Milk Booster Saya


aduh.duh.duh. tetiba terasa lapar la pulak. bangun buat horlick panas. perrrggghhh. nikmatnya :)

Horlick salah satu milk booster saya selain daripada minum Ephyra , saya juga amalkan makan makanan sunnah seperti kurma, kismis, kacang badam, susu badam dan makan nasi.

ini semua adalah usaha saya dalam menyusukan permata hati tersayang. paling utama asas penyusuan jangan dilupakan. yakni kekerapan menyusukan anak. macam saya tak bekerja lagi mudah untuk direct bf. walaupon ada juga kekadang tu saya pam susu. sebolehnya saya cuba direct bf sebab Rania tak berapa suka sangat nak minum dalam botol. so, rasa macam sayang pulak bila Rania tak dapat habiskan susu dalam botol tu. walaupon hanya sedikit. susu ibu ibarat TITISAN EMAS. itu yang rasa SAYANGGGGGGG SANGAT. lagipon Rania bukannya hisap tapi digigit gigitnya puting botol tu. 
bagi yang bekerja pastikan jadual pengepaman susu uols berjalan lancar. 

kedua minum air putih secukupnya. cukup tak cukup mau 3 liter juga kena minum sehari. penting tau. tapi ada juga kekadang tu saya minum tak sampai 3 liter pon. bukan apa tak lalu nak ulang masuk bilik air. hulalalala.

semuanya untukmu RANIA ku sayang πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Good luck untuk ibu ibu yang berusaha untuk menyusukan anak anak. semoga perjalanan kita dipermudahkan olehNya. aamiin :) 

Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "Milk Booster Saya "

moga perjalanan penyusuan kak nad utk baby nnt berjalan lancar jugak mcm abg n kakak nya.. doa2kan ek!

ciksu, singgah sini... ;-)
bestnya dapat direct bf kan, saya dah start kerja, balik kerja jer baru boleh direct bf, sampai ke mlm sampai ke pg, time pag2 kita nk bgn tu la dia nk bf, hihi, layankan jer..pastu mmg kelam kabut siap la..

eh same ngan akak sue...akak pun milk booster horlick...mmg wajib ade stok kat umah or opis heheheeh...lagi satu cheese pun akak okey.....

in sha Allah dgn istoqomah akak yakin sue mampu dpt degree seterusnyer master dlm bf rania.....buat2 betul2 sampai dpt phd plak hehhheheh

akak pn still bf, tapi sesejak membesar ni makin kuat le menyusu... kekdg tak terkejo mak dia nak wat stok... pstt: pemalas masa lam pantang wat stok.. ini lah padahnya...

harap semuanya berjalan lancar,yang penting tak boleh ada pemikiran positf tentang penyusuan ni.baru dengar ceramah pasal penyusuan ibu ni.harap bila dah bersalin nanti,boleh susukan anak sehingga umur 2 tahun..

salam singgah. inshaAllah, akan dipermudahkan perjalanan penyusuan anak ^_^

saya pulak guna set susu shaklee..tu yang boleh terjatuh cinta dan jd pengedar shaklee tu haha..

Baguslah amalan macam tu...dari mudalah kita nak jaga dalam dan luar tubuh kita...untuk kesihatan berterusan dihari tua nanti...

Yang penting usaha dan istiqomah..

bila anak dah besar mesti rindu ingat semula zaman menyusu...selamat bf sis.

moga perjalanan penyusuan ciksu berjaya..senang bila ibu surirumah ni

Rasa rugi pulak dulu menyusu anak tak denya okje makan sunah bagai tu cik Sue....tak de ilmu masa tu

ye la bukan sennag kn nk bgi susu secara konsisten biasanya ada gk yg campur dgn susu formula...moga dpt la berterusan smpi usia Rania 2 thn kn..

bagus ciksue amalkan milk booster.sy belasah ja mkn semua.amal juga cuma tak konsisten.minum susu pun Malas.Alhamdulillah susu badan ok..agaknya sy mmg Jenis kuat minum air kosong.sesekali ja problem susu merudum time nak period..biasa la hormon berubah

gud luck ciksue!semoga dipermudahkan untuk menunaikan hak anak kita smp dua tahun.

Ssh nk bagi 3l kak.hiii... Stkt 3bln susu masih cukup..idokla banyak tlebih..tp cukup.ayu plk klo makan cheesee.. Mmg boomm la basah baju dan pekat bila pam.

Lain orang lain milk booster nya kan. Yang penting semangat nak fully BF. Akk masih BF qhalif even dah 3 tahun. Tak tau bila nak stop tu.

Dulu suka la minum horlick... Skrg dh tak suka sgt pula.. Hehe

aminnnnn

horlicks pun salah satu milk booster saya jugak :) horlicks + oat

Sy pon berniat nak fully bf ni....harap2 dipermudahkan

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF