kesan selepas DEMAM DENGGI


nampak ! nampak ! lebam oke. kesan ditempat yang dok cucuk ambil darah. itu lengan orang dewasa. cer bayayangkan kalau lengan anak-anak. Allah ! nangis tengokkan :'(

selain dari kesan lebam akibat dicucuk, cik suami kena jalani rawatan susulan selepas discharge. ada lagi 2 appointment yang perlu dijalani..


kesan pertama yang cik abe alami. cik abe tetiba disahkan ada darah tinggi. ini bermula selepas gara-gara warded ke hapa tak tahu le. tapi selama hampir tujuh tahun hidup bersama ni memang cik abe tak ada darah tinggi. cik abe kata dia tak boleh tidur memalam. salah satu sebab asyik nak terkucil. bila nak ke bilik air kena usung sekali benda alah yang dicucuk tu. kena buka, pastu usung le botol drip tu sekali. rimas + sakit katanya.


sebelum discharge doktor bekalkan ubat darah tinggi. selalunya orang kata bila dah mula amalkan ubat darah tinggi nanti-nanti susah nak tinggal. betul ke ? sudahnya cik abe tanya adik dia yang bertugas di klinik kesihatan. katanya cuba tak makan ubat, ada rasa pening ke tidak. kalau tak ada tak payah la makan. buat untuk seminggu. memang cik abe ikut. sekali masa di kampung nak bangun tetiba kata pening. nak tak nak kena la juga telan ubat.

walauapapon penyakit darah tinggi ni keturunan kan sebab family cik suami memang ada darah tinggi.

13/5/2015


appointment yang pertama perlu jumpa doktor untuk check up dalaman + ambil darah lagi. mana nak tahu kan, akibat kesan demam denggi risau organ dalaman macam jantung, paru-paru, buah pinggang turut ada kesan sampingan. virus denggi ni bahaya. itu yang tak boleh dibuat main.. terutamannya denggi berdarah kan.


20/5/2015


pergi hospital lagi untuk appoinment kedua. yang ini saya dengan rania ikut. appoinment yang pertama kami tak ikut.



kesan kedua selepas sebulan. pergi check up tetiba ada kolestrol pulakkkkk. tinggi pulakkkk tu. kalau terlebih tinggi bahaya tau. apa-apa penyakit pon kan. haaa.. sudah.. 

doktor bekalkan ubat untuk 3 bulan. menurut kata doktor, kolestrol ambil masa 3 bulan untuk hilang sepenuhnya. so, jangan la seminggu dua teruih galak nak pi check di mana-mana farmasi. comfirm takkan turunnya. buang duit aje doktor kata. itu kata doktor la. caranya, just makan dan habiskan ubat yang dibekalkan. tapi kalau still makan ubat selepas 3 bulan masih ada lagi kolestrol macam mana ? still nak kena teruskan makan ubat lagi ? nak ke bergantung dengan ubat sepanjang masa ?
sudahnya selepas berbincang laki bini, cik abe ambil keputusan nak minum susu omega plus. selepas 3 bulan nanti tengok keputusan kolestrol pulak l ye ", 


p/s: darah tinggi dah tak ada. cumanya cik suami berkali-kali pesan pasai demam denggi. cukup le sekali merasa. perit sesangat. tak terucap masa disahkan demam denggi tu.


Previous
Next Post »
13 Komentar untuk "kesan selepas DEMAM DENGGI "

alaa dugaan...sabar ye kak..mudah2an cik abe cepat sihat

syukur da ok demam dengginya. ni kawan sekrja ayu warded demam denggi...

teruk jugak kesan demam.denggi suami cik su
in my case....saya x pasti ini kesan denggi atau tak sebab platlet saya x turun terlalu rendah..tp lepas baik denggi..satu organ penting saya disahkan x berfungsi dengan baik.sekarang masih follow up dan mkn ubat

abg kami penah kena denggi.mcm nyawa dihujung2 ja...Alhamdulillah selamata

semoga sihat & baik2 aje utk hb sue.

sabar ye.
dugaan...
amalkan pemakanan yg sihat.
cara hidup sihat.
in shaa Allah :)

Saya ada kawan yang dapat darah tinggi kerana makan pil perancang. Dia muda lagi dalam 30-an. Makanya dia makan jugalah sebab ikut nasihat doktor. Tapi kalau kita jangan makan, jangan kesihatan, Insya Allah darah tinggi tu akan turun. Makanya lepas sebulan dia makan, bila check semula tengok dah takda darah tinggi.

bahaya dasyat juga ye kesan denggi ni.lepas darah tinggi kolestrol pulak..bertimpa2 dugaan..semoga dipermudahkan dan cik abe awak sembuh cik sue

Abh ada mkan ubt kolestrol klau x silap. Mmng kna checkup berkala. Tp bila dh ok dos tuk mkn ubt tu diturunkan. Skrng mkn jgk. Cuma x bnyk la kut dos nya.

perit jugak ye kena denggi.. seriau jgk baca.. semoga tak berulang lagi.. take care ye ciksu..

Oh jadi gini pulak ya.. kali pertama akak dgr ni.. kuatkan semangat ya.. insyaAllah kesan jangka sementara ja ni..

banyak rupanya kesan dia. ujian sangat ni huuuu. moga dipermudah dan sihat2 hendakNya amin amin

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF