Doakan semoga segala urusan dipermudahkan

ada ke antara uols ternanti-nanti entry ciksu ? 
kalau ada yang ternanti tu terima kasih bebanyak le. bagi yang tak kesah tu, i oke je. tak kecik hati pon :) 

pa pe pon..
alhamdulillah.. 
saya dah berjaya selesai hutang bw yang tertangguh..
lega bila semuanya berjaya diselesaikan.. 

oh ya, 
sebelum tu saya nak minta uols semua tolong doakan buat kawan cik abe saya ni.. 
semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.. 

kesahnya,
pagi tadi kawan cik abe bawa isterinya ke hospital..
selepas tiada pergerakan baby di dalam kandungan.. 
dah 8 bulan usia kandungannya..

sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak itu.. 
doktor di hospital telah mengesahkan bahawa baby telah meninggal 24 jam yang lalu..

menurut kata cik abe,
hari ahad nanti admit..
hari isnin baru keluarkan baby tu....
bayangkan nak tunggu isnin camne lah keadaan isterinya kan.. 
sama-sama lah kita berdoa.. 

menurut kata cik abe lagi..
kawannya tu dah tak sabar sangat nak sambut kelahiran anak kedua ni..
sebab lelaki..
dah lama dinantinya..
semua persiapan dah siap.. 
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui 

al-fatihah 
Previous
Next Post »
28 Komentar untuk "Doakan semoga segala urusan dipermudahkan "

AllahuAkbar... kesiannya.... harap semuanya ok..

Al fatihah dan takziah untuk kawan cik abe..


pstt ciksu.. macam pelik je ayat "kawan suami cik abe" ..tp xpe, kite faham..hihi

Ya Allah besar betul dugaan kawan tu ye. Al fatihah.. smoga semua urusan dpermudahkan.

Allah... Kesiannya... Moga mereka tabah... Pasti Allah gantikan yg lebih baik nanti... Salam takziah buat mereka..

yup betul Tuhan lebih mengetahui ada hikmah disebaliknya paling tidak dh ada sorg ahli syurga kan ;)

Allah...siannya...semoga kawan suami ciksu tabah...al-fatihah..

p/s: cikssuuuuu...lama xsinggah sini...blog pun da berwajah baruuuu...cantikkkkk!^^

Innalillahhiwainnailaihirojiun...

Anaknya akan menanti mereka di syurga...

Salam takziah buat kawan suami cik abe tu....
Innalillah.....

allah. sedihnyaa dengar. smeoga mereka tabah

kita takdelah tunggu entry ciksue..tp asal online nak bw,klu ada update tu mesti klik laju2.hehe..

semoga dipermudahkan ciksue.berat Mata memandang berat lagi bahu memikul.hanya doa je la mampu dititipkan.semoga pasangan tersebut tabah.Mungkin ada rezeki yg lebih lagi Allah janjikan nanti.

allahuakbar!sedihnya... moga di permudahkan segala urusan..

mengharap hikmah disebalik dugaan.

ternanti juga entry dari ciksu sebab ciksu antara commenters febuari di blog akak..terima kasih

Ya Allah beratnya dugaan hamba Allah ini.
moga Allah beri dia ketabahan dalam menempuh ujian hidup ini

Ya Allah..beratnya dugaan si ibu..semoga Allah berikan kekuatan untuk si ibu..

Allahuakbar.. Moga tabah hadapinya. Teringat pula kisah kakak Ros yang kedua. Diuji saat menanti kelahiran yg pertama.(tahun 2008). Masa tu usia kandungan nak masuk 6 bulan. Juga tiada pergerakan. Doc sahkan meninggal dalam perut, dan perlu lahirkan secara normal. Doc tak nak bedah. Masa tu Ros yang melihat ni pun sedih sangat, inikan pula kakak yg melaluinya. Doc masukkan ubat supaya kakak bersalin juga. Lama juga duduk dalam wad, berhari-hari. Hinggalah kakak tak tahan dan nekad nak doc bedah. Tapi, Alhamdulillah Allah izinkan kakak bersalin secara biasa selepas azan subuh. Luluh hati kakak bila bersalin, tiada tangisan dari anaknya.. Anak perempuan masa tu.. Tapi, kakak redha pemergian anaknya. Sekarang kakak Ros dah ada 2 orang anak lelaki. Alhamdulillah.

masyaallah
sedihnya rasa bila mmg kita dah eksaited nih tp kuasa Allah kan..
al fatihah

baca kt atas tadi. lelaju turun bawah.

Allahuakbar Allah je yang tau mcm mana perasaan dorg. terkelu lidah baca entry ciksu huuuu

sedihnya,su..teringat masa IbuNoey keguguran tempohari.masa tu dah masuk 3 bulan.sedih walaupun mulut kata tak sedih.
macam manalah pula perasaan wife kawan husband su tu.8 bulan lagilah terasa kan.

Aduhai. X sanggup. Tp tu la hakikatnya.

Allahuakbar.. takziah.. sgt sedih baca kisah kwn ni. mesti dh lama ternantikan anak lelaki.

semoga keluarganya tabah.. ada hikmah

Ada hikmah disebaliknya ....ibu manalah yg tak sedih. Cuma kena tunggu sebulan jer lagi. Kita cakap suru tabah mmg senangkan cik Sue....

allahuakhbar, tumpang sedih dengan kehilangan yang dihadapi oleh isteri rakan suami cik su
pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku
kehilangan seperti ini mmg sesuatu yg sukar dihadapi
harap keluarga dan rakan akan terus bg sokongan pada dia

allahuakhbar, tumpang sedih dengan kehilangan yang dihadapi oleh isteri rakan suami cik su
pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku
kehilangan seperti ini mmg sesuatu yg sukar dihadapi
harap keluarga dan rakan akan terus bg sokongan pada dia

Perancangan Allah kita tak tahu kan, mungkin ada yg lebih baik untuk mereka inshaAllah

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF