Berbbq di malam hari..

kejadian di bulan 5/2015.

ini kali kedua blok kuarters saya buat bbq di malam hari. semenjak bertukar pengurusan baru. alhamdulillah. hasil tabungan setiap ahli dapatla membeli barang-barang keperluan untuk berbbq. nak-nak tempat bbq tu. siap tempah khas kot hanya untuk buat bbq ;-)

seronok-seronok aje buat majlis ni. bukan setiap bulan. bergantung kepada kewangan dan juga kelapangan. alhamdulillah, diberi keizinan.


meriah. seronok. tapi sekali pon saya tak berpeluang pergi lagi. huhuhu.

 kali pertama, rania belum pon capai usia 6 bulan. so, saya memang tak turun waktu malam. walaupon di bawah blok. saya memang tak biasakan rania dengan suasana luar pada waktu malam. selepas maghrib memang tak ke mana-mana. ikut nasihat orang tua-tua.

masa bbq kali kedua hajat di hati memang nak turun. rania pon dah 9 bulan masa tu. tapi tetap tak berkesempatan. kebetulan pulak masa bbq ni dibuat rania demam buat pertama kalinya. huhuhu :'( memang tak keluar la saya. demi kesihatan anak.


sekali sekala buat aktiviti begini dapat eratkan hubungan ahli di blok kuarters. semangat gotong royong itu penting, selain dapat berkenal mesra. al maklum la, masing-masing sibuk dengan tuntutan kerja. bila ada kelapangan sebegini, haruslah ambil peluang, kan :)

saya wakilkan ayah rania je. in shaa Allah next time akan join juga. bila? sehingga diberitahu =p

ps: tempat uols ada buat aktiviti sebegini tak ? comfirm lagi meriah kan..

Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "Berbbq di malam hari.. "

wahhh..rajinnya pebduduk2 blok buat aktiviti macam ni..mesti mesra kan sume jiran2..biasa org sekarang kan jiran2 pon jarang bertegur..hukhuk

meriah jgk org2 kat situ ek.. bagus leh rapatkan silaturrahim sesama jiran..

Kalau dpt komuniti yg sepakat macam ini mudah bila nak buat apa-apa perancangan. Mudah nak saling tegur-menegur anak-anak walau bukan anak sendiri sebab semua dah sepakat. Kakak suka tengok komuniti yg begini..

Kat taman saya selalu buat aktiviti kat surau.aktif jugak dengan marhaban dari rumah ke rumah.
time bulan posa ni sibuk dgn more.setiap minggu ada..ikut blok jalan.seronok jugak...tp since ada 2 org ank ni...memang x berapa nk join sangat..takut x boleh nk control

best jugak aktiviti gini kan..umah setaman falsya semua jenis buat hal sendri..kalau bersua muke baru la tegur2...hehe

meriahlah macam tu..bagus sebenarnya aktiviti macam ni kan dapatlah kit akenal jiran tetangga, kalau hari2 biasa tu nak berjumpa muka pun susah sebab masing2 sibukkan.

kat tempat akak ni pun best, jiran tetangga baik2,selalu juga buat potluck dengan jiran2, santai2 minum petang, kadang2 akak join kadang2 wakilkan suami je pergi hehehe, siap ada wasap group lagi dengan jiran2

Rajin buat aktiviti gini. Rumah mak depan surau so buat aktiviti keagamaan jelah. Hihihi

bagus aktiviti perumahan macam ni.macam ciksue kata Medan utk eratkan siraturrahim..dulu masa sy dijohor ada juga buat BBQ, jamuan raya,family day bacaan yasin di blok..skang ni dah takde la ciksue.masing2 buat hal sendiri

alahai syg la ye x dpt turun, klu tidak mau knyng perut hehehe ;p

syoknya mcm ni. memang aktiviti macam ni kena ada satu masa yg sesuai kalau tidak smpi ke sudah la tak kenal jiran kan

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF