Cerita pasai mop je la, boleh ?

orang pergi ekspo baby beli barang baby atau mak kan.. hahahaha.. saya pergi ekspo baby hari tu (disember, 2014) bukannya beli apa pon just jalan jalan cuci mata sambil nengok gelagat orang.

sebenarnya.. tak tau nak beli apa pon sebab semua barang dah ada, kan ! dalam tak beli apa2 tu, sempat la juga
beli ini haaaa..

mop.. hikhiks. mop pon kemahen mahei. harga RM59 + RM1. so, totalnya namplohhengget.. yang singgit tu tambah aksesori mop. kiranya dapat 2 la kain mop tu. kalau satu kotor, boleh la tukar yang baru.


terimalah gadjet terbaru.. untuk membantu menjaga kebersihan rumah. rumah tak bersih lagi, saje la kan. hikhiks.

kebetulan.. memang tengah cari mop yang mudah untuk dikendalikan. itu yang rembat juga. 

maklum lah, sejak ada anak kecik ni, lantai nak kena sentiasa bersih. nak2 nanti bila anak dah pandai merangkak dan mula mengutip. lagi la nak kena pantau sedia. 

tertarik nak beli sebab dok ralit tengok auntie tu buat demo, lah. memang mengena sangat. 



padahal sama je kot dengan mop yang sedia ada. tapi tu la, kalau dah minat.. memang nak jugak2 la. 

caranya.. ewah. ewah. dah gaya ghope auntie tu pulakkan, nak demo jugak ke ? kehkehkeh.

meh la layan.. 

memula masukkan air macam biasa kendian celup mop. bila nak keringkan air tu cuma masukkan mop di tempat yang ada besi tu. pastu tekan je la mop. nanti dia berpusing2. hanya guna tenaga tangan.



nampak tu dia berpusing. laju oooo :)



bila air dikeringkan, boleh mop macam biasa. kalau tempat2 macam bawah katil ka, bawah sofa ka, bawah kabinet ka, just adjust dengan batang mop. boleh diflexsibelkan. haa gituu.

dengan adanya mop special ini maka kerja2 mengemop jadi lebih mudah dan cepat. baru boleh buat kerja lelaju, kan ! panjang pendek pon boleh diadjust. ikut kesesuaian. tak yah risau nak sakit pinggang ke apa lepas tu.

nak tau tak :) 

saya punya perangai, kan.. suka sangat tau, bila mengemas rumah, tak kira la samada masa tu tengah menyapu ke, mengemop ke, comfirm lepas penat2 tu, duduk sekejap, kendian berangan sambil tangan tunjuk itu ini, agak dah letih berangan, bangun buat kerja. sampai la siap sepenuhnya. tu pon beberapa kali juga stop. baru lah siap mop ketiga2 bilik tidur, ruang tamu dan dapur. perghhh memang penat. itu belum lagi sental 2 bilik air. letih yak mat ! ingat suri rumah dok umah tak ada kerja ke. 

itu dulu la.. sekarang tak dan nak berangan dah. kena buat kerja cepat2, kalau layan berangan tu, pakai tak siap kerja la. tengah2 dok berangan tetiba Rania menjerit, haaaa.. acaner.. kerja pon terbengkalai. dedulu boleh la, sebelum ada anak. buat kerja sensorang. tak ada siapa nak ganggu. itu yang ada masa nak berangan. 

uols hari2 ke mop rumah ?
saya dari zaman bujang lagi memang suka mengemop. ntah la, walau bizi macam mana pon, bangun pepagi sebelum pergi kerja, mesti juga sapu dan mop lantai. ntah tak boleh la. sebab dah terbiasa kot. nak2 pulak lantai mozek, kan. bila kotor senang nampak. sakit mata ni nengok. lagi satu bila mop hari2 tak da la banyak sangat habuk2 terkumpul. cer biar seminggu tak bermop. perghhh. memang serabut gila kot tengok. nak2 bawah katil tu. adoiii. lemah sangat. kita rasa macam tak ada pon habuk tapi hakikatnya.. mmm, sendiri mau tau la.. 


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Cerita pasai mop je la, boleh ?"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF