Oatsomenya Quaker

 kebetulan hari tu pergi aeon big nak beli barang kering sebelum ramadan. alih-alih sampai ke tingkat atas cari parking. mak aii ramainya orang. maklum le aeon big dah makin besar dan luas sejak-sejak lepas renovate ni. kemahen la menjadi tumpuan pengungjung kan :) selesa la katakan. 

 tujuan ke aeon big memang nak beli oat  sebab dah habis. pusing punya pusing sampai di bahagian bijirin. ada amoi kasi segala menda alah ni.  
 risalah resepi dan sepeket bubur oat

katanya pukul 4 petang nanti ada demo masakan oleh chef Oatsomenya-Quaker. tak sangka la pulakkan dapat tengok live. setakat ni memang saya tengok pon rancangan Oatsomenya-Quaker tu. dah 4 episod.

lama la juga tunggu. gigihkan ! hahaha. saja nak tengok. 

tadaaaaa.. inilah dia chef Oatsomenya-Quaker

 chef sherson lian. dia masak dua jenis resepi hari tu. menu kari bebola daging dengan pancake pisang. bahan asasnya ialah OAT.

dia ajar buat PERENCAH OATS. just ambil instant oats + lada hitam biji + garam sikit = kisarkan. boleh jadikan perasa dalam setiap hidangan. dia ada bagi rasa tapi saya tak ambil pon. huhuhu. apa pon saya dah buat stok untuk kegunaan sepanjang ramadan 1436 H ni. 

simple je dia masak kari bebola daging dan pancake pisang tu. lepas masak setiap menu akan ada soalan mengenai quaker oat selain boleh cuba rasa hasil masakan beliau.


sudahnya cik abe beli ini 
 instant oatmeal 1kg. dapat free oat untuk nasi tu. harga asal RM12.++ tapi dapat diskaun. cuma RM11.++

setiap jumaat (hari ni la kan) jam 4:30 petang. boleh la tengok. mana tau kot-kot boleh bagi idea untuk menu berbuka nanti kan. 

kalau tak sempat tengok atau risau air liur menjejes nengok menu sedap-sedap di siang hari, selepas terawih, boleh la godek-godek resepi di SINI. macam-macam ada. 

ps: semalam menu berbuka saya dah buat nasi quaker. 
Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Oatsomenya Quaker"

assalamualaikum
singgah pagi jumaat
bestnya ada xtvt cm nie

aida suka tgk dia ni dlm 5 rencah 5 rasa.
simple and praktikal :)

Salam QR..kat atas meja mkn kak atie tu ada sebalang oat..tak laku2..hehe.Tggu kot2 nak raya sok buat kukis...kot2 rajin..hehe

oat ni selalu sangkut kat tekak aku... tak boleh telan lak...

Saya suka tengok chef ni. Apa nama rancangannya 5 rencah 5 rasa. Oh, lupa pulak tajuk rancangan. Tengok chef masak lepas satu, satu sampai lima jenis dalam rancangan tu memang terus teruja nak main masak-masak kat dapur juga!

Oh, baru dapat idea dari entri ni. Boleh try kari bebola daginglah petang ni. Meat ball pun ada lagi tak habis masak sejak minggu lepas. Asyik buat sup aje, tak tahu nak buat apa lagi. Leh try petang ni ~_^

nomnomm sedapnyaaa... i should try this out. people said if we eat oat masa sahur. boleh buat kita rasa kenyang lebih lama. welewiiwuu

ohh betul kata md, ni chef Sher yg 5rencah 5rasa tu..dia msk mmg best.simple n main campak2 ja..tips rencah perasa tu best..tq ciksue for sharing

Asslmkm ciksu. Kita suka tgk chef ni msak. Laju je dia masak. Tapi tu la, suka tgk rancangan masak2, tp tak penah pula try resepinya. Sekadar cuci mata je. Haha

Dah beli oat ni, tapi paket yg kecik tu. Sampai hari ni belum terusik lagi. Hihi. Asalnya nak buat overnight oat tu.
Selamat berpuasa Ciksu sayang....

wahhh.. minat gila kot chef shers.. suka tgk 5 rencah 5 rasa.. selamba je dia masak.. hikk.. cikna kureng sket oat.. kenot telan.. huhu..

bgus ni utk kesihatan spa2 nk diet sesuai la mkn oat

Ooo ni nampaknya mudah n praktikal kn.. sesuai ng yg nk jaga kesihatan
. Banyak pilihan bilq dh ada resepi ditunjukkan

Suka tengok rancangan ni. Resepi yg mudah n nampak sedap

saya dah lama simpan perap oat tu tak makan2 ekekekeke. ciksu nt rajin2 la kongsi resepi pakai oat tu ek tenkiuuuuuu ;)

tak pernah pula akak makan oat ni..hehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF