3 tahun

A-Fatihah.. 

Pejam celik pejam celik.. dah 3 tahun rupanya.. arwah adik meninggalkan kami..
tiada kata yang mampu menzahirkan apa yang kami sekeluarga lalui pada 21/3/2012.

Ya.. mungkin ramai dah merasai sakit dan peritnya apabila kehilangan orang yang kita sayang dan mungkin juga mereka tabah menerima ketentuan dari Allah. kita semua tahu "mati itu pasti" cuma tidak tahu bila saatnya kematian itu datang. terasa amat perit bagi kita yang di tinggalkan di atas dunia fana ini untuk menerima ujian itu. Allah Hu Akhbar.

21/3/2015
maka genaplah 3 tahun arwah meninggal dunia..
walaupon sudah 3 tahun tapi masih terasa seolah baru semalam aku terima panggilan kecemasan dari ayah pada malam kejadian.. 

syukur alhamdulillah, kehadiran Rania sedikit sebanyak dapat menggembirakan kembali hati mak ayah. kegembiraan yang sukar diungkapkan dengan kata2. 

dalam banyak2 kunjungan yang aku terima semasa dalam tempoh berpantang hanya family paksu sebelah ayah saja yang cakap muka Rania ada iras arwah pak ngahnya. 
baru2 ni ada juga yang kata muka Rania ada iras mak. kalau iras mak memang ada la iras arwah pak ngahnya. sebab arwah adik memang iras mak.. 

sampai masanya akan aku bawa Rania ziarah pusara pak ngahnya.. 

rindu yang tiada penghujung dan berharap kami akan bersatu semula di alam yang hakiki. kita cuma dipisahkan dengan dua alam yang berbeza. 
kami disini akan sentiasa menitip bekalan untuk mu sayang.

al-fatihah.. 
Previous
Next Post »
22 Komentar untuk "3 tahun "

Semoga aruah tenang disana.adik ciksue yg kerja askar tu kan

Al-Fatihah buat adik CikSue.....hari Ahad depan genap 1 tahun pemergian arwah Mak Yani. Sesaat pun tak pernah lupa kenangan dengan arwah mak. Apantah lagi Yani masih duduk di rumah yang sama. Setiap penjuru masih terasa-rasa kewujudan arwah.....

innalillah.. takziah utk awak sekeluarga..

camni le bila kehilangan org yg disayangi.Walau berbeza alam dan hilang dimata tp dihati jgn dilupakan,teruskan berdoa n titipkan bekalan buat arwah..

Al Fatihah.

takziah ciksu. moga arwah ditempatkan bersama para solehin

betul, rindu yang tak boleh digambar. rindu yang tak berbalas kata orang huuuu

kadang2 rindu kepada yang telah tiada lebih menebal
moga arwah adik cik su dutempatkan dikalangan org beriman. amin

alfatihah..

jijah pun terasa gak ciksu sbb abg baru meninggal bulan 1 ari tu.sedihh betul

Al-Fatehah utk arwah adik moga tenang di sana T__T

2 alam berbeza akan bertemu jua...

Ye....ye...okje ada baca entri tu.... Alfatihah untuk arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Mai le buh muka dak Rania sekarang ni.....

al fatihah buat adik.. mak dan ayah akak pun baru 4 tahun meninggalkan kami sekeluarga, mmg sedih sgt, mak akk meninggal bln 3 2011 manakala ayah akak pulak menyusul pd bln 10 tahun yg sama.... innalillahi wainnaillaihi rojiun

al fatihah untuk adik sue
arwah mak akak dah nak masuk 2 tahun pergi
akak faham memang perit rasanya..
orang yang belum melaluinya
takkan faham..

akak pun selalu berdoa,
moga Allah temukan kita dengan Nya dalam husnul khotimah, Rasulullah S.A.W dan insan2 yang kita kasihi semua..

insha Allah.

teringat adik sya yang dah lebih 5 tahun tinggalkan kami. tak pernah lupa pada arwah.kebetulan tarikh kematian tu hampir dgn tarikh lahir dia, jadi, kami akan buat tahlil untuk arwah. tak pernah miss setiap tahun.. al-fatehah untuk semua yang dah meninggalkan kita..

al-fatihah...

moga arwah ditempatkan disisi org2 yg beriman dan beramal soleh...

memang betul..walapon mereka sudah lama tiada,tp masih terasa seperti semalam semua itu terjadi..

moga roh arwah tenang di sana... kita doakan buat yang tiada

anggaplah itu yg terbaik buatnya. Semoga roh bersama org2 yg soleh.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF