IKEA.. Home furnishings...

Berjimba-jimba ke sini hari ni..


Misi asal mencari sesuatu buat permata hati. sekali barang yang dicari OOS la pulak.
Katanya masih dalam kontena. Lagi dua tiga hari baru masuk. mmmm, nak buat macam mana. Jadinya berlenggang kangkunglah berjalan menyusuri setiap penjuru IKEA.

Perrgghhh.. Memang tak selesa nak bergerak. Kemahen sesak dengan umat manusia pada hujung minggu. Nampak gayanya kena datang pada hari biasa baru best. Kan ! Seolah-olah IKEA ana yang punya :p Sampaikan nak makan kat kafe pon.. Alahai sangat.. Bersusun je orang.. jika berdua memang main redah je. bila bawa anak memang kena pikirkan keselesaan anak juga. barulah enjoy bila nak makan..

Sedar tak sedar dekat 3 jam juga di IKEA. Sudahnya balik dengan tangan kosong. Kalau la duduk rumah sendiri... alangkah seronoknya nak memborong segala macam yang berkenan dihati. Tapi ku tahan segala keinginan itu. Nanti nak pindah jenuh pulak nak mengemasnya. Sabaq banyak2 kalau nyinggah ke IKEA ni haaaa... mesti rambang mata kan nengok apa yang ada. yang bestnya kan setiap kali pergi, setiap kali tu juga mesti ada angan-angan mat jenin.

"ini kalau beli letak dekat sudut tu cantik juga ni.." Betul tak ! Betul tak ! ala ngaku je la. Korang pon sama kan ;)

Berbalik kepada misi asal kami tu, kalau ikutkan boleh aje nak beli di Giant atau Aeon Big. memang dah lama dok survey. memandangkan ciksu dah jumpa yang lebih murah di IKEA, so, apa salahnya kita beli aje di IKEA. barulah berbaloi kan :)

Apa benda yang dicari tu ciksu?
 Hahaha.. Ada la -_*
Kalau dah dapat nanti ciksu bagitau ye.. Sharing is caring :) 

Relax la umi.. Rania oke je.. Nanti kita ajak ayah datang IKEA lagi ye :)
Belanja sekeping pic anak bertuah.. lagi 11 hari nak masuk 10 bulan .




Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "IKEA.. Home furnishings... "

ikea memang best.suami siap cakap bila nak g ikea bua balik seketul dua perabot balik kelate ni.wife senggih ke telinga la dapat green light cuma masa belum lagi bkesempatan nak g shopping betul2 kat ikea tu

Bab mendeco rumah angan2 mesti tinggi ciksue.hehe..padan je so takdak IKEA..klu dak dapat tgok tak beli apa pun syok dah ciksue.hehe..

apalah yg dicari untuk cik rania tu..kemain lg gaya tangan kat kepala landing atas katil.comel!

aah... kalau datang IKEA weekend.. memanglah sesalan.. nak makan kat sana pun kena fikir panjang...sepangjang barisan manusia.. hihi

sabor..sabor..cik su....
akak pun kalau sekali kuar mesti rambang mata nak membeli tapi bile ingat malas nak mengemas terus tak jadi...


comel nyer rania..

Ala omey oney. Dh becar dah bb comey ni

wah Rania.. comelnya duduk atas tu :)
Ciksu borong ape kat IKea tu.. cer citer :)

*ciksu cari apa tu?.. sampai tak berkenan di Ikea?..

seronoknya..saya tak pernah ke ikea lagi..sob2

Kalau umah sendiri...mcm2 dah nak beli.....terbayang2 je nak letak kat mana2 kannnn...hihi

ngeee comeynya rania!!!
*betul tu ciksu.. duk umh sndri mmg best nk deco sna sini kan..

sat je dah besar ye rania comey nye la haiiii

Amboi Cik Rania.. shopping skan yer.

betul..kalau ada rumah sendirini best la borong2 brg2 utk rumah..xsabarnya...

Bunda dah lama tak kesana...kalu pergi pun hanya jamu mata jer....tak beli apa2 pun...
amboi! dan besar anak dara comel tu..

nak deco bilik rania ke? hihihihii

sama lah kita kalau pegi IKEA tu tak sah kalau tak berejam!!! tak sedar kan dlm cuci2 mata tu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF