Balik kampung

23/4/2015
selepas ayah rania discharge kami balik utara. cik abe sambung cuti. lama jugak. sampai hari wesak. duduk kedah seminggu selebihnya balik ke perak. itu yang ajak tokwan rania balik sekali dengan kami tapi tokwan rania dah tak boleh duduk. lama dah ayah saya kata. selalunya macam ni lah gelagat mak ayah kalau datang rumah anak-anak kan. maklum le duduk bandar ni tak macam duduk di kampung. suasana persekitaran mempengaruhi. nak-nak kalau ada bela lembu, itik, ayam di kampung. udah itu rutin harian di kampung. tetiba tak buat terasa la. sama juga macam kita kan ;-)

aktiviti rania di kampung. mengacau kucing paklang & pakcik.

balik kedah, mak buat kenduri arwah. menu utama kurma itik dan gulai ikan talang. dah la sehari sebelum tu mak buatkan rendang itik dengan gulai betik ayam kampung. perghhh! memang sedap la meratah. hahaha. dok kampung kira makan aje khojenya. yang tak bestnya balik kedah hari tu tak dapat makan kuih dangai peberet saya tu. merata cari. tak ada. kebetulan pakcik yang dok meniaga selalu tu tak meniaga. dengar member-member sekolah rendah kata dia sakit. tak ada rezeki la kan.

29/4/2015
sepanjang di kampung juga rania oke je dengan tokwan. dari mula sampai la hari terakhir di kampung. dengan orang lain pon ok juga. tengok tu ! relax je. 

8 bulan ++
ni masa nak bertolak balik ke Perak. tokwan ambil dukung. senyum suka pulak bila kita bye bye dengan dia. 

kalau nak balik ke kl bila nengok puncak gunung jerai tu, comfirm sebak. huhuhu.

cukup seminggu gerak ke perak pulak. duduk sana sampai hari wesak.

 misi mencari kuih dangai diteruskan. akhirnya jumpa di pasar tani hari sabtu kat lembah, kuala kanhgsar. memang sedap. puas hati dapat makan. 

kebetulan balik sebab nak makan nasi kenduri sepupu cik suami. asalnya tak rancang pon nak ikut rombongan pengantin ke Sungkai, Perak. anak kecik kan, rasa malas la nak berpeluh, berpanas bagai. sian anak. pikir punya pikir. alang-alang sehala aje, sudahnya mengekor la juga. 

bergambar dengan pengantin di majlis bertandang. sepupu cik abe yang perempuan. tapi gambar pengantin gelap. aduhai ! 

balik dari kampung memang penat sangat. 


6/5/2015

petang tu badan rania dah dedar. lepas buat garlic socks, alhamdulillah. hilang panas badannya. kiranya belum demam. acah-acah nak demam je.


lepas tu kena selsema la pulak. sebelum check up 9 bulan, alhamdulillah rania beransur pulih. 

ba elok rania lega, saya pulak yang sakit gigi. elok lega sakit gigi kena selsema, sakit tekak dan batuk pulak. aduh. duh. berjangkit-jangkit. ayah ok je :)

itu yang asyik tertangguh aje nak update blog masa tu padahal macam-macam cerghita dok ada. 
Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Balik kampung"

kalau dok kampung memang hari2 dapat makan best2 kan.. huhu..

amboiii rania senyum memikat.. melting tau tengok.. :)

alhamudlillah.. rania comel sangatttt ^_^ geram tengok

Memang best balik kampung..erk kuih dangai..kuih ape tu

conelnya rania senyum gambar tokwan dukung tu..balik knpg memang aktiviti utama makan ciksue.sedapnya kuih dangai!

dh ok la rania dgn org ek..gud girl ;)

bestnya dapat balik kampung..

puasa balik kg tak ciksu??

Comel rania. Mcm ikut muka ayhnya je.. :)

sedapnya kuih dangai tu...arwah mak akak pun rajin buat dulu2,skrg dah susah nak jumpa

duduk kampung memang syurga makanan kan hihihihi. sama la. mama keja masak benda fevret kita. depa tgk kita lalu makan lagi syok depa masak itu ini.

ritu mcm ternampak resepi kuih dangai pakai pemanggang ajaib. tapi lupa dah kat mana

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF