Hospital Serdang & GST

hari ni bangun awal pagi.. tak ada la awal mana pon. macam biasa la juga. siapkan apa2 yang patut sebab selepas makan nak pergi Hospital Serdang. waktu melawat jam 12:30 hingga 2 petang. so, kena sampai sana sebelum waktu melawat. 

sekali masa sampai Hospital Serdang.. mak aiiii ! punya la banyak kereta parking.. tak cukup parking dalam kawasan hospital tepi jalan luar kawasan hospital pon penuh jugak. puas la memusing cari parking. nasib jumpa. dah la tengah panas. aduhh.. duh.. duh..

saya sorang je naik ke wad. cik abe jaga Rania di lobi. baby tak boleh naik kan. 
sian Rania kena tinggal kejap dengan umi >_<

ciksu melawat sape tu ?

nak melawat baby baru. yeay ! yeay ! 
 anak sepupu saya yang ketiga. alhamdulillah tiga2 hero :) 
kebetulan pulak baby yang ketiga ni lahir sama besday dengan baba dorang. suka lettew. kalau ikutkan due date pada 30/3/2015. tapi baby nak keluar sama tarikh dengan babanya. 
baby lahir pon dengan semangat 3.9 kg.

lama jugak dok nyembang di wad. puas godek2 baby. nama belum ada. tapi saya panggil je muhammad. tak lama selepas saya turun, mama dan baby dah boleh balik. saya datang tengok siap2 sebab mama dan baby akan balik berpantang di Kuantan. lambat pulak nak tengok nanti kan. itu yang pergi hospital terus. walaupon tahu Rania memang tak dapat jumpa dua pupu nya tu nanti.. 

in shaa Allah lepas maklong habis pantang umi bawa Rania pergi melawat baby muhamad
 oke. 

masa nak balik sempat la singgah di kaunter pertanyaan.
 pastu ambil buku PANDUAN HARGA PENGGUNA ni. percuma.
buat panduan katanya. 


suka tak suka. GST tetap diteruskan. apa nak dikato. 
kuasa membeli ditangan kita, so, pepandai la membelanja dan menguruskan wang memasing. sama2 lah kita menjadi pengguna yang bijak. in shaa Allah:-)


ppppsttt: sejak2 GST dilancarkan, setiap kali beli barang cik abe mesti nak ambil resit. kalau tidak sebelum2 ni saya yang suka kumpul resit. pastu ditanya pada saya. 

"nak claim dengan sape kumpul resit banyak2 tu..?" 
sekarang terbalik kot pulak. 

Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Hospital Serdang & GST"

ye la nk taknak kena gak bayar gst tu kan..sabar je la...pic bb takde ke?

itu la..GST tetap dilaksanakan..suka xsuka kenalah terima

Before gst saya memang akan tengok resit sebab tesco agak cuai sometime..after gst ni..lagi la..bkn setakat tengok resit siap buat analisis lg

mmg ciksue suka tak suka kena hadap gak.tak jmpk lg brg yg turun harga ni.smuanya naik..huhu

Rania nanti ada kawan baru...sepupu baru yea...

Betul tu...suka tak suka...nak taknak kita terpaksa terima hakikat yang GST tetap juga kita hadapi...Siapalah kita kan...

pasrahlah sangat bila ada gst ni tau.. nak beli lauk basah pun kat pasar skrg, kosa pg pasaraya huhuhu .. jd x berapalah nak cuci mata dah huk huk huk ....

betul tu..suka ke..x suka ke..ttp kena hadap..

telan & hadam..

komen aim kat GST je nih..
tau takpe..mesti belek resit

makkk aihhh semangatnya 3.9.. mesti comelkan...

nak tak nak terpaksa lah hadap gst tu. rakyat macam kita ni jugakkk yang menanggung huhhh!!!

sikitttttt lagi nak 4 kilo!!! hihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF