MGTT pada usia kandungan 3 bulan..


Selepas  buka buku pink, misi bagi borang khas untuk buat ujian darah, minum air gula (MGTT) & check gigi. untuk kesemua ujian ni saya buat bulan 1/2014.

Kesemuanya alhamdulillah kecuali check gigi. saya tak buat pon sampai ke sudah sebabnya masa nak buat MGTT tu macam2 hal la pulak berlaku. meh nak citer, mana tau kot2 sama atau pernah terjadi dekat uols jugakkan.. ke saya sorang aje yang jadi gini..?

Begini citernya, kebetulan hari yang saya nak buat MGTT pada 13/1/2014, 
stok gula habis di klinik satu lagi. so, saya kena pergi semula ke KKIA untuk dapatkan stok gula. misi bertugas suruh saya pergi ke KKIA tanya ada stok gula tak di sana. so, saya pon pergi la ke KKIA. bila dah pergi sana, stok gula memang ada tapi saya kena beli la pulak. 


sebungkus ni RM2.. 


dah settle bab beli gula kendian kena  beli air mineral. aik.. semuanya kena beli. biar betul.. betul ^^
bila dah beli semuanya, saya pergi semula ke klinik untuk minum air gula, sekali misi tu cakap, 

"ala.. dah lewat sangat ni. sepatutnya 830 pagi ok la, minum air gula. selepas 2 jam awak kena datang semula, waktu tu pon dah tengah hari. awak datang lusa ye.."

"baik.."

Sudahnya balik le rumah. bengang la juga sebab malam tu dah berpuasa kan. 

Disebabkan ke hulu ke hilir terus saya lupa pasai check gigi. alang2 lupa terus saya buat2 lupa. hahahaaa. 

15/1/2014 
Malam tu dah start puasa. bermula jam 10 malam. esoknya pepagi dah pergi klinik. selesai ambik darah, misi suruh saya sendiri yang bancuh air gula tu. haha. apa pon tak boleh lah..! alasannya dorang tak cukup kakitangan. huahua. belasah je la labu =_=

sebelum tu air mineral, kasik buang separuh. dah tinggal separuh baru bancuh air gula. kendian minum. saya minum sekali harung je. tak boleh stop2, takut tak boleh habiskan. cik abe ada tegur, tak elok minum macam tu. dek takut terkeluar balik terpaksa la jugakkn.
lepas 2 jam datang semula untuk ambik bacaan selepas minum air gula
pulak. saya balik rumah dulu sebab dekat kan. 

Lepas minum air gula tu, bagi saya tak da la rasa manis likat sangat. macam minum air glukos pon iye jugak. cuma masa balik tu, ada la jugak rasa pening2. risau takut termuntah, kang tak pasal2 kena minum lagi sekali (",). saya terus baring. lena. 
cukup 2 jam pergi semula ke klinik untuk ambik darah selepas minum air gula.

Result minum air gula pon alhamdulillah okje. masih di paras normal :)


Sebelum buat MGTT saya punya la dok risau.. takut2 melebihi paras gula yang ditetapkan. tak mo la nanti, tak pasai2 sticker buku pink saya bertukar warna pulak. elok2 warna putih kang dapat warna hijau atau kuning.. naya oooo.. sebolehnya tak mo la kan. nak kekalkan sticker warna putih tu sampai le penghujung kehamilan.. in shaa Allah :)
yang penting diri sendiri.. kalau sendiri tak jaga pemakanan, sendiri mau hengat la kan.. 

ppssttt: kena buat MGTT lagi pada usia kandungan 7 bulan. tunggguuu.. !!!!

Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "MGTT pada usia kandungan 3 bulan.. "

msa sy aritu air gula ada perisa blackcurrant hehe..minum tanpa bernafas tu ekekeke

semoga segalanya dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah SWT yer Cik Su...

wah tahniah atas kehamilan cahaya mata sulung
saya dulu tak pernah kena minum air gula
tapi buku sticker hijau sebab masalah hyperthyroid =)

semoga dipermudahkan segala urusan =)

laaa awat renyah sgt nak wat MGtt la ni... sabar yer,,,

hehe, akak timm pun rini dia kna g scan baby dia..hoho..

ayu buat buku trs stiker warna hijau sbb allergic seafood.hehe

smua kena buat sndiri?akak kena minum air gula ms 4 bln kot.tu pon sbb berat turun mdadak 2.5kg.minum2 kompem kncing maneh.stiker mmg dh dpt ijau sbb bleeding awai2 pegnen

nanti anak dah besar, bagi baca blog ni... biar dia tau...

aikkk pelik kena beli pulak.. hishh

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF