Suntikan ATT untuk Ibu Mengandung

Suntikan ATT (Anti Tetanus @ kancing gigi). mengikut apa yang diterangkan oleh misi, ibu mengandung yang mengandung anak pertama memang kena suntik 2x suntikan ATT. bagi yang dah pernah mengandung kena sekali saje. tapi anak yang seterusnya kena kurang dari 5 tahun. kalau tidak tetap kema suntik 2x juga ^^

untuk dos suntikan yang pertama saya kena pada 5/5/2014 manakala dos suntikan kedua kena pada 2/6/214. alhamdulillah selesai bab suntikan ATT.


so, first time kena suntikan ATT ni rasa nerbes la jugak kan. first time katanya..! mau tak cuak. suntik amik darah lain rasanya. ini suntik untuk masukkan sesuatu. so, mestilah terasa sakitnya.


 masa misi masukkan jarum tu, tak de rasa apa pun, tapi bila misi dah tekan picagari tu mak aii.. ! barulah rasa sakit sikit. sikit je laaaa.. lebih kurang macam kena gigit dengan kerengga tu. tapi memang terasa la kebas sebelah tangan yang kena suntik tu dalam 2,3 hari jugakkk..! nasib le hulur tangan sebelah kiri, kalau tangan kanan mau tersadai. kikiki


sedikit Info tentang suntikan ATT @ suntikan kancing gigi.. 


- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.


- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).


- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.


- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.


- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.


- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.


- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.


- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.


- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.


- Pendapat Dr Zubaidi:


Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.

Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.
Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Suntikan ATT untuk Ibu Mengandung"

Sebaiknya buatlah tak kira kena bayar atau tak tapi memang ada yg tak mahu CikSu.. org tak sama kan..

betul tu ciksue...mmg akan lenguh tangan 2-3 hari pastu.. bertabahlah yer.hehe

asslmkm ciksu.. alhamdulillah. saya dah ambik 2-2 dah. kali kedua kena lenguh sikit la tgn. sebab kali pertama nurse lain relax je dia. nurse kedua pula kebetulan sakit jari, mybe dia cucuk pun dalam keadaan kekok.

tak pe la kena suntik pun... untuk kesihatan diri dan anak... takut terkena jangkitan...

lepas cucuk tu mesti kebas brhari hari kn ~

1st time dengar pasal suntikan ni.. tngok jarum pun mcm nk pengsam dh. hehe

alamak... kalau sy ngandung lg kena cucuk 2 kali lah yer.. sbb amir dah 6 tahun

penting suntikan ATT ni.. tapi sakit tu..rasa kebas seminggu

jangan ambil risiko baik cucuk je kan demi kesihatan

Mmg rasa kebas juga utk oertama kali cucuk..

Memang lenguh tgn lepas kena inject ni .

terima kasih untuk perkongsian ni ye Ciksu :)

sy dulu ank kedua boleh pulak nurse lupa psl suntikan ni..kita lak yg kena ingatkan..

neway...great info

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF