Bahaya Uri Bawah

Memandangkan saya ada masalah Low Lying, so, mengigihkan diri mencari segala info berkaitan ’low lying’ atau placenta previa (PP).

Meh la sesama kita tambah ilmu untuk info ni. semoga dapat membantu. yang penting uols jangan risau oke. in shaa Allah, bila dah disahkan oleh doktor makanya kita kena banyakkan berehat.
bila kandungan saya masuk minggu ke 28, alhamdulillah, masa scan uri saya sudah berada di kedudukan normal. lega ^^ walaupon berada dikedudukan normal, tetapi uri tetap boleh berpusing lagi. so, memang kena banyakkan berehat. sepanjang tempoh untuk sampai ke minggu seterusnya, saya banyak bercakap dengan baby di samping teruskan berdoa minta pertolongan dengan Allah.


Bersama prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Apakah yang dimaksudkan dengan uri?

Adakah berbahaya jika uri berada di bawah? 

Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.

Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada di bawah pada awalnya, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma lima peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).

Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja. Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan uri menutup keseluruhan pintu rahim.

Sekiranya wanita mengalami PP jenis keempat, terdapat risiko tinggi kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.

Risiko

Sehingga hari ini, punca berlakunya PP tidak diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko PP, iaitu wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan sebelum ini, wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang ramai, wanita muda di bawah umur 20, merokok semasa hamil dan kandungan kembar.

Wanita yang mengalami PP pada kebiasaannya mengalami kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblik). Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu adalah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim. Pembedahan caesarean adalah kaedah yang disyorkan. Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.

Apa yang membimbangkan mengenai PP ini, komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu. Komplikasi pada bayi adalah seperti pendarahan yang banyak pada ibu. Ini boleh meningkatkan kadar morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.

Komplikasi pada ibu pula pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa. Pembedahan caesarean, meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai placenta accreta. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku, rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.

Bagaimanapun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.

Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.

Selamat

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat, iaitu pembedahan caesarean. Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan, ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut iaitu tahap keseriusan pendarahan, usia bayi dalam kandungan dan juga sokongan perkhidmatan pediatrik.

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan, pembedahan caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke 38 usia kandungan. Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.
Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "Bahaya Uri Bawah"

dapat ilmu baru
terima kasih ciksue :)

Asslmkm ciksu.. Syukur ciksu dpt lahirkn bby scara normal kn.. Rezeki Allah..

Semoga semuanya selamat...amin :)

Masa anak sulong acik pun pp..dan kedudukan anak mrlintang tu sebab acik ceaser

Masa bunda mengandung anak bungsu bunda 22 tahun lepas ... bunda pun mengalami hal yang sama...

Tapi bunda ada sikit pendarahan....seminggu duduk wad...tapi Alhamdulillah lepas tu pulih seperyi biasa sampai bunda selamat melahirkan secara normal...

Masa mengandungkan anak kedua, saya pun kena uri ke bawah ni.. kalau tak silap baru level 1... so bukan dalam kategori bahaya lagi... tapi pernah juga bleeding bila travel long distance... Mmg kena selalu beringat bila uri berada di bawah... betul juga kata doktor, uri akan naik bila dah nak masuk 7 bulan.... itu lah yg terjadi pada saya... syukur sgt2 bila uri kembali normal :)

Assalamualaikum ciksu, jaga diri baik2 ye. memang kena kerap berbual dengan baby. pastu jangan buat kerja berat2 kalau dah tahu uri kat bawah. sheila dulu cuak gak sebab takda nak scan2 perut. bila nak bersalin tu, lega doktor gtau semuanya normal dan boleh bersalin biasa. skrg ni ciksu amalkan berjalan banyak bagi senang nak bersalin. hehehe semoga dipermudahkan urusan ciksu dalam labour room nanti~~~

Salam Ciksu,

Boleh delete gak lepas baca since MD tengok entri baby belum keluar lagi :) Tahniah ya, Ciksu!

Tumpang gembira juga. Baby boy ke girl ni? Tak sabar nak tengok gambar babylah :)

Salam...hye ciksue... semoga ciksue dan baby comel dlm kandungan tu berada dlm keadaan sihat2 je..x sabar nak tgk ciksue jadi 'mak buyung'...hehehe

alahai pjgnya nak kena bc...btw thanks for info ni cik su..syukur cik su xde apa2..

Ank pertama gak ada gak mslh ni.. Tpi lpas 28 minggu terus naik ke tepi... Alhamdulillah.. Jaga diri berbaik cik su..

jaga diri kak.. ayu pun debar jugak ni..

perkongsian yang bagus ni Ciksu..

bahaya uri bawah ni tau.. boleh buat kematian.. iya.. salah satu cara bersalin czer..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF