Resepi Apam Hijau Kuning Versi Jelapang Padi..

sedapnya kalau dapat makan apam kan. nak-nak makan masa masih panas. laju je pat lima biji ditelan. sedar-aedar dah habis sepiring. haa, acaner :) 

selain suka buat dan makan apam nasi, apam hijau kuning ni pon sedap dimakan juga. beza apam nasi dengan apam hijau kuning ialah nasi. apam hijau kuning tak letak nasi.. just guna campuran tepung gandum dan tepung beras dan bahan-bahan lain.. 

kalau nak senang atau kerja jadi lagi mudah, masukkan saja adunan ke dalam loyang besar. tak payah susah nak cedok ke dalam bekas kecil. cumanya bila nak makan kena potong la kan. kalau buat dalam bekas kecil sesiap, just tuang dan boleh makan terus. 
so, terpulang pada kerajinan diri memasing sebab nanti yang nak makannya tuan yang buat jugakkan. :) 

saya ambil resepi ni dari Kak Ct Delima 
tertarik sebab warna hijau kuning lambang negeriku. ihik :’)
 jom tengok resepinya.. 


Bahan-bahan:
1/2 cawan air suam
1 1/2 sudu makan yis segera mauripan
1 camca teh gula pasir

2 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning dan hijau

cara-cara:
1. Bancuh air suam, yis dan gula pasir hingga larut . Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
2. Sementara itu, masukkan semua tepung, air, gula pasir dan ke dalam pengisar. Kisar hingga semua larut.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam satu bekas besar. Masukkan juga bancuhan yis yang telah kembang. Gaul rata.
4. Tutup bekas dengan plastik atau kitchen towel yang bersih. Perap selama 1 jam atau sehingga kembang.
5. Panaskan kukusan. Lengser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak atau guna acuan kecil yang disapu sedikit minyak masak. Boleh alas dasar loyang dengan plastik supaya mudah menanggalkan apam bila sudah siap dikukus nanti.
6. Bahagi adunan kepada dua bahagian sama banyak dan letak pewarna yang digemari. Atau boleh saja dituang adunan ke dalam loyang dan kukus apam selama 40 minit. Untuk acuan kecil-kecil kukus selama 10-15 minit dengan mengunakan api sederhana.
7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong.
8. Boleh dihidang dengan kelapa parut. Agar kelapa parut tahan lebih lama, kukus selama lima minit. Gaulkan dengan sedikit garam.

NOTA :  Kalau nak potong apam pastikan pisau betul-betul tajam. Potong seperti menyorong gergaji, jangan ditekan pisau supaya apam tidak mempat pada tempat potongannya

cuba la buat, pasti anak anak suka.. saya suka buat sebab saya suka makan apam. dari dulu sampai sekarang. masa zaman sekolah suka makan apam ni. lagi satu cucuq kembung.. yang ni citer dalam entry lain la. in shaa Allah °-°

pppsstt: macam biasa la ciksu ni, kalau tak ada cerita, gambar makanan la jadi sasaran. ini 
gambar bila pon tak tahu le. bila godek-godek album makanan, rasa-rasanya yang ini belum diblogkan lagi. hahahaha. dasar blogger kan. sikit-sikit ambil gambar :)

Previous
Next Post »
13 Komentar untuk "Resepi Apam Hijau Kuning Versi Jelapang Padi.. "

Hehehe...dah nama.pun blogger.ambil gambar tu dah jadi wajib.. Sya pun suka makan apam ..tp x suka buat..hehe

Sy pernah bulat ikut resepi ni beberapa Kali.mmg pencinta apam..cuma lately tekak tak berapa teringin nak makan..lama jugak tak buat.

Dulu buat hijau Oren,Sbb pewarna kuning takda.bukan lambang negeri ciksue la.haha..

sedappnya apam..rajin la ciksu buat...

kuih apam ni, saya pandai makan je..buatnya x reti (ditambah faktor malass mencuba huhu)

cantek kaler apam tu...membangkit selera hehe

kannnn kalau benda kita masak sendiri ni yang istimewa nya boleh makan time panas2

Rajin betul Ciksu buat apam. Baby dah mula makan apam ke CikSu?

sedapnya Ciksu.. Ros tak pernha cuba buat sendiri apam ni. dok makan bila mak buat je. hihi

menariknya kaler..buat saya tertarik nak makanlah

Suka kuih apam tapi tak pernah buat lagi. Nampak sedap lah apam ciksu nih ☺

sedapnya makan apam..akak pun suka

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF