Prosedur Sebelum Bersalin.

Nurse akan bagi surat untuk buat temujanji dengan pihak hospital. bawa surat yang diberi ke hospital yang saya pilih untuk bersalin nanti. di sana nurse akan bagitau prosedur seterusnya.



macam kes saya, saya dapat surat hari tu, hari tu jugak saya terus ke hospital untuk buat temujanji. oh ya, untuk hospital yang saya pilih untuk bersalin nanti sememangnya kena booking dulu. lagipon nurse KKIA dah pesan, lagi cepat pergi lagi bagus. so, jenis yang tak penyabar ni terus pergi hari tu jugak. bagi saya senang selesaikan awal2, nanti tak payah nak pening2kan kepala. 


Sampai je hospital terus pergi jabatan kecemasan. tanya sekian2. kendian naik tingkat 3 untuk ke kaunter O&G. dah sampai kaunter sila la tunjuk surat rujukan & buku pink. tunggu la kejap. lepas tu nurse akan bagi kad baru untuk next appoinment. kalau perlu Guarantee Letter (GL) jangan lupa sediakan. macam saya guna GL cik abe je la ^^.

selesai bab booking, saya dapat satu lagi tarikh untuk appointment dengan pihak hospital.

dapat tarikh sebulan selepas tu. datang check up macam biasa, sebelum jumpa doktor, saya diberi penerangan tentang penyusuan susu ibu. 
in shaa Allah, jika ingat saya buat entry lain bab penyusuan susu ibu.

masa jumpa doktor syiokk. nak2 masa scan, maklum la scan di hospital canggih sikit kan berbanding di KKIA. akhirnya ’permata hati’ tunjuk juga jantinanya..
yeay.. yeay.. dah tahu ^^, sama seperti jangkaan saya dari awal.. alhamdulillah.. 

Lupa pulak..! untuk bersalin nanti kena sediakan 2 salinan GL. satu untuk anak & 1 untuk ibu. alhamdulillah selesai bab hospital nak bersalin. cuma perlu siapkan mental & fizikal sajok.. 


Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Prosedur Sebelum Bersalin."

Assalamualaikum kak, wahh bestnya ada GL. sheila takda pun. bila dah sakit, terus g spital dan bersalin. nasib baik murah je sebab bersalin normal dan takda amik suntikan pape atau pertolongan vacum. tak sampai rm20 bil sheila. hahaha tanjat kita. ingatkan mahal. bagus juga hospital kerajaan ni ~~~

hospital gomen ke private mnjdi pilihan hati??

owahh kena booking yer.. xtau pula jijah bab tu.. sbb masuk wad.. induce n bersalin..hee

Sy x pernah temujanji... Terjah je.. Owh.. Dua ke?? Sy suami sediakn utk sy je.. Ank x perlu pula..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF