Air mata Rania sepanjang ayah warded

16/4/2015
malam pertama selepas balik dari hospital rania oke-oke aje. sampai rumah upah susu teruih lena. umi yang tak lena tidur. siapkan pa pe yang patut untuk dibawa esok pagi. 

sesambil tu dok balas sms dengan adik ipar. dia ada minta nak jagakan rania. katanya lepas habis shift malam dia nak bawa rania ke Terengganu untuk ambil anak-anak dia. kiranya saya dengan rania kena berpisah la. oooohhhh tidak !!! tak sanggup rasanya saya nak berpisah dengan rania. adik ipar bagi jalan untuk saya jaga cik suami. saya cakap tengok la macam mana nanti.. 

pagi tu bangun awai siapkan sup ketam nipah lagi. sebab beli 2 ekor. so, ada lagi sekor. nak bawa pergi hospital nanti. rania pon bangun awal juga pagi tu. macam tau-tau je nak teman umi pergi melawat ayah. 

sementara tunggu umi nurul sampai, bagi rania melayan kucing ni dulu.. suka rania :)
rania bukannya boleh nengok kucing, dia gerammmmm ! kalau kucing di kampung, kalau dapat maunya dipenyek-penyek. rania suka tarik ekor kucing. itu yang tak menahan tu. kalau nak bagi nengok kucing pon, bagi tengok jauh-jauh je.


selepas aje umi nurul sampai, ok lagi. mau aje. mula-mula tenung atas bawah la jugakkan. sapa la ni.. last tengok masa dalam pantang. kali ni jumpa dah umur 8 bulan ++.. mau tak buat muka pelik :p

segala aksi rania bermula selepas saya tinggalkan rania dengan umi nurul masa nak masuk melawat cik suami. Allah !! dari dalam wad boleh dengar rania menangis oke. sayu je hati ni haaaaa.. teruih cepat-cepat saya lari keluar.. menjurai ayaq mata.. sape ambil dukung pon tak nak. misi-misi situ pon ambil dukung. nangis juga. memang tak mahu dengan sesiapa la nampak gayanya. nak umi aje la tu.. 


saya tunggu sampai petang juga hari pertama tu. sebab nak terus pergi ambil ayah. alih-alih masa nak balik, sekali start enjin kereta tak hidup la pulakkkkkkk.. aduh. duh. mulalah nak stresssss.. dengan nak ambil ayah lagi dekat Hentian Duta. jemmmmm !!! sebolehnya tak nak la stresssss.. nak wat lek wat peace je.. rania bf kan.. kena sentiasa berpikiran positif.. nak tak nak terpaksa juga sms cik suami.. tak lama lepas tu kawan cik suami datang tolong jumping.. masalah bateri la tu.. time-time macam ni kan.. sabaq je la..
selesai masalah kereta..

 rania pulak sambung.. waduh.. waduh.. bayangkan enjin dah panas.. asal saya letak aje rania dalam carseat dia tak mo duduk.. siap nangis-nangis lagi. sungguh-sungguh nangis macam kena cubit tu.. masa ni dah 5 lebih.. kebetulan ayah pon dah sampai di Hentian Duta.. dengan keadaan rania macam tu, macam mana saya nak harung jem ke sana.. 
sudahnya ayah terpaksa minta tolong kawan arwah adik ambilkan di Hentian Duta.. itu saja jalannya.. 

pujuk punya pujuk.. tak makan saman.. masa terus bergerak.. dah nak hampir ke 630 petang.. upah susu, ba elok lena.. letak aje dalam carseat terjaga semula.. acaner ni :’( sampai kan saya pon dah tahu nak buat macam mana lagi..

sudahnya saya terpaksa keringkan hati juga.. letak rania dalam carseat pastu bagi botol air masak.. siap pasang belt pe semua terus saya masukkan gear, jalan.. rania memang menangis la.. hati memang sedeyyyyyyy sangat.. terpaksa biarkan anak menangis.. walaupon tak berapa elok biarkan anak menangis lelama.. tapi PERCAYALAH SAYA TERPAKSA !!!

dari hospital saya terpaksa tempuh 4 traffic light.. bayangkan la situasi tu macam mana.. sebelah tangan control stereng.. lagi sebelah tangan dok pegang rania.. mulut ni dok pot pet pot pet bagi penerangan.. dengan harapan rania paham sesangat.. bukan umi saja-saja letak rania dan biarkan rania menangis macam tu.. dengan pasang ayat mengaji lagi.. rasa macam kelam kabut je dalam kereta masa tu.. berdua je kan.. dengan anak menangis.. fenin okeyyyy -_-’ 


sekali masa sampai aje traffic light ke 3, kebetulan lampu merah.. toleh-toleh tengok rania terlelap dengan sendirinya.. lagi la sayu hati ni..  :’( terlena dengan juraian air mata.. lena sampai ke parking.. kesian sangattttttt... 

selepas maghrib tokwan sampai.. tak dan tokwan nak minum air, kawan ayah call tunggu kat bawah.. cik abe minta tolong dia belikan bateri kereta.. ajak tokwan sekali ke parking kereta dan pasangkan bateri kereta sesiap.. alhamdulillah, selesai satu masalah..

selepas tokwan sampai dan selama tokwan duduk dirumah bersama kami 2 beranak maka bermulalah episod rania tak mo dengan orang.. bayangkan la selama seminggu ayah warded lagi 3 hari sebelum ayah discharge barulah rania mau dengan tokwan.. 

sepanjang tak mo dengan tokwan dengan umi aje la maunya.. selagi tak nampak umi depan mata selagi tu la dok pulun menangis..tokwan pujuk pon rak heran.. nak umi jugak-jugak.. sabaq je la.. 


ini masa dah mahu dengan tokwan.. ada kesah disebalik gambar cucu dan tokwan itu.. apa kesahnya ??? stay tune oke.. next entry akan dikongsikan.. bagi saya ianya amat manis untuk diingatkan kembali.. bukan senang nak handle anak sensorang apabila ketua keluarga jatuh sakit.. bagi saya, itu semua dapat mematangkan diri saya sendiri sebagai seorang ibu.. belajar dari pengalaman.. in shaa Allah  :)



Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Air mata Rania sepanjang ayah warded"

baca citer ni pun dah boleh bayang kan guane kelam kabut nyer cik su kan..
sabor je lah...

Allah...dugaan buat Ciksu sekeluarga. Sekrang ni Cik abe Cik su dah ok I hope. Saya paham sangat keadaan bila suami sakit and tinggal kita berdua dengan anak kecik. Saya masa kat KL dulu still dalam pantang si Jelita, tetiba en suami pengsan.. bawak ke hospital dengan ambulan apa semua dah macam nak giler saya masa tu hahaha. Kebetulan my mom baru jer balik ke kampung lepas berminggu jaga saya kan.. dah nak kena balik ke kl balik la. So masa kat spital menunggu kat ruang kecemasan seharian jugak sebab doktor pun tak tau apa masalah tetiba pengsan hahhaha. Tapi masa nunggu tu saya ok, cuma bila balik umah kami berdua beranak baru saya yang nangis hiba, jelita masa tu ok jer dia... sangat behave. eh tercerita kisah kami pulak.
U guys take care yer... and be well all.

Pham sngt situasi ciksu. Sbb kita sllu sngt kelam kabut dgn zara. Ngn ddy pun ada msa dia xnak.. Mmng haru dibuatnya..

betul la kadang2 kita akn dpt merasai kesulitan mcm ni tapi bila di fikirkan blk itu la pengalaman yg akan mendewasa kn kita ;)

Alahaiiii.....sayunya bc entry ni....

memang betul dugaan..budak besar rania ni klu tak kenal memang dia tak nak kt orang..teringat Kisah Afia..masa tu sy Ada kursus kt KTU alor setar..adik ipar Ada kt rumah mertua jadi mitak tolong jagakan..masa en suami hantar tu kami pergi je dia punya melalak nangis gila2 smp muntah2..dh lama tak jumpa tak kenal ACU dia tetiba nak tinggal dengan org asing memang tak la..kelam kabut en suami balik..nmpk muka abah..abg dia..org yg dia kenal elok je dok rumah wan.hehe..

sy pun pernah terfikir macam mana sy nak handle klu en suami sikit ke apa..mujur la mak abah mertua dekat..klu tak mmg sy surrender..dh la tak tau jalan..camna nak drive ke hospital segala..harap semuanya baik2 saja

Phm Sgt situasi tu.. mmg kelam kabut jdnya.. tp tu la pengalaman

;((((( boleh paham sangat situasi tu dalam kereta. sebab pernah jadi dekat saya dgn uwais. menangis tak henti2 kita ni mana nak handle keta mana nak handle anak. memang menguji sgt masa tu. tapi percayalah ciksu seorang yang sangat kuat. bukan senang nak buat dua kerja dalam satu masa tau :)

MEMANG KELAM KABUT LA KALAU EN SUAMI SAKIT, HUHU, NASIB CIKSU KUAT...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF