Air mata Rania sepanjang ayah warded 2

siap ada sambungan pulakkkk kan. sambungan dari entry INI  entry ni nak cerita dekat uols macam mana tetiba rania mahu dengan tokwan a.k.a ayah saya. lucu pon ada. ini apa yang ayah saya ceritakan kembali saat-saat itu. sebab saya sendiri pon tak tengok momen tu. 

bermula 16/4/2015 tetiap hari saya dok ulang alik ke hospital hingga 21/4/2015. kebiasaannya saya pergi selepas jam 10  pagi. cuma hari jumaat je saya pergi petang sebab tunggu ayah pergi jumaat dulu. kang kalau pergi awal nak kena balik rumah semula. dah dua tiga kali kerja. pulakk hari jumaat jalan jemmmm. kiranya selepas rania dah bangun dan sarapan di rumah baru kami gerak.

 nak siapkan sarapan pon kena bangun seawal mungkin sebelum rania bangun. kalau tidak jangan mimpi la nak masuk dapur. comfirm rania akan ikut pastu dok bergantung di kaki saya sambil menangis. untuk makan tengah hari order di kafe hospital sajok. sampai dah boleh ingat menu tengah harinya. petang kalau kena hari ada pasar malam, akan singgah beli makanan untuk makan malam sesiap. dengan rania tak mahu dengan ayah saya, tak ada maknanya saya nak masak.  

selama itulah rania tak boleh berenggang dengan saya. uols boleh bayangkan tak ! walaupon dah sampai waktu tidur pon rania boleh buat tak tahu aje. memang tak nak tidur. macam-macam saya cari idea nak bagi rania tidur. tapi rania macam tahu-tahu aje bila dia tidur saya akan tinggalkan dia dengan tokwan. kalau tolak dalam stroller pon rania macam boleh bau je yang tolak tu bukan umi atau ayah dia. acaner. sudahnya sanggup dok berjaga. takut umi tinggal dia. alahai anak omak :p sampaikan saya ni nak stressss sesangat. bukannya apa, bila rania tidur dapat la saya masuk wad. 

setiap kali saya pergi hospital,
 selepas zohor baru saya dapat masuk wad. bayangkan lama tak lama saya kena pujuk rania nak bagi tidur. nak dijadikan cerita macam mana rania boleh mau dengan tokwan tu kan.. 

 19/4/2015 

masa kejadian tu, rania tengah tidur di surau. tok wan yang tolong tengokkan. saya di wad. lama jugak la masa tu. bila rania jaga ayah saya terus call saya. tapi belum sempat saya sampai ke surau terlebih dahulu rania memang menangis la sebab jaga-jaga cari saya tapi tak ada. rania jenis bangun tidur terus duduk lepas tu mata mula la mencari-cari. bila tak nampak orang memang akan menangis.

  ayah kata, masa tu tak ada la rania menangis beria sangat pon. macam merengek tu je.  sesambil tu rania rapatkan diri ke dinding. so, tokwan buat tak tau je la. kebetulan masa tu hujan. tetiba guruh berdentum. haaa, apa lagi rania terkezutttt la kan pastu teruih lelaju merangkak pergi dekat tokwan. tokwan apa lagi ambil teruih dukung. start dari situ la rania mau dengan tokwan -_*

oh ya, saya ke hospital tuanku mizan. hospital kerajaan bukan hospital swasta. itu yang kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk ke wad. cuma dapat kelonggaran masuk ke bilik tetamu. itupon tengok pada keadaan juga. kalau ada sister memang tak bagi masuk punya bilik tetamu tu. misi-misi oke la. kasik chance. ala, bukannya lama pon. just nak ketemukan ayah dan rania je. cik abe pon nak rehat bukannya nak main sesangat pon dengan rania. cuma dapat pegang, peluk cium anak sekejap pon jadi la. terubat rindu kan. walaupon sekejap. 


setiap malam tidur bertemankan baju ayah. selama seminggu la baju oren tu disisi. rania tak minta pon baju ayah tu tapi saya yang letakkan. walaupon ayah tiada di depan mata asalkan ada bau-bau ayah pon cukup la kan. buat pengubat rindu. untuk umi pon iye jugakkkk :p


hari-hari sepanjang berulang alik ke hospital ini lah adegan rania. adegan air mata. tak menangis tak sah. mesti menangis. saya ni dah macam apa dah. lari ke sana ke mari. asal dengar telefon bunyi maknanya rania dah bangun la tu.

semasa di hospital sapa tak ambil dukung. doktor, nurse, cleaner dan makcik yang datang ziarah sedara mara pon tolong dukung untuk pujuk rania tapi semuaya tak jalannnnn.. semasa dorang dukung tu ayah saya ada dekat dengan dorang la. tak ada nak dibiarkan. tak harap la dorang bawa jauh-jauh. pi mai pi mai depan pintu wad dan lif je la.

22/4/2015
tokwan dah nak balik kampung. saya ajak balik sekali hari jumaat tu tapi ayah dah tak nak tunggu sebab rinduuuuuu kat ayam itik lembu di kampung. hampir seminggu ditinggalkan.

rania pon makin serasi dengan tokwan. setiap pagi bangun tidur selepas cuci muka, tokwan bawa turun bawah. suka la rania ada orang melayan.


tak kesah dah kalau tokwan sua tangan nak dukung. laju je nak ikut. tengok lah tu ! bila umi nak ambil aci main acah-acah pusing muka pulakkkk..

oke. tak pa. cuma umi nak tunggu tengok masa di kampung nanti. seminggu kita nak duduk di kedah. rania mau tak dengan tokwan. agak-agak uols,rania mau tak dengan tokwan a.k.a ayah saya tu ?
Previous
Next Post »
13 Komentar untuk "Air mata Rania sepanjang ayah warded 2"

Dulu masa suami operate kat sini..longgar lagi peraturannya... Skg ni dh ketat sikit... Dulu sy bawa je anak masuk tgh malam... Hhe..

sure lepas ni..
rania berkepit saja dengan tok wan dia bila jumpa, sue

bila jarang n sesekali jumpa mesti tak naknyer..mcm tu juga la anak ana..

manja dgn atok ke? bgsnye atok blh melayan,

woo cik Abe dok HAT Mizan ka..memang budak yg besa dok dengan mak ni dia tak biasa berenggang..tokwan pun jarang2 jumpa..klu dh selalu jumpa mesti dia nak.budak mmg dia kenal dan tahu org yg biasa dan dia tak biasa..

anak2 sy dah biasa dok dengan pengasuh..pastu memang Jenis Taman semua orang depa nak sapa..camni pun kena hati2 tak..Jenis tak takut org ni pun payah tau..hehe

Skang memang dah ketat klo nak masuk spital gomen. Tau pon masam mak mertua masauk spital last year.

Tak susah lagi lah plas ni sbb rania nak dgn tok wan.

hr tu suami kena anta brg jauh pstu x smpt nk anta Aqil ke pengasuh pg2 sbb nk g keja(kes cuti xda) anta kt mertua.memula Aqil nangis gak sbb x penah brenggang dgn kami tp msuk 2nd day dh ok dh.mama dia yg menangis memalam sbb x penah tdo xda dia kt sblh

hihi rania2 pandai plak dia taknak dgn sapa2 ek sekali bunyi guruh terus mau dgn tok wan nye...

Rania? cantiknya, pertama kali akak tgok, mklm le dah lama tak.berblog & bw

siannya rania rindu dgn ayah ye.budak2 mcm tuhlah kan susak tol nak org lain..anak akak yg kecik tu smpai skang tknak ikut ngan atok n nenek2nye..dr jauh senyum 2 bukan main,,amik jek terus melalak..kekekeke

Biasa bila jarang jumpa xnak punya. Tp lama2 nnt ok da.. dia scan dulu org. Hihihi

insyaAllah mau. suruh tokwan pancing bawak keluar tengok ayam itik lembu pulak hihihihihi

Saa la macam ainul, saya kan stay rumah mertua, hujung2 minggu ja nak balik kampung pun, atau kekadang tu balik juga kalau rindu, hihi, so, ainul ni x berapa mau la kat mak ayah saya sebab dia dah terbiasa dengan mil fil saya, kena bagi lama sikit baru mau, hihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF