Ketam Sambal Ala Portugis

bila ada ketam di rumah mula lah buntu nak masak apa. balik-balik menu yang sama jugak. walaupon tak jemu memakannya tapi dah kata blogger picisan, nak jugakkkk update masuk blog. tak gituuu cik jah. cik kiah (",) takkan asyik nak ulang tayang menu yang sama je kan.

baru-baru ni berulang lagi. asalnya terpikir nk buat Ketam Masak Lemak Cili Api. pastu pikir-pikir semula, alahai bersantan la pulakkan. oke cancel. sambil pikir sambil geledah esbok tengok stok apa yang berbaki. tetiba macam nak buat Ketam Bercili dan Telur. tapi macam, ala dah pernah buat dan rasa. nak buat Sup Ketam, baru aje lepas buat masa demam bulan 4 dan 5 hari tu. dah biasa sangat kan..

actually, saya teringin nak makan ketam goreng telur masin tapi stok telur masin non hadooo.. acaner nak buatnya ! hahaha. 

ini semua gara-gara nengok Dato' Siti Nurhaliza hari tu la. pengaruh sangat kan ! hadoi.. 


beliau masak Ketam Goreng Telur Masin semasa persembahan sempena Hari Ibu. kagum betullah ! sambil menyanyi, sambil masak. perghhh ! cayalah CTDK. tapi yang tak syiokknya bila ada la seorang pengikut instagram CTDK ni pergi komen macam ni "padan la dapat suami tua, suka menyanyi di dapur rupanya.." alahai ada ke patut.. lenkali nak komen sila berfikir secara waras ye. jangan main serbu tak pakai helmet. sesuka ngko je kan. haaa.. nampak ! nampak ! tak pepasal ciksu dah ter-emo. maklum penyanyi kesukaan daku. bagi saya Jodoh, ajal, maut dan rezeki semuanya Allah yang tentukan. kita sebagai hambaNya perlulah berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal. 

oppppsssttt !!! boleh terbebel pulak di sini. oke. jom sambung pasai cik ketam. sudahnya kita rebus dulu itu ketam. lepas tu baru kita sambung fikir menu apa ye ;) duduk di dapur tenung itu, tenung ini. mulalah dapat idea untuk masak apa. betul tak ?


apa yang saya dapat hasil geledah esbok ialah tomato + cili padi + lobak merah + kentang + hasil kisaran bahan tumisan Ikan Pari Bakar Portugisitu aje lah bahan-bahan yang ada. perasakan dengan sos cili + gula + garam + kicap 


bila rebus ketam isinya lagi sedap. untuk rebus ketam didihkan air dulu. bila dah mendidih masukkan ketam. golek -golek kejap, angkat dan toskan. air rebusan simpan untuk dibuat kuah nanti.


1) dalam kuali tumis bahan kisaran (bawang merah + lengkuas + buah keras + serai + cili kering). biar sampai pecah minyak.


2) masukkan tomato + cili padi. kacau.

3) masukkan sos cili + air rebusan ketam + gula + garam + kicap + kentang + lobak merah. biar mendidih/ sayur empuk.

4) masukkan ketam. terpulang nak berkuah atau kering. kacau. saya macam biasa la buat berkuah. kendian asingkan kuahnya untuk dicedok. saya suka berkuah. cik suami tak suka berkuah. alih-alih kuah saya pon diceduknya. haaa, sedapppp le tu :p nampak ! nampak !

tadaaaaaaa. siap sudah. kalau ada daun limau purut memang terbaikkkkk. barulah masakan portugis namanya kan.. kasik tabur atas ketam tu.. 

 yang ini pulak tak guna flash

ini saje ambil gambar guna flash. 

kasik zooom sikit. walaupon dok kalut dengan rania, boleh aje melayan kopek cenkerang si ketam ni haa. memang sedappppp sangat.. isi pon padat mampat.. makan dengan nasi putih je ni semata memang tak ada lauk lain atau sayur lain dah. 

Previous
Next Post »
13 Komentar untuk "Ketam Sambal Ala Portugis"

Tak jadi ketam telur masin pun ni dah nampak sedap sangat tu.. akak pun sama, minggu lepas rasa nk makan ketam telur masin juga tp ada telur masin je..ketam xda.. last makan rebus gitu je pun sedap juga nasi...

ciksu sama dgn suami saya. kalau nak masak kena renung tgk apa ada dlm peti baru timbul idea nak masak. kalau saya pulak masa beli barang hujung minggu tu yang dah pk siap2 nak masak menu apa seminggu. senang cari barang hewhewhew

Kat rmh ni klu de ketam msti msk sup,sedap.... Ti klu mummy g kedai beli ketam nak suhla mummy try resepi ni....;-)

rajinnya ciksu..boleh pelbagaikan resepi ketamm

ketam ni memang semulajadi fitrahnya manislah n sedap..buat masak apa pun sedap ciksue..

amboi marah benor org kata kt artist kesukaan dia hehe

mmapu tgk and telan ailio jer..;(

senang bleh try ni bahan2 pon simple ;p

Sedapnya.. tpi dh lma x mkn ketam sbb alergik sikit dgn mknn laut ni...

Lma dh xmkn ktam. Hihi. Sllu nk mkn ketam mak msak. Msak lmak cili api. Dapnyaaaa.. Hihi

minggu lepas akak buat ketam telur masin..hehehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF