Rambut Gugur Selepas Bersalin

Sampai bila agaknya rambut ni gugur selepas bersalin ? 
adakah ianya berkekalan gugur atau hanya sementara waktu ?



pengalaman saya:



rania mula pandai buat "buih" pada 24/10/2014. masa ni rania baru berusia 2 bulan 14 hari. alhamdulillah, selepas rania capai usia 6 bulan hari tu, rambut saya dah makin kurang gugur. 

perghhhh ! memang banyak la gugur. macam tak percaya je tengok kesemua rambut-rambut yang gugur tu. huhuhu. siap kumpul pastu bawa balik buang kat kampung. 

walaupon masa tu saya minum ephyra tapi rambut tetap gugur. sekali tarik. Allah ! macam nak keriau je tengok rambut tu :(
tapi redha. 

Saya minta tolong En.Gugel cari puncanya, kenapa rambut gugur selepas bersalin ni !! 
sesama tambah ilmu :)

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ’buih’, rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur.

 Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil? 

9 Perkara Perlu Mama Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama. 

 4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari. 

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. masa mandi iye, nak-nak lagi selepas bersyampu.. komfen lagi banyak yang luruhnya.. saya jarang guna sikat.. lebih suka "guna jari pon boleh.."

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka. iye, memang perasan sebab rambut saya panjang. 

kalau nak kurangkan keguguran rambut itu, uols boleh potong rambut pendek. in shaa Allah masalah ini boleh di atasi. tapi saya tak potong pendek pon sebab sayangggggggg anggat.. nak simpan ambil masa yang lama.. setakat adjust sikit-sikit tu boleh lah ;-)




Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Rambut Gugur Selepas Bersalin "

mmg smp skang ade masalah rambut gugur...kalau cuci rambut, kemain byk kat tmpt tapis(xtau ape nama bende alah tuh..kihkihkih) air tuh..

Kakak ni anak dah besar panjang pun rambut masih tetap gugur juga CikSu. Memang jenis akar tak kuat. Nasib jenis rambut lebat. Tapi betul kalau rambut gugur sebaiknya jgn berambut panjang.

sebab masalah ni la yang saya potong rambut pendek je senang. rimas tengok rambut berterabur dalam rumah. belum time anak kutip lagi huuu

salam ramadhan, rambut potong pendek atau nak senang botakkan je kepala., hihi2.,

yg x besalin pon alami rmbut gugur acaner ;p

memang penyelesaiannya potong rambut pendek je ciksue..sy pun dah makin panjang dh ni rambut..bla ntah nk potong

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF