3 hari 2 malam

balik kampung di hujung minggu. orang kata tak dan nak panaih punggung. dah bertolak balik kl. huhuhu. nak buat camno, esok laki den dah khoje -_-' terpaksa la ikut balik. ayah rania siap offer tak nak balik duduk la di kampung tapi tiket dah siap beli, acaner tu :p

balik kampung pertama kali jejak kaki ke bazar ramadan. memang meriah. boleh jumpa kuih muih yang dah lama tak jumpa. dok kl nak cari hat sesedap di kampung memang payah. air tangan orang lama lain maciam rasanya, kan ! 

3 hari 2 malam je dapat duduk di kampung, jadi la kan :) kurangnya dapat juga balik walaupon sekejap. 

alhamdulillah.. rania pergi balik baik-baik aja duduk dalam bas. banyak tidur. walaupon macam tak puas hati je muka tu sebab tak boleh nak ke hulu ke hilir. hihihi.


dah sampai tol duta ni. highway pon lancar je tadi walaupon kejap-kejap ada juga slownya sebab kereta banyak la pulakkkk. berbanding masa hari balik utara hari tu, jalan clear je. sampai pendang pon seawal jam 4:30 petang. 

ps: nanti kita sambung entry di kampung.  masak apa hari ni ??

Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "3 hari 2 malam"

tak boleh nak banyakkan waktu perayaan nanti, jammed ya amat nak ke utara tu...eh semua kawasan pun sama je

Syok dia tidur kat dalam bas ya.. patutla umi boleh balik selalu, Rania tak buat hal.. bagus sangat tau Rania ni..

dah balik kl ke ciksue..oklah tu dpt jugak 2malam dok kmpog..kami yg kmpg dekat ni pun baliknya sekejap juga..rania macam biasa budak baik.

bagus rania....baik naik bas...ye laa sejuk2 ekon sedap le sue...mau die tdo jek kan....lagi2 dok sebelah tingkap..syok le tgk pemandangan kat luar...

ish rindu plak akak nak naik bas...last mase zaman belajar kat uitm shah alam la....

alaaa x puas nya sat ja blk kg..

lena nampak dia tidur tu
senang hati umi kalau gini kan =)
biasa budak buat perangai kalau jalan jauh

naik bas ye?
aida sekali aje naik bas bwk anak2.
rombongan ke kelantan :)
ijat pun ok alhamdulillah...

ciksu rajin balik dengan rania naik bus kan. tapi tula lagi selamat sebab bukan kita yang drive. kalau drive sensorg ni banyak dugaan nya hihihihi

Alhamdulillah ciksu dah selamat tiba dari kampung... Bagus Rania, good girl!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF