Rawatan untuk bayi yang kerap menangis pada waktu malam

baru 2,3 hari lepas saya dapat jiran baru. setelah beberapa bulan rumah sebelah dikosongkan. penghuni asal dah pencen. 

kebetulan penghuni yang baru ada anak 2 orang lelaki. umur dalam linkungan 2 dan 4 tahun. 

nak dijadikan cerita, malam pertama mereka di rumah ada gangguan. semuanya bermula bila si suami hantar wasap dalam group blok yang kami duduk ni. katanya isteri dia menangis sensorang. makin lama makin kuat. tak lama lepas tu bagitau dah pengsan. katanya. sesambil tu isteri dia dok ajak balik rumah lama. masa kejadian dalam jam 8 malam. selepas maghrib. dia minta tolong tengokkan. 

ada member lain bagi no ustaz yang boleh dihubungi. 
saya suruh je cik abe pergi tengok situasi di sana. saya memang tak pergi la kan.dengan anak kecil lagi. risau la jugak. 

lama juga cik abe pergi. pastu dok ulang masuk umah. jap ambil air. jap ambil bawang putih. dorang kan baru pindah masuk, so, kelengkapan rumah ada yang belum mencukupi.

saya pon tak tanya banyak. oh ya, sebelum cik abe pergi ke rumah sebelah, masa cik abe dok baca teks wasap tu. bulu roma saya dah cering/ naik tau. sampai ke sudah saya tak tahu cerita sebenar. suami ada nak cerita, tapi saya macam tak ambil port sangat. bagi saya yang dah berlaku, biarkan berlalu. bukan apa, saya tak nak la nanti kalau dah tahu ceritanya, saya pulak dok memikirnya. dah la saya sepanjang masa duduk di rumah. suami pulak kerja. 

selain itu, ada juga member-member blok post teks ni. orang yang dialami mungkin berbeza. situasi mungkin sama. 



pppssttt: kalau salah tolong betulkan ye.

Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "Rawatan untuk bayi yang kerap menangis pada waktu malam "

mungkin penghuni baru lupa nak pulihkan rumah kosong tu kot. yela dah lama kosong kan mesti ada yang tumpang sekejap. moga semua kembali pulih sediakala amin

bagus perkongsian ni ciksu. nanti ada anak boleh praktik. hehehhe

salam singgah.

selalunya rumah yg lama ditinggalkan ni ada la penghuni lain nya. mintak dorang tu usaha dengan ustaz ke, inshaAllah lepas tu akan ok la tu :)

mungkin ada gangguan kot...mintak dijauhkan la ek tekena kt bb rania

rumah da lama kosongkan mesti ada penunggu..lbh2 lagi kita masuk xde baca apa2...ini salah satu rawatan juga..harap2 anak2 tu jauh dr gangguan halus.

rumah dah lama tinggalkan memang macam tu kot.seriau jugak ye ciksue,dah la kena dekat jiran pulak,dengan kita ada anak kecik,semoga gangguan segera pulih

sebulan sebelum bersalin saya dh pindah masuk umah skang..sebelum tuh sethn xde org duduk..mmg anak setiap malam menjerit menangis..dan setiap masa saya amalkan pasang surah al-ruqyah..alhamdulillah xberpanjangan..in fact smp sekarang saya masih amalkan..

Biasalah tu... Kita mmg berkongsi alam... Selalu psgkn ayat rukyah ya bila ada ank kecil ni... Dan selalu berzikirpd telinga anak terutama waktu malaam..

Apa yang terjadi kat jiran ciksu tu? Nape ciksu taknak amik port? Mana la tahu kot2 sebenarnya takde apa pun. Tapi harap2 okay la jiran ciksu tu.

rumah tak berpenghuni memang gitulah keadaannya
lagilah ada anak kecik, mak saya masa sebelum pindah dulu suruh sentiasa pasangkan surah al-baqarah
tak boleh nafikan kita berkongsi alam ni dgn makhluk lain
harap jiran cik su dah stabil sekarang

kalau nak masuk rumah yg baru @ kosong pernah terbaca dr ustaz haron din,baca surah a-baqarah, kalau ada gangguan mcm tu, setiap nak maghrib buka semua pintu,tingkap azan 3kali..

moga dah takde apa2 la lepas ni dekat rumah tu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF