Kematian

sebelum ni kami dalam group whatsApp Geng Penang telah dikejutkan dengan berita kematian seorang suami kepada rakan kami. meninggal kerana masalah jantung. menurut kata isteri arwah, semasa dihospital, waktu tengah hari sebelum arwah meninggal dia ada suapkan nasi. alhamdulillah, berselera juga makan. tetiba petang tu teruih sesak nafas. akhirnya doktor sahkan meninggal dunia. meninggalkan seorang isteri (kawan saya) dan dua orang anak. seorang lelaki dan seorang perempuan. yang kecil lebih kurang sebaya rania. Allah Hu Akhbar ! sekarang ni kawan saya tinggal dengan keluarganya di kampung.

kemarin dulu kami dalam Group WhatsApp Geng Penang sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian. Allah Hu Akhbar ! ini memang tak dijangka. sedangkan sebelum tu baru sembang dengan maklong arwah (kawan saya).

kawan saya tu kehilangan anak saudaranya yang baru dilahirkan pada pertengahan Mac 2015 yang lepas. kalau ikutkan 21/6/2015 nanti genap lah usia arwah baby nurameenazulaikha 3 bulan. tapi Allah lebih sayangkan baby ameena :(

dari saat baby ameena dilahirkan kami dapat tatap wajah anak syurga itu sehingga lah beberapa hari sebelum kejadian. kawan saya ada post gambar untuk kami tengok. alhamdulillah baby sihat walafiat. tapi janji Allah itu pasti ! 

baby ameena disahkan meninggal kerana jangkitan paru-paru selepas dibedah siasat. Allah ! sedeynya saat tubuh anak syurga itu dibedah untuk kenal pasti punca kematian. pihak hospital risaukan kes kecuaian. meninggal ketika tidur dan disedari oleh mamanya sendiri. baby ameena anak ketiga daripada 3 orang adik beradik. anak perempuan tunggal.

masing-masing masih terkejut. terutamanya mama baby ameena sehinggakan terpaksa ambil ubat untuk hentikan pengeluaran susu badan :(

al-fatihah



Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "Kematian"

Berita utk renungan kita yg msih hidup.. al-Fatihah utk arwah...

Allahuakbar sue.....tak dpt bygkan perasaan emaknyer berpantang tanpa baby...kene amik ubat stop kan susu lagi....besar ujian buat mereka sekeluarga....tapi sebenarnye mereka bertuah sbb baby ameena pergi sebagai bidadari syurga....arwah sedang menanti dipintu syurga tuk tarik tangan mak dan ayah die....

alfatihah....

Innalillahiwainnailaihirojiu'n......

al fatihah..semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. lately byk sgt berita sedih kan..

Allah.. :'(
innalillahiwainnailaihirojiun..
salam takziah buat depa.. moga tabah hadapi dugaan Allah

Dua perkhabaran sangat menyedihkan ni.. takziah dan al fatihah buat kedua2 yang disebutkan ni. Dekat je dengan kita ya. Bila dgr macam ni mula rasa kalau tiba giliran kita nanti entah mcm manala nasib kita..doakan yg tbaik

Innalillah....besar nye ujian nya ye...

Al fatihah buat baby ameena..sedihnya..huhuhu..tp Allah lebih sayangkan die kan.syurga pasti buatnya..

semoga kawan ciksue yg kematian suami terus tabah mengharungi hidup bersama anak2..utk mama baby ameena juga..sedih mendengar kisahnya

Allah.. Tak dpt byngkn kehilangan ank kcik kn. Bila terkenangkan yng meninggal tu bby, msti byngkn ank sdri.x sanggup rsa nya..

bergenang lak airmata membaca kisah anak syurga tu...semoag ibunya tabah

Allahuakbar T_____T

tak mampu nak berkata bila ada kematian mengakibatkan baby ni ;(

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF