Tudung kanak-kanak


Balik Kampung

esok nak balik kampung. balik kampung saya di Kedah. jommmm :)

bulan disember ni banyak dapat undangan kenduri kawin. 6 disember kenduri rumah pak menakan, 7 disember rumah tok menakan mak & rumah kawan baik saya juga. dalam masa 2 hari ada 3 kenduri. semuanya ada hubung kait kekeluargaan. cuba sedaya upaya untuk penuhinya. lagipon saya teringin nak makan nasi kenduri ^_^

 nak tak nak kena pandai atur jadual. cik abe cuti sabtu ahad je. walaupon cuti sekolah panjang itu tak bermakna beliau pon turut bercuti panjang. udoh bukan cikgu pon. guano nak cuti panjang. ye dokkk :) 

jadinya, kena balik kampung pada sabtu ahad aje la. memandangkan cuti pon sekejap aje maka rasa macam tak berbaloi pulak kalau balik kampung bawa kereta. ye la, dengan kosnya lagi, penat memandu lagi.  acaner!!! 

 penyelesaiannya balik kampung naik bas saja. senang. boleh relax jugakkan. selebihnya tawakal pada Allah semoga dipermudahkan hendaknya. aamiin  :D

pertama kali bagi kami balik kampung naik bas setelah hampir 3 bulan lebih bergelar ayah & umi. risau? memang kami risau. belum tahu lagi macam mana reaksi permata hati kami nanti. macam2 yang bermain dalam pikiran bila memikirkannya. sudahnya kembali pada Allah. in shaa Allah.  

akhirnya seperti yang dirancang, cik abe beli tiket kendian tinggal kereta di Hentian Duta. 
buat permulaan kami ambik tiket balik kampung siang hari. dari Hentian Duta bertolak ke Pendang, Kedah jam 12:15 tengah hari yang akan mengambil masa hampir 6 jam. dalam masa 6 jam ni macam2 juga yang dipikirkan. dalam hati hanya doa dipohon. semoga semuanya berjalan lancar.. 

in shaa Allah nanti saya kongsikan pengalaman bawa anak seusia 3m+ naik bas. agak2 mencabar tak???

14 Comments

  1. Selamat bercuti.... anak 3 bulan kalau dibawa naik bas kurang sikit ragamnya berbanding yang dah besar... yang dah pandai berjalan tu yang tak senang duduk kita dibuatnya he hehehe.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah selamat pergi dan balik ...baby Rania tu budak baik, rasanya ok sahaja perjalanan ke Kedah..dengan syarat kena pastikan baby selesa.. tempat2 ke kedah tak ada yang kawasan tinggi kan? Mana2 kawasan yang berisiko buat telinga tak selesa, pastikan baby diberi susu atau air masa tu... minyak angin jangan lupa.. gembiralah saudara mara jumpa baby nanti ya...

    ReplyDelete
  3. sy xpnh lagi bwk anak naik bas..ank dh 20 bulan da hehe

    ReplyDelete
  4. Mesti Rania baik je kan? Saya naik bas dgn Luth, guna nursing cover masa bf. Alhamdulillah okay je.

    ReplyDelete
  5. smga selamat perjalanan ek...eh? shana ke nk kawen??

    ReplyDelete
  6. eh bukan cik su ore klate ke?rupanya org kedah...

    ReplyDelete
  7. rasanya klu anak 3 bulan tu takdelah mencabar sgt,klu sihat baby biasanya tido je.yg mencabarnya mak bapaknya la nak angkut beg byk..ada baby biasalah semua kena bawak balik kmpg..hehe..

    ReplyDelete
  8. Saya memang takda pengalaman bawa anak naik bas untuk long journey, Ciksu. So, tak dapatlah nak kata apa. Alhamdulillah, berdasarkan entri selepas ni nampaknya okey si kecil tukan. Baguslah, kecil-kecil dah pandai menyenangkan ibubapa ^_^

    ReplyDelete
  9. biasalah ada baby mmg mencabar nak jalan jauh.. tp kalau 3bulan ok lg sbb baby banyak tido., bg susu tido. tp kalau baya hakimi sgt2 mencabar

    ReplyDelete
  10. Sekali sekala balik kg naik bas ☺

    ReplyDelete
  11. Syoknya ciksu balik kg... Ros pula plan nak balik kejap chrismas ni. Hntar mak dan anak anak sedara.. Sekarang ni dorang ada kat rumah Ros, hihi

    ReplyDelete
  12. akak ni dah lama tak balik kg plan nak balik kg next week..harap2 dapatrlah balik nanti inshaAllah

    ReplyDelete
  13. jauh juga perjalanan nak naik bas tu
    hopefully ok ajelah
    saya bawa anak-anak naik bas pun hak yang dekat-dekat aje

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin