Pengalaman Berpantang: Minum Air Kunyit

selain menu sepanjang berpantang dan ulam pucuk lemuni saya juga kena telan air kunyit. minum 3 pagi berturut-turut. cik abe buatkan selepas diarahkan oleh mak perak.
pergghhhhh..
rasanya boleh tahan..
siap masa nak minum picit hidung lagi. pastu telan laju-laju.
lepas minum air kunyit terus minum air putih..
tapi demi untuk naikkan seri wajah ku telan juga.. hahahaa

nasib baik kena minum 3 pagi je air kunyit ni
3 pagi pon puas juga la..
ala, bukannya penuh cawan pon
rasanya sekali teguk pon dah boleh habiskan air kunyit tu..
cik abe siap tunggu lagi sampai saya habis minum, baru dia ambil cawan..

jangan memandai nak minum air kunyit lebih-lebih oke
kang tak pasal-pasal terlebih kecut pulak rahim tu..
kiranya 3 hari tu cukup la untuk kecutkan peranakan selepas bersalin.. 
selain tu kebaikan minum air kunyit ni bagus untuk lancarkan peredaran darah :) 

air kunyit boleh diminum walaupon mengamalkan Ephyra 
saya siap tanya Pn Amiza lagi
buktinya, tengok ni.. 


bila dah comfirm baru la saya minum air kunyit tanpa was-was. 

ada tak akak2, acik2, adik2 yang pernah minum air kunyit ni???
Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Pengalaman Berpantang: Minum Air Kunyit"

pernah. memang mama bg minum secawan kecik coet tu je. tapi rasa dia perghhhhhhhhh smpi sekarang ingat mihmihmih

kakak Ros ada minum :) Ros tak tak pernah. hihi. so tak tahu apa rasanya..

ohoiiii air kunyit... macam mana la rasanya tu.. xlalu..hehe

TAK NAK!!!! Awal2 lagi dah cakap dengan ibu xmo jamu2 tu.. haha

X pernah.. Tp sya makan kunyit muda buat ulam.. Amboi.. Sedap makan..

saya tak minum, tapi makan
mak saya masak, saya makan dengan nasi =)

Minum jugak air kunyit. Mak yg buatkan ☺

Bab berpantang ni nampaknya Ciksu memang champion. Habis semua pun dicuba. Akak takdalah gaya gitu. Mana yang betul-betul perlu, baru buat. Yang tak berapa perlu tu, buat-buat lupa jerk!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF