Penawar Demam Denggi

tak ada lain selain Allah yang menyembuhkan segala penyakit yang diturunkan. selebihnya kita sebagai hambaNya perlu doa, usaha, ikhtiar dan tawakal. Allah Maha Mendengar. 

Sebenarnya selama hampir seminggu menjaga cik abe walaupon berulang alik sebab tak dapat nak duduk di hospital mengenangkan Rania masih bayi. apa yang dapat saya simpulkan sepanjang pemerhatian saya ialah PESAKIT DEMAM DENGGI SEHARUSNYA MINUM AIR PUTIH SEBANYAK MAMPU. MEMANG KENA PAKSA MINUM SEBAB HANYA AIR YANG BETUL BETUL BOLEH MEMBANTU. serius, pesakit demam denggi perlu minum semaksima mungkin. cuba sehabis daya untuk minum seberapa banyak yang boleh. kalau yang jenis suka minum air, in shaa Allah tiada masalah. tapi bagi yang kurang atau agak susah untuk minum air memang agak mencabar. walaupon dah minum 100 plus dan sup ketam nipah sebelumnya. bacaan platlet darah belum boleh sampai tahap normal.

Bacaan platlet darah dok main tarik tali. kejap naik, kejap turun. saya pon dah buntu. itu yang terjadi pada cik abe malam tu. cik abe cakap dia memang minum banyak air. tapi bagi saya pengambilan air yang diambil tidak cukup untuk menampung kembali selepas urine dibuang. kiranya tak seimbang la. 

sudahnya bila dapat peluang sembang dengan doktor, doktor cakap banyakkan minum air. tanya pendapat kawan yang juga pernah menjaga anaknya demam denggi pon kata benda yang sama. so, nampak ! nampak ! air tersangatttttlah penting untuk pesakit demam denggi. sudah terang lagi bersuluh oke ;-)


caranya saya buat jadual, paksa juga suruh cik abe minum air. biar misi jenuh dok ulang alik hantar air. udah la makan pon tak tera mana. lagi nak ngelat minum air. asyik la dok pot pet tak larat nak bangun buka wayar drip untuk ke bilik air. silap sikit, ngilu je rasanya. walaupon saya tahu memang sakit tapi saya cakap jangan nak bagi alasan sangat. ikut je jadual tu. huhuhuhu. garangkan umi su >.<

selebihnya seperti di bawah:


untuk hari pertama kawan saya tolong carikan jus betik. kami jumpa di Restoran NZ Wangsa Maju. beli 3 botol. harga sebotol jus betik RM10. jus betik pon kena GST juga tau. sabor je la :D menurut kata cik abe, jus betik dalam botol tu tak lah sepahit air rebusan pucuk betik.


kendian saya bagi air rebusan pucuk betik. pucuk betik order khas dari Kedah. kemahen jauh pucuk betik datang haaa. saya dah tak tau mana nak cari pokok betik dengan situasi kelam kabut hari tu. order dengan ayah.

Caranya saya ambil beberapa helai pucuk betik kendian rebus dalam air hingga mendidih. tapi sebaiknya uols cuba ambil pucuk betik yang sudah dibilas dan dikeringkan air kendian tumbuk/ blender tanpa mencampurkan dengan air. pastu tapisb. kiranya nak pati air pucuk betik yang original. yang ini saya sembang dengan seorang anak sedara pesakit di wad tersebut. kebetulan suaminya juga pernah demam denggi. 

buah kiwi ada bagi juga. waktu melawat tu  bagi makan. saya tertengok di istagram Faradhiya. dia ada makan kiwi kebetulan dia pon demam denggi juga masa tu.

100 plus pon berbotol-botol juga. tapi kena sulam dengan air sebaiknya. member cakap letak garam untuk kurangkan gasnya. 


jus jambu pon boleh. beli yang dalam kotak tu. saya tahu pon masa dok nyembang dengan cleaner hospital. tapi saya tak beli pon.
 

alhamdulillah 21/4/2015 dah boleh balik rumah.

Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Penawar Demam Denggi "

Alhamdulillah usaha2 ni berjaya kan.. boleh jadikan panduan ni.. apa pun mintakla lepas ni tak kena demam ni lagi.. risau sangat bila dah lama sakit ni

aah jus pucuk betik yang sebetulnya yang blend atau tumbuk tanpa air tu. tapi pahit diaaaaaaaaaaa, Allah je yang tau kan huuu

a very good sharing ni.
boleh jadikan panduan kan.
tq so much.

nice tipss...leh bgtau sape2 yg alami demam denggi ni

semoga bermanfaay entry ni buat yg kena denggi..Bukan senang nak dpt ilmu klu kita sendiri tak mengalaminya kan ciksue

alhamdulillah..dah pulih..
satu lg y saya tahu, kangen water pon dpt membantu utk demam denggi ni..

segala penyakit ada penawar nye ye rasi dgn tak rasi je la..huih pahit tu daun betik >_<

Mekasih ciksu share ni. Mna thu nti dpt membntu sapa2 kn..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF