Nyamuk ! Nyamuk ! Nyamuk

sejak2 ayah Rania warded sebab demam denggi sebulan lepas, boleh dikatakan kami sekeluarga trauma. nak2 empunya diri. cik abe sokmo dok pesan jangan buka tingkap & pintu dapur tu sentiasa. bahaya. jaga diri & anak. sekali kena memang perit ya amat. 
abang dah rasa.

my bff pon ada pesan, jaga anak. kesian kalau anak2 kecil demam denggi. sebab dia pernah temankan anak dia yang kena warded sebab demam denggi juga. kesian anak dia, kesian lagi anak orang yang masih kecil bila kena. terutamanya masa nak ambil darah. 

Allah Hu Akhbar ! gerun je dengar semua pesanan yang tersayang ni haa. 

saya tengok tangan cik abe kena cucuk ambil darah pon sedey tau. sampai naik lebam. itu lengan orang dewasa. kalau lengan anak2. aduh. duh. duh. 

tapi apakan daya, saya ni jenis yang tak boleh duduk dalam rumah tanpa buka tingkap. buka tingkap ni bagus untuk pengaliran udara kan. bila tak buka tingkap rasa macam berkepuk je. terutamanya masa memasak. selalunya saya akan buka juga tingkap waktu tengah hari. hangat. memanjang pasang kipas semacam je rasanya. bila kena angin luar lain sikit kan.

Rania pula memang sentiasa duduk dalam kelambu khemah. siang malam memang itu la tempat bermain. selalunya bila ayah ada di rumah dan masa makan je bawa keluar sekejap. selepas dah puas main, ngam2 nak tidurkan Rania memang masuk dalam kelambu semula. kesian Rania. tak boleh nak bergerak bebas. bayangkan turun kat taman mainan di bawah pon nyamuk ada. dah camno nak beraktiviti. melainkan kena pergi jauh sikit. 

ubat nyamuk pon ada pasang juga. walaupon tak digalakkan sangat sebab asap ubat nyamuk tak bagus kan untuk anak2 kecil tapi terpaksa juga. itu pon pasang letak di bilik dan pintu luar. asal habis je pasang lagi.

selain tu, raket nyamuk sentiasa la duduk sebelah menyebelah. asal nampak aje nyamuk terus libas. bila kena libas, ambil la dok belek nyamuk tu. tengok sama ada dah kenyang  ke belum. lepas tu pikir pulak, gigit sapa la ni. umi ke, ayah ke, anak ke. pastu belek lagi ada belang2 putih tak kakinya. nampak tak. hanya kerna namamu NYAMUK ! NYAMUK ! NYAMUK ! macam2 kami teliti.

saya pulak dah rasa macam nak lari balik duduk kampung je dengan mak ayah. memandangkan ada suami yang perlu diuruskan, so, rasa berbelah bahagi la pulak. 
serius tau, pasal tingkap & nyamuk aje kami laki bini boleh berbahas. semua tak kena. 

yang paling buat saya nak terkesan sekarang, anak member cik abe pulak demam denggi. umur anak dia 5 tahun. haaa, uols ingat tak member cik abe yang saya pernah beritahu tentang anaknya meninggal dalam perut tu. anak dia la. 
tolong doakan ye untuk anak beliau. malam tu masuk sekejap je wad kecemasan. kendian boleh balik. tup2 kemarin kena warded sebab suhu badan makin naik + muntah2. 
oh ya, lagi satu dorang bukan duduk kuartes sekali dengan kami tapi dorang duduk kuarters lain. jauh jugak la dari kami ni haa. 

kalau dah namanya duduk di kawasan Lembah Klang, risiko demam denggi ni tinggi. nak2 belah Selangor nun haa >.<

tak paya nak buat lagu mana dah. selain berdoa, usaha, ikhtiar.. kami tawakal je la. nyamuk memang sentiasa dok berterbangan mencari mangsa. kalau nak belek nyamuk tu jantan ke betina, aedes ke tidak.. jenuh la.

sekian dahulu luahan perasan seorang umi di pagi hari jumaat.. 




Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "Nyamuk ! Nyamuk ! Nyamuk "

kelabu khemah tu memang penting..senang nak dibawa ke mana-mana

Baik cegah sebelum terkena kak ciksu :D

memang trauma dibuatnya kan.. semoga dilindungi.. kat opis saya ni pun dah 3-4 org kena denggi..

Salam QR..kwsn kak atie ni dulu mmg teruk wabak denggi!sampai ada yg ninggal...
Seblm subuh & nak dekat maghrib tu..dtg la org yg sembur asap berubat tu..busuk kemain!!
mmg bahaya nyamuk..punca denggi nih!!

Masalah nyamuk ni kita berjaga bersihkan rumah kalau kawasan jiran sebelah tak buat kita pun berisiko sama. Jln baik betullah masuk aje dlm kelambu..

sabar banyak2 ye ciksu..nakbuat cmner penyakit xleh elak bila dah kena..tapi lau leh apa benda ygleh meyebabkan ada nyamuk kita hindarkan..

denggi belum ada penawar nye tu yg kita takut kn...lebih baik ambik lngkah bejga2

Dekat melaka pon sama je naik kes denggi ni kak.. takut jugak kekadang sbb da tgk kwn kena ritu. Kita yg tgk nie pon rase seksa apa lg yg tanggung.. minta dijauhkan la

betul tu ciksu.. zaza pun dh merasa mcm mana seksa nak ambik darah huhu.. selera makan pun ilang.

sekarang mmg kes denggi mkin meningkat.. apa2 pon moga anak kwn en husb cpt2 sembuh..lya ada baca testimoni kangen water, lps minum air tu ters paltelet darah normal..cuba search kangen water..byk khasiat ..

kitorang tbalik, rumah sendiri takde nyamuk, balik kampung baru ade nyamuk..kami siap spare satu kelambu khemah dekat rumah mak, satu lg dekat rumah mil..huhu

betul tu bahaya.... saya pun semua benda ada... dfa macam koleksi pulak... lagi yang mahal sampai yang murah.... adehhh

Bab2 nyamuk ni memang gerun. Itu hari pergi hospital sebab demam, soalan pertama doktor 'Tempat awak ada kes demam denggi tak?'. memang dasyat penangan denggi nih..uhuu

ujian betul ye ciksue..yg meneliti situasi ni pun penat camna la ciksue n Tania ye..sabaq n tawakal je la ciksue..nak buat camna kan..

memang fobia dgn denggi sis.. anak kawan akak ada meninggal sebab denggi ni.. Ya Allah! moga kita semua dijauhkan..

Bila dah kena tu memang traumalah, Ciksu. Bukan setakat kena denggi aje, budak-budak ni kalau kena masuk wad memang susah dan simpati sangat rasa di hati. Anak saya yang kecil dulu pernah demam tak kebah. Bawa ke hospital. Lepas tu doktor ambil darah sebab takutlah mana tau denggikan. Kesiannya alahai bila tengok doktor cucuk atas tangan tu. Masa tu dia baru aje setahun kot. Saya pulak yang menitis air mata tengok anak kena cucuk!

Ros pun tak boleh duduk rumah kalau tak bukak tingkap.. dah memang tabiat pagi-pagi, akan bukak semua tingkap.. tapi, sekarang ni kalau kat kuarters Ros kat JB ni, memang tak buka sebab banyak kes denggi kat sini :( nasib baik pagi sampai petang kat pejabat kan.. so, tak rasa sangat bergedung je dalam rumah. hihi..
kalau balik hujung minggu, rumah kuarters suami kat batu pahat memang Ros akan bukak semua. hihi.. balas dendam sebab kat JB tak boleh buka.

Kena berjaga-jaga.
jgn episod lama berulang lg.
Aida pun sentiasa berjaga-jaga...

ciksu boleh cuba beli ubat nyamuk yang bau serai wangi tu. nanti kira tangkap gambar. yg tu takde asap. bau dia pun tak tengit sebab dia pakai serai wangi. beli dekat DIY. dua ketoi 8 ringgit lebih kot. memang lah kalau tak bukak tingkap rumah ni rasa terperuk je segala benda busuk dalam rumah =.=

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF