun tidak apatah lagi membuatnya memang tak pernah ler.

salam QR..
cma pernah buat kuih telur katak ni..tak menjadi! hehe..
ringkas dan sedap

Akk makan jugak kuih sagu ni. Pandai ciksu buat

kuih sagu ni pon feveret saye jgk. Hehe.. nak jugak menyelit.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF