Puding.. alahai, sedapnya makan sejuk2 ^^

Dah ada idea ke nak buat apa untuk menu pencuci mulut hari ni? buat puding pon sedap kan. makan sejuk2 waktu berbuka nanti. pehh! comfirm sedap tak terkata.. 

Meh cuci mata nengok gambar puding kejap ^^ resepinya nanti2 saya kongsi ye..  

PUDING PERMATA.. 

agak renyah nak siapkannya sebab kena bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
kendian potong dadu, taburkan dalam bancuhan agar2 susu tu. 

PUDING BUAH BUAHAN BERAISKRIM


paling sedap dimakan. layan je makan ketika waktu panas2. 
just bancuh tepung kastad,
dalam periuk masukkan air,
masukkan bancuhan tepung kastad, gula masak ikut kepekatan disukai,
masukkan nata de coco, laici
sejukkan dalam esbok
nak makan, cedok ais krim tabur chocolate rice.. nyum.. nyum ×_×

PUDING KASTAD KOKTAIL


ini pon sama. nak2 makan time sejuk.. alahai :)

PUDING SUMI



tertengok di blog mamazn & intanberlian hari tu. terus la membuatnya. lebey kurang macam PUDING PERMATA juga cuma bezanya untuk puding ni guna sumi. so, lagi cantik hasil kejadiannya *_^

 nak berkuah atau tak terpulang. saya suka potong makan macam gituu je (",)

pppssstt: masak apa untuk menu berbuka puasa hari ni? 



Previous
Next Post »
21 Komentar untuk "Puding.. alahai, sedapnya makan sejuk2 ^^"

Mak Ros selalu buat puding. macam-macam jenis puding.. rindunya kat mak..
Ros pulak jarang buat puding kat sini sebab abg Ros tak gemar makan puding pula..

Alaa...akak tertunggu pengumuman berkaitan entry sebelum ni. Bila nak sambung dan buat pengumuman? Tak sabar nak tahu ni....

AKk suka puding. Nak sikit. Tp mls nk buat bln pose ni sbb mesti x jln.

time sejuk2..waktu tghri mkn bwh pokok.sodap2

memang sedap kalau dapat yang sejuk. lebih-lebih lagi cuaca panas sekarang nie, lagilah layannn...

Salam Sue;
ehh sama la pencuci mulut kita.. zaza buat agar2 bandung cincau :)

sedapnyer..timm tahun ni rjin btul brbuka kat luar..

banyaknya koleksi puding ciksue..yummy :)

Kakak pun ada juga buat puding buah baru-baru ini..

kastard cocktail tu sedap ari tu kakak sy buat mmng sedap la...

bulan2 puasa ni mmg sedap je makan benda sejuk ni..especially aiskrim..sedapnya..lega je tekak setelah berjam2 x minum...hehe..menarik puding tu kan ciksue

Terliur tengok puding buah-buahan beraiskrim tu. Sedapnya alahai...

puding milo oreo pun sedappppp ciksu hihihihi

Ya Allah.. Rajinnya ciksu buat.. Knpa la sy bukan jiran ciksu.. Hehhe..
Sy nk membuat bukan mlas.. Tp mcm mkan sorang je.. X best la pula..

mkn time sejuk sejuk nyaman tekak

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF