Melawat Kawasan Banjir Part 3

saje meronda nengok kawasan lembah, kuala kangsar. air makin surut. pemilik kedai dan mpkk bertungkus lumus membersihkan kawasan premis perniagaan masing-masing. segala macam sampah sarap dan barang-barang jualan yang rosak teruk semuanya dibuang ke satu tempat. kendian diangkut menggunakan jentolak/ pek ho untuk dimasukkan ke dalam lori mpkk manakala lori majlis perbandaran ipoh pula guna air untuk cuci jalan raya yang kotor. 

sungguh tak dijangka.
banjir terakhir di kuala kangsar pada tahun 1967. air naik sampai separuh tiang bulatan jam besar. sesiapa yang pernah datang kuale pasti tahu kat mana area bulatan jam besar.
di padang sekolah Raja Perempuan Kelsom (RPK) pon ada tanda tahun kejadian banjir sampai mana air naik. saya tahu pon sebab pernah tengok gambar di sebuah rumah kenalan mak mertua beberapa tahun lepas. 

"awak nak kabor pon tak pandei.." hihihi

 ada masa nanti moh le jenjalan ke kuale. nengok apa yang ada erk.

kawasan lembah ni boleh dikatakan tempat lepak warga emas pada waktu pagi dan petang. sambil borak-borak hirup angin petang di tepi Sungai Perak. setiap hari sabtu dan ahad ada pasar tani. memang meriah.
 selepas kejadian banjir yang melanda mungkin ambil masa untuk perbaiki segala kerosakan di sepanjang pesisiran Sungai Perak.

masih berbaki limpahan air dari Sungai Perak

 bumbung merah tu arena square
sebelah kanan sepatutnya boleh jenjalan sampai ke jeti
kalau nak pergi sayong nak naik bot boleh la lalu situ..
tak pon sesaja nak lepak atas jeti nengok air sungai perak pon boleh.

nampak tak bumbung merah yang dipenuhi timbunan sampah sarap tu. haa itulah jeti. hampir roboh dah. bila tengok aliran air sungai perak, nampak deras je..

tandas awam yang masih ditenggelami air

in shaa Allah makin surut
lagipon dah banyak hari kat kuala panas.. 

pppsstt: esok nak balik kL dah. rindu pulak dengn rumah saya.. 18 hari tinggal.. 
apa sudah jadi pon tak tau le ! 





Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "Melawat Kawasan Banjir Part 3 "

Dulu masa banjir besar kat segamat dulu pun begitu, sampah banyak. Tapi lepas tu, kedai2 yang terlibat buat jualan cuci gudang. Ada yang lepas tu terus tutup kedai. Sian pada yang terlibat. Tapi pasti ada hikmahnya

Assalamualikum ciksu, morning!
itu lah teruk banjir kali ni.. kg. gajah kg suami pun banjir..

mudah mudahan airnya akan surut lepas ni. selamat pulang ke kl co=iksu. hati hati :D

banjir tahun ni mengatasi banjir besar tahun2 dahulu... ujian dariNYA...

teruk juga banjir di perak ye QR..tapi tak seteruk di Kelantan kan

teruk juga banjir tu..moga mereka yg terlibat dgn ujian banjir ini tabah dan redha mengahadapi

insya ALLAH makin surut
cuma aktiviti mengemas pula,
moga segalanya dipermudahkan

oh, selamat kembali ye =)

doa banyak2 agar mentari terus memancar..

Ciksu, Ros tengok gambar je tentang banjir ni.. Sedih sangat rasa,.. moga semua yang terlibat tabah menghadapinya...

jeti kecik tu hampir roboh? memang deras sangat la tu air nya huuu.

teruk kan banjir kali ni..kesiann habis barang2 rumah musnah..

Ugh.. Beraninya cik su pergi.. Kalau sya la, X nak pergi.. Bukan apa.. Risau lah..

Kesian kan mangsa banjir. Saya pernah jgk jadi mangsa banjir dulu2 masa kat kampung.

First time dengar perkataan 'pek ho' tu, Ciksu. Takutlah tengok air banjir ni. Kesian sungguh pada mangsa banjir. Lepas banjir surut pun, masih banyak benda nak dibuat. Haru-biru rasanya hidup tapi Insya Allah, mereka yang terbabit ni tabah.

banjir kali ni teruk bnyk benda musnah kan..

Alhamdulillah dh musim pns dh la mi...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF