"Anak Menangis Nak Cerdik.."

"ye ke.."

haaa. pernah dengar tak orang tua-tua kata macam tu ? 

nak dijadikan cerita. balik kampung CNY baru-baru ni Rania tetiba je berubah. terkezut oke. malam pertama Rania tidur dengan lenanya tanpa ada drama. mungkin penat sebab berjalan jauh. kikiki. macam Rania pulak yang jadi driver bas ye ;p

masuk malam kedua bermula la dramanya. Rania menangis oke !
memang tak tahu sebab apa. memula tidur macam biasa. seawal jam 10:00 malam dah lena. tetiba terjaga terus menangis. menangis kejap-kejap je, tak da la berterusan. nak bagi Rania berhenti menangis satu cara je. JANGAN DUDUK. kena peluk sambil berdiri. perghhhh !! memang mencabar. dah tu tak nak pulak dengan tok atau tokwan. nak umi je :)
sesambil tu memang pasang surah yassin.

siang hari oke. main macam biasa.

masuk malam ketiga dan keempat pon sama. tengah tidur elok-elok tetiba jaga terus menangis. selama tiga malam berturut-turut tu memang kena berdiri je umi ni haa. tepat jam 1:05 pagi memang otomatik Rania lena dengan sendirinya dalam pelukan umi sambil berdiri. JANGAN SESEKALI DUDUK SEBELUM RANIA LENA BETUL-BETUL. KALAU DUDUK COMFIRM JAGA SEMULA PASTU SAMBUNG MENANGIS.

sekali masa mak pergi mengaji mak pon tanya la geng mengaji mak. ada makcik tu bagitau katanya "anak menangis nak cerdik.."
haaa gituu..

malam terakhir di kampung alhamdulillah. tidur lena.

balik kl malam pertama pon tidur lena. masuk malam kedua mula balik. macam tu juga, kena berdiri jangan sesekali duduk. kalau duduk sambung menangis semula. malam seterusnya dah oke. lega ^_° tokwan hari-hari telefon tanya "semalam nangis tak..?" 

masa Rania menangis tak da la dia tengok atas tapi menangis sambil pejam mata. mengantuk pon mengantuk. bagi susu tak nak. perut pon tak kembung. kalau kembung perut keras kan. ini lembut elok je. 

ibu-ibu, bapak-bapak pernah alami macam ni tak ? 
penyelesaiannya macam mana ? ada jumpa mana-mana uztaz ambil air penawar ke ? 

Previous
Next Post »
9 Komentar untuk ""Anak Menangis Nak Cerdik..""

Alhamdulillah belum pernah mengalaminya, semoga tidak akan terulang kak.

pernah juga tapi sesekali je,sebabnya pun taktau jugak,mungkin sebab anak2 ni tak selesa kot,jadi dorang nak kita dukung

tak penah pulak nani dengar. heee. orang tua tua kan kaya dengan firasat macam ni. heheh ^^

tak penah pulak nani dengar. heee. orang tua tua kan kaya dengan firasat macam ni. heheh ^^

ada jugak alami dulu tapi itu sebab thaqif nak poopoo ditengah malam.dah selesai poopoo sambung tido blk.hik.klu takut gangguan benda halus, beli myk zaitun (rocommended pevoo), sapu pada badan/ubun2 anak utk elak gangguan.as i read, syaitan xsuka bau minyak zaitun.insya-Allah cubalah.mmg kite amalkan sokmo kat thaqif since thaqif jenis tdo dr b4/time magrib.n till today alhamdulillah ok.

ada orang kata jangan bg anak suka sgt. contoh gelak mengekek main tu. nanti anak rayan(eja cam mana ntah) masa tido.

so far xde pengalaman camni pula..

tak pernah pulak dengar statement anak nangis sbb nak cerdik..selalunya baby nangis mesti bersebab.takkan la sesaja pulak nk nangis.

mana tau dia tak selesa ka..sakit tang mana2.or dia takut ka..tak pun tido mimpi ke..mungkin dia rasa selesa tido dipeluk.

baby dah makin besar ciksue,biasalah klu buat perangai sikit2..skang ni dah OK ke rania?

Ros tak tahu Ciksu, tak pernah dengar..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF