gulai ikan talang tumis darat + ikan gelama masam + sambal kuinin

ini menu saya berbuka puasa hari tu. mana tau uols dapat idea nak masak menu apa petang nanti kan (",)

tak boleh kata pa dah la, kalau dapat makan gulai ikan talang, sambal kuinin dan ikan gelama masam. perghhh ! gabungan yang mantap boleh buka selera walaupon tengah diet tak nak makan malam. hahahaha. sape tu ? sapa lagi kalau bukan cik suami saya. alasannya saja teman ayah makan. ye ke ! ke memang tak boleh tahan  nengok lauk pauk tu ? ngaku je la  ;-)

ini memang lauk peberet saya. kalau balik kedah, mesti cari gulai ikan talang dengan ikan gelama masam ni. macam sambal kuinin atau konen tu, ada musim ada la buahnya kan. 

kali ni buat gulai ikan talang versi tumis darat. macam mak selalu buat.

bancuh rempah kari, air serta bahan kisar (bawang besar + cili kering). masak atas api. bila rempah dah masak masukkan ikan talang yang dah direndam (untuk buang masinnya) + asam keping secukup rasa + santan perahan kedua. didihkan.

masukkan ubi kentang dan lobak merah.  dah empuk masukkan santan perahan pertama. kacau, perlahankan api, biar mendidih. (kalau dah cukup rasa tak payah tambah garam. kalau tak cukup masin pepandai la ye -_-

sesambil tu.. kita buat tumis darat. inilah dikatakan tumis darat. tumis dalam belanga kendian baru curahkan isinya ke dalam periuk gulai.

tumis bawang ros yang dah dimayang, halba campur dan daun kari. goreng sampai kekuningan. macam nak buat bawang goreng tu. jangan sampai hangit dah la ! hihihi.

siap.. tuangkan bawang goreng tadi sekali dengan minyak ke dalam periuk gulai. tutup tudung periuk. tutup api.

masa nak cedok nanti, kacau bagi rata.

sambil tunggu hasil tumisan meresap ke dalam gulai, meh kita goreng ikan gelama masam dengan bawang besar.

saya suka goreng garing, bila makan krup krap je. sebelum letak kuah gulai, gaul ikan gelama masam dengan nasi panas-panas. sedappppnya ;-)


kebetulan ada buah kuinin atau konen. so, kita buat lah sambal. memang bertambah-tambah makan nasi.
pedas-pedas pon sedap ratah sambil cicah dengan buah konen yang dihiris. layan je !

ps: lepas makan cium tangan.


Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "gulai ikan talang tumis darat + ikan gelama masam + sambal kuinin"

byk nyer masak :)
sambal kuini tu evergreen sepanjang masa.
bau nyer yg wangi bikin hati gegarrr...

Hai, Ciksu... sabar ajelah tengok menu ketika bulan puasa ni. Tapi takpa, tak menitik pun air liur :)

Boleh juga dibuat menu berbuka. Tapi kalau ikan masin saya lagi suka menu masak lemak campur dengan nenas. Walla, sedap hingga menjilat jari!

sedap ciksue..jarang sy dpt makan menu camni. mertua sy jenis tak mkn sgt ikan masin..sy pun..tu yg tak pnah mkn. tp sesekali kena kt rumah org kenduri sedap..lama dh tak mkn.dulu ja menu ni pemes..skang payah nk cari

Nasib baik singgah sahur.. Taklah terliur. Hihi

Menu yang buat makan nasi laju2 ni.. sedap sambal kuinin tu kan.. ai..

ohoiiiiii menggugat betoiiii hihihihihihi

lama dah x makan sambal konen tu. kira lagi suka sambal nyor letak hirisan pelam muda. perghhhhhhh cicah dengan ikan gorg, timun ptong2.

mengungang betoi ciksu ni!!! hihihihihihi

sedapnya..telan ailio akak menengoknye

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF