Tudung kanak-kanak


Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan

Menu Berbuka Puasa kami pada 7 Ramadan. makin hari makin simple. udoh tak lalu dah tekak ni nak menelan time berbuka. sekadar makan untuk mengisi perut. nak-nak air pulak tak da. lagi la rasa macam nak tak nak je berkelintang kelintung di dapur tu. bab masak memasak tak da hal tapi bab nak membasuh tu !! alahai.. 


Semalam saya hanya masak Bubur Kacang je. cicah dengan Roti Gandum. + air Teh O Lemon Panas. 

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU SEDAPPP 


caranya:
rendam kacang hijau 
sambil tu boleh satukan gula merah + gula putih + air.. masak atas api sampai gula hancur. tapis.
kendian rebus kacang hijau + daun pandan + air. biar sampai kacang empuk.
baru masukkan air gula + santan sawit. 
kacau bagi mesra. tutup api. 
alhamdulillah ngam-ngam je manisnya ^_* 

Uols jangan salah faham tau. sebenarnya air kat rumah saya ni baru je tak da tengah hari kemarin. petang saya buat Roti Jala tu, air ada lagi (",) sememangnya dah tahu akan berlaku gangguan air tapi tak jangka la secepat ini. baru seminggu berpuasa kan. memang agak mencabar la juga. risau dengan Azam Ramadan SU nanti aje !!!
 ye la, dengan situasi diuji air tak da ni. paham-paham je la kan =_=

pppssttt: air tak da lagi. tengah memikior nak masak gapo. patutnya menu nasi hari ni. huhuhu. tolong kami !!! bantu kami !!!
.

29 Comments

  1. sedap tu..buat syira teringinnn pula :D

    ReplyDelete
  2. susah kan kalau air xde. kalau elektrik xde boleh gagah lagi

    ReplyDelete
  3. Saya pernah rasa air takde masa bulan puasa. Memang mencabar betul.

    ReplyDelete
  4. kak, yg inti ketayap telak roti tu, masukkan ciput je kopi tu, masukkan masa masak inti tu..macam taruk garam... kalau byk2 takut pahit pulak. hehe

    ReplyDelete
  5. wak pon sukak mamam bubur kacang ijo tuuu.,ehHHHee

    ReplyDelete
  6. saya x boleh berbuka makanan mcmni...nak nasik jgk...hehe

    ReplyDelete
  7. cik su yg buat pasti la sedapp!!kat umh akak bubur kcg ijau ni xlaku sgt..maybe akak buat xsedap kot!!!huhu..

    ReplyDelete
  8. ke bazar je la jawabnya ye..Tapi tu la, kebersihan makanan kat bazar tu yang buat kita fikir dua kali nak beli. Tapi kang tak beli, air kat rumah xde nak masak pun..haruuu..

    ReplyDelete
  9. kalau tambah duyan lagi sedap ni...

    ReplyDelete
  10. alahai, memang leceh bila air takde kan. Sabar jelah ya QR.

    Bubur kacang dengan roti pun dah cukup sedap tu.

    ReplyDelete
  11. Lama tak makan bubur kacang Cik Sue...Pak Jilap kurang suka sebab dah jemu dulu makan kat asrama katanya so mmg jarang sangat buatlah...

    Air tak de pulok....mmg menguji keimanan tu, sabar aje le... Okje dah hari tu seminggu sebelum pose!...la ni nampak air ada aje...

    ReplyDelete
  12. wahhh..nmpak sedap tuh bubur kacang..simple tp tetap mengenyangkan ye tak..siannya umah takde air..huhu

    ReplyDelete
  13. sedap yum yum ciciah roti mengali
    ada catuan air lagi ka ciksu ?

    ReplyDelete
  14. simple2 ni sedap..saya pon dah lama tak makan bubur kacng hijau..

    ReplyDelete
  15. Air dah ada ke belum hari ni, Ciksu? Susahkan kalau air takda ni. Kalau boleh memanglah nak guna seminima yang boleh.

    ReplyDelete
  16. salam Cik Su..
    betui2 simple ni..
    cma tak buleh takdak nasi..
    mcm mna pun mesti nk nasik sbb hubby tak buleh kalo mkn tak dek nasi.. hehe.

    mak cma baru buat pengat derian ari tu.. mkn mcm ni la..cicah ngan roti..

    ReplyDelete
  17. ciksu, berbuka dengan bubur kacang dan roti je ye untuk hari tu?..

    ReplyDelete
  18. sedapnya bubur kacang.. seksa betul takde air, mmg tak masak la.. huhu..

    ReplyDelete
  19. Hari ni dah ada air ke? Payah kan.. kalau tak puasa mungkin kita tak kisah sangat pasal sediakan makanan
    Ni payah nak masak utk buka dan sahur.

    ReplyDelete
  20. Susahnya air takde bulan2 puasa ni..
    Alahai, sedappp juga makan bubur kacang saja...

    ReplyDelete
  21. letak sagu lebih sikit perghh baru sedap..hehehe..

    ReplyDelete
  22. memang leceh sangat la nak masak memasak takder air ni. kacang hijau yang dah direbus ada lagi setupperware dalam freezer kami ni, lama dah.

    ReplyDelete
  23. klu ada lebih bleh wat ice cream kajang hijau ;p sedap!

    ReplyDelete
  24. terseksa jiwa raga bile air tak ade. nk msk mmg terbantut. hehehe.

    ReplyDelete
  25. Lama x buat bubur.. Lebih bubur blh buat aiskrim

    ReplyDelete
  26. Saya pun teringin nak makan bubur kacang hjjau ni.. tapi belum sampai seru nak membuatnya... sbb saya auka buat bubur kacang ijau ni letak durian... nak kena cari durian dulu...

    ReplyDelete
  27. bubur kacang tuh buat sy melting

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin