MAHA 2014 Part 2

sekali lagi berpeluang pergi ke MAHA 2014.. kemahen kan tak agak2 ye, dengan anak kecil lagi. selamba je ciksu ni ke sana !!! ok pulak baby ciksu ye. tak macam2 ke ???
alhamdulillah.. permata hati kami bagi kerjasama. senang ayah umi nak tawaf MAHA  2014.

si kecik ni bila berjalan ok je memanjang. cukup tido, cukup susu senyum sokmo. tak da nak macam2 sangat. pendek kata alhamdulillah la.. Allah permudahkan urusan kami menjaganya :p

untuk kali kedua ke MAHA 2014 kami tetap parking di LAMAN TIBA 1. 
kali ni kami naik tram sebab nak ke PAVILION/ RUMAH NEGERI :-)

hampir ke semua rumah negeri kami masuk. bermula dengan Rumah Negeri Sembilan, Rumah Melaka, Rumah Perlis, Rumah Kelantan, Rumah Terengganu, Rumah Sabah, Rumah Sarawak, Rumah Perak, Rumah Johor, Rumah Pulau Pinang, Rumah Kedah, Rumah Pahang & Rumah Selangor.


Rumah Negeri Sembilan dapat rasa daging salai cicah air asam, masuk Rumah Perlis dapat tengok pameran ular sawa, 




Rumah Sarawak 
ada jualan ikan terubok, kek lapis & juga jualan makanan Sarawak.

Paling syok masuk ke Rumah Perak. menjadi tumpuan orang ramai sebab ada dj, ruangan pameran luas & selesa yang penting sejuk. sebelah belakang ada demostarasi masakan & gerai jualan. ada kerepek terbaru. kerepek daun kesom. 



 di hadapan rumah perak

bunga daun getah

Rumah Kedah
ada demostrasi goreng ikan pekasam
ada jualan popia basah



Rumah Sabah 
ada pertunjukkan tarian 
ada jualan kerepek rumpai laut, madu, tepung pizza, mutiara sabah, keropok amplang & kuih cincin sabah



Rumah Terengganu best juga.

ada demostrasi cara buat kain songket
yang paling syiokk lepak di gerai rumah terengganu sambil makan nasi dagang & satar ikan. nasi dagang satu set RM5, satar ikan 10 ketul RM6.
 satar ikannya memang sedap, lemak manis & lembap je bila makan :) 
sampai 2x repeat cik abe gi beli.. memang sedap sangat lettew.. 
siap beli pais ikan pulak :) 



Rumah Pulau Pinang
di pintu masuk ada jualan char ko teow sepinggan RM5 
cuba air buah pala. sedap & yang penting banyak khasiatnya. 

selesai tawaf rumah2 negeri, kami naik tram ke LAMAN HERBA & SAYUR. elok aja sampai, belom sempat berjalan hujan turun. huhuhu. melepas. tunggu punya tunggu makin lebat. sudahnya tunggu tram datang, terus balik ke khemah B (gerai jualan & buah2an).

cik abe beli jagung 2,3 tongkol. 

sesambil tu dok layan pertandingan makan tembikai & karaoke..
 bila hujan reda, terus gerak balik. 
malas nak meronda dah.

cadang2 nak pergi lagi hari terakhir tu, tapi tak jadi pergi sebab pergelangan tangan kanan makin sakit. huhuhu. dah bertahan hampir seminggu, ingat makin baik.. tidaknya!!!!


tunggu MAHA 2016 nanti la pulak. itupon kalau masih kekal di kl :D






Previous
Next Post »
21 Komentar untuk "MAHA 2014 Part 2"

best pulak dgar ciksu gi MAHA.. senyum bila ckp umh trg tu makan nsi dagang dgn satar hihi..

tgn cik su kenapa? best kan ada cam ni...sehari boleh pergi 1 Malaysia...

bestnya ciksu..
rmai jugk kwan2 timm pi..
kita xde rzeki lgi nak ke sna..huhu..

oo begini rupanya MAHA tu..best pula kalau dpt pegi sini

baby baik mcm tu harus la bawak jenjalan, dah tu takkan nk terperuk jer kat umah kn, jj kecik dulu tak sampai 3 bulan umur bapak dia dh campak dlm air laut.

best giler ah tempat tu buat macam tu... kalau i kat sana pun wajib terjah kot.

baguslah baby behave.senang hati ciksue nak jalan2 pusing tawaf satu MAHA

Rajinnya Ciksu bawa baby pergi MAHA tu. Kalau saya, memang tak pergilah Ciksu. Anak-anak dah besar pun saya malas nak pergi tempat sesak macam ni. Layankan ajelah penyakit malas tu ^_^

Okje tak pegi pun....kata orang ramai orang lah, parking jauhlah ...terus malas nak pergi...hihi ...
Sebelum ni mmg tak pernah pun cik Sue

Sedap tu sata.. My hubby suka sgt makan..

xde idea nak kongsikan entry ni, sbb xde gambar kami pun masa g huhuhu .. sibuk melayan amir kat sana .. penat jln ...

Saya tak pernah lagi smpi MAHA... teringin nak pergi.... yg pergi semua kata seronok... tgk la kalau dah dok kl mungkin boleh la...

aritu ada baca dekat blog mana entah cite pasal rumah negeri ni
memang menarik aturcara dia
terasa rugilah pula tak pergi =)

Sy x smpt nk pergi.. Lagipun dh tahu ramai org... Mls nk bersedak...

Sakit apa tangan ciksu?

Elok biasakan baby dgn pwrsekitaran
. Mak akak pesan gitu, katanya elok. Drp besar baru ajar semua, anak akan sensitif nanti..

Meriah rupanya Maha ni ya.. akak tak pernah nak pergi. Risau ramai orang

Rajinnya ciksu ke sini. Teringin nak gi tapi en somi tu tak suka tempat yg bersesak2...huhuhu...

Sempat lagi tu.. Rajim ciksu ni..
P/s: kenapa dengan tangan ciksu tu?

seronok dapat bawa baby jalan2 kan,dapat tengok macam2

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF