Makanan Sunnah Semasa Mengandung..

"Makanan yang bersih dan suci menjadi darah daging anak di dalam kandungan" -Buku amalan mengandung Ustazah siti Nor Bahyah.

Selain dari makan Buah Delima, Pati Delima Gulsan & tembikai.. saya juga amalkan makan makanan sunnah yang lain. entry ni ditulis sekadar untuk berkongsi pengalaman saya sebagai ibu mengandung yang mengamalkan makanan sunnah. jom kita tengok, antaranya:

KURMA
memang dah lama diamalkan. rasanya dah jadi makanan harian setiap hari di rumah saya ni. asal habis je terus beli. tak da kurma rasa tak lengkap pulak. nak2 pulak masa time mengandung. lagi la saya dok pulun makan kurma ni. banyak khasiatnya untuk ibu & anak dalam kandungan.

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil,
kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,
nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,
 bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

SUSU BADAM & LEMPENG BADAM

gabungan badam, kurma & air. dapat rasa rasa sebenar susu badam asli. rasa susu & lempeng badam ni memang sedapppp sesangat. homemade lagi tau :) untuk yang ini saya kongsikan resepinya dalam next entri.. in shaa Allah ^^


KISMIS
beli kismis ustaz kazim. yang siap dibacakan surah2 pilihan oleh anak2 tahfiz beliau. saya beli setiap kali pergi dengar ceramah ustaz kazim. sebotol RM10. 



BUAH TIN
buah tin juga bagus untuk diamalkan. banyak khasiatnya. 
seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran)
di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun.



Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”





KACANG CERDIK, BADAM & GAJUS 


Kekacang ini mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium yang membantu ibu hamil daripada kekejangan anggota badan. ini antara > kebaikan badam untuk ibu mengandung <




SUSU KAMBING
sepanjang mengandung saya memang tak ambil susu Anmum sebab takut berat badan naik melampau2. inisiatifnya cik abe suruh saya habiskan stok susu kambing Biodex beliau. lepas aje saya disahkan mengandung, dan2 tu jugak cik abe pon stop minum supplement dia. so, setiap bulan memang dok beli susu kambing Biodex je la. kebetulan masa awal2 mengandung kena stop ambil Ephyra kan.

Makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan darah dan memberi kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan. Mudah-mudahan. aamiin (",)

pppssttt:
*kurma, kismis & buah tin saya ambil setiap pagi. ambil dalam bilangan ganjil. lepas tu minum susu kambing. 
**untuk kekacang pulak selalunya saya buat kudapan waktu senggang. 
***alhamdulillah, stok makanan sunnah tak pernah putus sepanjang mengandung. 
****untuk stok kurma, buah tin & kekacang selalunya saya beli dengan pasangan suami isteri ni di pasar malam hari sabtu dekat JJ AU2, Setiawangsa.






Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Makanan Sunnah Semasa Mengandung.."

banyak makanan sunnah ni kan..sama2 lah kita amalkannya..

Sykur Alhamdulillah..masa acik mabuk teruk..makan tembikai pun boleh muntah

Asslmkm ciksu.. Sy kekacang xleh masuk.. Bila mkan jd masuk angin. Kurma mkn time puasa je hritu.. Skrng xde pn amalkn.. Kismis pn sama..

bestnya cik su amalkan semuanya.. inshaaAllah ciksu melahirkan anak yg baik soleh solehah

wah bagus ciksue amalkan makanan sunnah...alhamdulillah..... :)

CIKSU..... miss you !!! eee saje je tau, nak suprisekan ROs... Cepat-cepat belanje pic baby .. tak sabar tau..
Alhamdulillah... tahniah tau ciksu.. jaga kesihatan masa berpantang.. ciksu pantang kat mane ni?..

Assalamualaikum ciksu, alhamdullilah. sheila pun ada amalkan makanan Sunnah cuma susu kambing tak minum. lepas bersalin baru minum susu kambing Anugerah. hehehhee

KURMA MMNG BAIK KAN UTK KEISHATAN SY NI TGH BERUSAHA UTKA MALKAN MKN TIAP HARI

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF