ikea dan meatball

hari rabu lepas pergi IKEA DAMANSARA lagi.. misi mencari barang untuk permata hati.. alhamdulillah, dah ada.. balik dengan senang hati dapat belikan untuk rania.. apa diaa ?? next entry la ye. ini nak cerita pasai makan-makan untuk slot JJCM di blog qasehnyarania ni :p

kononnya tak nak bersesak itu pasai pergi ikea hari biasa. sekali sama juga. ramai orang. saya lupa rupanya cuti sekolah dah bermula. redah je la kan. nak buat camno ^_^

nampak ! nampak ! setiap sudut ada je umat manusia. nasib ada meja kosong ni. tepi dinding. selit je la. asalkan ada tempat :D

dedulu pergi tak da la pulak nak ambil gambar bagai. sekarang ni pergi memana semuanya kalau boleh nak ambil gambar. betul tak ? kalau tak nanti.. ala ruginya tak sempat ambil gambar.. kalu tidak dapat jugak update entry seketoi dua kat blog kan. kan. kan *-*

oke... inilah meatball ikea yang sentiasa menjadi perhatian kalau singgah ikea kan. memang sedap. nyum-nyum..

meatball ambil 15 biji.. RM15. ada kentang, cream sos dan lingonberry jam. 

Salmon Fillet dengan sayur-sayuran dan sos lemon… RM13.90

tambah bebola salmon 4 ketoi… RM4.90


hasilnya sangat-sangat mengenyangkan.. sedap memang sedap... nak-nak meatballnya tu masih padat isinya.. kenyang sampai ke petang.. sendawa pon masih terasa meatball ikea ni... haaa, dasyat kan penangan meatball ikea ni. cuma tu la.. saya makan sambil layan anak.. sosnya sejuk, bila makan jadi muak la pulak.. tak kisahlah.. janji habis kesemuanya.. tak baik membazir. kan ! kan ! kan! :)

so, kalau teringin nak makan meatball ikea, silalah datang ke Ikea Damansara.

dengar ura-ura katanya Ikea akan dibuka di Cheras. ye ke ? kalau di Cheras best le. dekat sikit. ala, just pergi cuci-cuci mata nengok pon best. nak membeli untuk rumah sekarang macam tak syokk je sebab menumpang dok kuarters kan. buat semak lagi ada la kot. jenuh nak mengemas.

ps: tokwan rania dah balik. dah dikecek suruh balik lusa. tak mahunya. nak tak nak terpaksa juga pergi hantaq tadi. macam nak ikut balik kampung je tadi. hukhukhuk :'(


Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "ikea dan meatball"

salam cik sue.sihat..bby dah pandai pa...mv tak pernh mkn meatball ikea ni

Falsya kalau gie ikea jarang makan kat siu walaupun kadang mcm tingin..sbb org ramai sssgggtttt..hehe

sedap giler kan meatball dia..aish..pe la resepi dia..try buat sndri tp xjadi sme pun..hahaha

bestnya.. tak pernah makan walaupun bape kali pegi ikea..huhu

teringin nak rasa meatball IKEA yg menjadi sebutan sangat ni..tak berpeluang la pasal kt Kedah takde IKEA.. nak pi penang nu semata meatball mmg tak arr.hehe..

sedapnyaaa.. tp kalau cikna tak abis tu 15 biji.. heheh.. rania makan ape ciksu? excitednya nak tau brg ape tu utk rania.. cpt update tau.. :)

Alahai, babai tokwan..nanti datang rumah Rania lagi ya.. ..

Kalau ke Ikea mesti ramai je orangnya, sekali je kot akak pernah pergi yang memang terasa tak ramai orang.. lupa masa tu bila pulak.. sedap semua nampaknya makanan tu.. beratur beli makanan pun mesti lama tu kan..

saya suka salmon tu.. mmg sedap.. meatball dia saya tak berapa suka.. hehe..

huhuhu tak pernah merasa lagi..

bebola nye nmpk gemok2 mau tak kenyang ye mkn ;p

heboh meatball ikea..bile nak dpt tah! nasib tak ngandong, kalo tak order kat QR, hahahaha! :P

tringin nk mkn kt ikea tp x penah smpai lg...

errr...meatball tu nmpk cam cekodok la :p

Ciksu p ari rabu? Jijah pun sama..pegi da petang ms tu balik magrib. Xmerasa gak meatballs ni.. nasib tak teringin. Hehe

saya pun kalau nak ikea pegi hari jumaat. untung nya kedah cuti so jelajah belah sana hari jumaat jela. takde nak bersesak2 sgt. nk berdiri tunggu giliran nak merasa meatball hihi

aida pernah dgr.
tapi 2 kali gi ikea x makan.
sebab org ramai sgt :( sedih...
nampak memang sedap tu.
berbaloi la RM15 tu ekk ?

ikea n meatballnya mmg x dpt dipisahkan..
tringin nk cuba jgk

Teringin nk merasa meatball ikea. Tp kt sini mna ada ikea. Hehehe

sekali je penah makan meatball ikea ni, bertahun2 dah tak pegi sini

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF