Resepi Roti Sarang Lebah yang lembut

hari tu tayang roti sarang lebah versi sebelum bersalin maklum le makyong teringin nak merasa keenakkan & kelembutan roti sarang lebah tu sendiri. nak makan roti sarang lebah punya pasal, punyalah gigih makyong ni menguli tepung ^____________°

ROTI SARANG LEBAH

ini versi lepas berpantang, terbuat baru-baru ni


RESEPI ROTI SARANG LEBAH

1/2 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis (mauripan)
1 sudu besar gula pasir
*larutkan gula dalam air suam, kendian masukkan yis
*biar sampai berbuih
~pastikan air betul-betul suam~

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu garam
*ayakkan tepung dan baking powder
*masukkan garam

1/4 cawan plain yogurt
1/4 minyak masak/ minyak sun flower

*masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk
*kendian masukkan bancuhan yis dan yogurt. kacau bagi sebati. pastu mula la uli. sampai doh elastik
*masukkan minyak sikit demi sikit
*masa uli saya ambil masa sejam kalau rajin, tak rajin uli dalam 1/2 jam. doh oke je.
*dah siap uli, perap doh. tutup bekas adunan dengan plastik wrap/ kain basah. biar doh naik 2x ganda. saya biarkan ke 1 jam gituuu
*selepas 1 jam tumbuk-tumbuk doh bagi keluarkan angin. suka hati la nak bahagi macam mana pon. ikut loyang memasing. jangan lupa sapu minyak pada loyang.
*kendian ambil doh yang keluar di celah ibu jari dan susun dalam loyang. biarkan doh naik lagi 2x ganda. 
*sesambil tu 15 minit terakhir, boleh la panaskan oven pada suhu 180°c api atas bawah ( bergantung pada oven memasing tau yang ni) kang terlebih suhu rentung pulakkan roti sarang lebah tu. tak pon takut keras. yang penting pastikan oven betul2 panas sebelum masukkan doh roti.
*bakar selama 15 minit. 
10 minit pertama guna api bawah, 5 minit terakhir guna api atas bawah

~jangan tambah tepung, guna minyak sapu dekat tangan kalau melekat, adunan memang akan melekat-lekat semasa menguli~
~uli guna kaedah tolak tarik ~


sebelum roti sarang lebah ni mensaunakan dirinya dalam oven,
meh kita sapu KUNING TELUR + SUSU PEKAT sikit kat atasnya
kendian tabur la apa jenis kekacang yang korang nak taburkan 
sapu KUNING TELUR selepas roti sarang lebah dah naik tau ..

ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH YANG SEDAP DIMAKAN 


saya pilih badam, jintan hitam, kuaci hijau



saya betul2 dah jatuh chenta dengan ini roti sarang lebah dengan sos butterscotch.. untuk sos butterscoth pandai2 la adjust kemanisannya..



ini yang saya ambil dari resepi sedia ada,



25 gram mentega

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu cair/ whipping cream
esen vanila


cairkan mentega 

masukkan gula perang, kacau kendian masukkan susu cair & esen vanila
biar sebati, rasa puas hati tutup api 

kredit pada tuan empunya resepi sis Lydia Honeysumber Ina IntanBerlian

Previous
Next Post »
29 Komentar untuk "Resepi Roti Sarang Lebah yang lembut "

sedapnyaa ciksu. nani kalau nak makan mintak mak long yang buat.hehehe :)

rajinnya... dok tgk org buat je.. sy x buat2 lagi.. huhu

rajinnya sue. lom ulang buat lagi. mmg sana sini org masih mencari lg roti ni.

Ciksu, sedapnya, akak minta sikit..

yummy...sedapnya.antara peberet kami gak ni.mkn mmg sedap.nak uli tu je tak berapa rajin

dah pernah rasa roti sarang lebah ni memang sedap. nak buat tu aje belum ada kerajinan lagi nguuuu

Ciksu, nampak gebunya roti tu. teringin aih.. hihi
p/s: ciksu, macam mana hari ni?. sihat ke.. agak agak kenapa pergelangan tangan tu.. moga cepat sembuh yer...dah try sapu minyak ke ciksu?...

Allah.. Sedapnya.. Rasa mcm nk je oder kt ciksu..

aduyai cik su..bila nak rase airtgn cik su niiii!!!

sedapnyer...kebetulan la sgt..nieyl baru order ngan kawan..ptg ni nak pegi amek...teringin gler nak makan...:)

Assalamualaikum ciksu..sedapnya. nak rasa sikit..

sodap22222... nak sikit.. makan panas2ni memang sedap sangat...

As'salam baru line ok..terima kasih ke blog Etuza ya,...terbaik blog kuih hummm sedap..

As'salam baru line ok..terima kasih ke blog Etuza ya,...terbaik blog kuih hummm sedap..

Sya dah lama teringin nak buat.. Tapi belum ada ganti.. Yg lama dah rosak..

mcm senang la pulak resepi dia ciksu hehe... kena tggu mood rajin datang

Sedappnyaaaa... ada masa boleh la cuba. Nampak gebu2 je roti tu. Hehe

pemes kan roti sarang lebah ni sue....akak pun terpanggil order tau mase tu haahahaha...nak buat mmg pemalas laaaa...kalo ade bread maker gigih gak nak buat....tapi takde kan...tak rajin nak uli so beli jek laa ekekeekekek....

nampak sedap... umi rajin gini, baby pun pasti ikut jejak umi juga ni...

lama tak singgah sini.. eh ciknaa baru beli oven.nak try la resepi ni nnti..

akak tak pernah rasa lagi roti ni..nampak sedap nih

Dh dua tiga kali jgk buat tp guna resepi roti yg lain. X guna yg ni.

mmg sedap..dh rsa sekali..tp beli la..bkn buat sdri

sedapnyaaa ciksu..blum pernah merasa lagi...

tengok gambar nampak sedap
tengok resipi, mak ai...kena tunggu rajin...hehe

Sedapnya. Resepi dah salin tapi tak tau bilanya nak buat ☺

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF