Buah Delima atau Ar-Rumman

Salam 6 Syawal 1435.. 

Wah.. wah..  nikmatnya dapat makan Buah Delima yang cantik menawan ni. 
Tak nyempat2 nak makan tau, lepas aje bayar terus pergi cuci pastu makan dalam kereta. nampak sangat tak nyabornya kan.. hihi..
 Ater saya dah tak tahan nengok warnanya yang merah menyala tu.
Menggoda jiwa raga oke (",)

Yang sebenornya dah lama kot saya makan buah delima ni, sewaktu awal2 mengandung hari tu. Kebetulan memang tengah ada buahnya kan. Memang kena makan la, kang bila dah tak da baru nak cari memang putih mata le jawabnya ^^

Buah Delima India


Buah Delima sebiji dalam RM6++ 

Isi Buah Delima ni memang sedap. 
Rasanya yang masam2 manis dengan berjusnya, dengan merah menyalanya.
Ya Allah, rasa sayang betoi la nak habiskan sebiji tu. Memang puas hati dapat makan walaupon mahal harganya.


Jumpa masa pergi beli barang dapur di Nsk Selayang :)

Sebelum tu cik abe ada beli dekat Pasar Chow Kit tapi kureng sikit rasa & warnanya..
 tak menyerlah.. kalau nengok pon tak tergoda (",)


suka kopek siap2 isinya. senang nak makan..

Walaupon warnanya kurang menyengat.. 
khasiat Buah Delima tetap lah sama jugakkan.. jadinya tak payah nak memilih sangat ye.. hihihi..

Khasiat Buah Delima

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga

sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
  • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
  • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
  • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • Kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

LAGI KHASIAT DELIMA
  • Melawan penyakit gout
  • mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  • merawat 'sinus'
  • meningkatkan tenaga
  • menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  • menormalkan fungsi hati
  • menstabilkan peredaran darah
  • merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  • mencuci darah kotor

Selain Buah Delima saya ada juga amalkan Pati Delima. Next entry saya berkongsi tentang Pati Delima pulak erk. Macam dah terlebih panjang pulak entry pukal saya ni (^_^)


2 be continue... 


Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "Buah Delima atau Ar-Rumman "

Mmg bagus makan delima. Kalau masa akak pgant, mng cari sb mak mmg suruh makan banyak3 utk sihat mak dan baby..

Sue...sue dah mengandung yeh.....tahniah Sue....okje doakan moga sue dan baby selamat dan sihat sejahtera hendaknya!

Jarang makan buah delima ni....nak jugak amalkanlah...

CikSu..
rs bersalah sgt ni pasal kacang teratai tu..ai lupa trs..dpt tau plak Cik Su berbadan dua..lg lah rs bersalah..huhuhu ai janji ai poskan mggu ni..mahap ye Cik Su..

masa mengandungkan hakimi jijah pun suka makan buah delima.. Alhamdulillah hakimi hensem orangnya..hahaha tetibe

memang banyak khasiat buah delima ni kan :)

Sedapnya .nti baby lahir comel tau mkn deli a.hehe

sedapnya delima ..lama x makan...makan pun masa pregnant dulu heheh

buah ni mmng mahai tapi sedappp...

Assalamualaikum..sedapnyer tengok buat delima tu,tak pena lagi makan buah delima..hehe

Assalamualaikum..wahh..nmpak sedap jer buah delima tu..teringin pulak nak merasa..

Tahniah QR..semua n3 acik baca..sambil lap air mata..terharu sangat..sebab acik pun ada pengalaman ni..5 tahun menunggu..cuma acik tak sempat nak buat test pun..cuma tekak rasa lain macam..siap muntah2 baru pi klinik..corfirm la kan..

betul. delima memang sangat bagus untuk mommy preggy. tapi saya tak makan bijiknya. saya buang hihihihi

sebab tu saya pun amalkan makan pati delima. alhamdulilah jantung uwais walau dah sampai masa melahirkan masih lagi aktif bergerak laju, kulit pun cantik. alhamdulilah :)

bagus cik su mkn buah delima ni .. mudahan khasiat dpt dikongsikan utk cik su n baby..

Percayalah Ciksu. Saya belum pernah merasa buah delima ni. Banyak khasiatnya, rugi betul pulak rasanya tak makan!

Sedap. Masa pregnant anak kedua memang mengidam nak buah delima.

Suka jugak buah delima ni... :)

Dah lama tak mkn buah delima fresh...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF