Rania menangis, umi pon menangis

kalau tak salah saya masa ni malam keempat cik suami di wad. balik aje dari hospital tak ada buat apa-apa pon. just melayan rania. sambil bf sambil nyembang-nyembang dengan rania. tetiba rania menangis. menangis semahunya. memang tak tahu kenapa ! tetiba je. 

serius sepanjang minggu tu buat pertama kalinya saya menangis juga akhirnya. stress pon iye. risau pon ye jugak ! macam-macam dah mai masa tu. dengan rania dok menangis saya call mak kat kampung, sekali dengan saya menangis :’(
mak cuba tenangkan saya masa tu. dalam masa yang sama mak suruh call atau mesej suami tanya. saya memang tak kacau cik suami waktu malam. memang nak dia rehatkan diri. melainkan kalau dia call atau mesej. baru saya layan.

rupanya belum sempat cik suami bagitau, saya mesej dulu untuk tanya. katanya drip yang dibuka petang tadi kena pasang semula. sebab bacaan platlet menurun. pastu ditambah pulak dengan tekanan darah tinggi yang tetiba naik. mmm.. patut la rania menangis beria.

memang betul pon masa saya melawat waktu siang tu, drip dah dibuang. nampak cik suami senyummmmm je sepanjang petang tu. dalam masa yang sama saya pon legaaaaa sesangat. kira balik dari hospital dengan hati yang tenang tetapi sebaliknya pulak berlaku
 -_-’

malam tu tidur-tidur ayam je. tak sabar nak tunggu esoknya. nak ke hospital cepat-cepat.. 






Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "Rania menangis, umi pon menangis"

dugaan ye...kdang2 tu Tuhan akn menguji kita T__T

* best kan citer abg jebat tu ;)

rania bagi hint kat mamanya...
macam terasa ada seuatu yg tak kena agaknya kan..
be strong sue..

Ala..siannya Rania....kadang2 kita memang panik kan...lagi2 bila hubby tida disisi....sob sob...

budak memang tahu dan dpt rasa kalau melibatkan org terdekat..macam tu tak rania..

sabar ea akak.... keep praying,,,

kesiannya, Rania pun dapat rasa ;(

instinct tu kuat...
huhu..ujian smoga kt trs bsabar n tabah

Rania thu ayh x shat ye msa tu..

haish sebak pulak rasa, huhu, kuatkan perasaan anak tu....

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF