Resepi Ikan Mayong Masak Taucu dan Tempe Goreng Daun Kari

menu hari kedua berpuasa. 2 ramadan 1436H. bertemakan ikan la pulak. minggu pertama berpuasa hanya ada stok ikan dan ayam. bertabah lah untuk menghabiskannya.

ini menu peberet ayah rania.

ikan mayong masak taucu



  1. sebelum tu gorengkan ikan mayong yang disalut garam kunyit. ketepikan.
  2. kendian tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan hiris (halia, bawang besar, cili merah, cii hijau)
  3. bawang dah garing masukkan taucu, air asam jawa. biar mendidih
  4. perasakan dengan gula secukup rasa.
  5. hati-hati bila kalau nak tambah garam sebab taucu dah masin. ikan pon disalut garam kunyit.

tempe goreng daun kari



potong tempe nipis, bawang besar hiris, beberapa helai daun kari. lagi banyak, lagi sedapppp. 
  1. goreng garing tempe. ketepikan.
  2. goreng bawang besar dan daun kari. 
  3. satukan di dalam pinggan. 

ada juga kuih karipap sardin, karipap keledek dan tepung pelita asli.

semuanya sedappppp. nak-nak kuih tepung pelita asli. ingat tak kuih tepung pelita asli sedap. kuih tepung pelita asli yang saya meniaga di PARAM tahun 2013 ?haaaa, lupa la tuuuu.. kalau lupa dan nak tahu klik link tu. tahun ni kakak tu meniaga di PARAM belakang CIMB Setiawangsa.

rasa dan harganya masih sama. lembut dan sedappp bila lalu di tekak. manisnya masih boleh diterima. kalau yang kurang suka manis mungkin akan kata "manis melecas.."

Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Resepi Ikan Mayong Masak Taucu dan Tempe Goreng Daun Kari "

tu dia kalau bab resepi simple² ni bglah cik sue up .. sylah anak muridnya tiru nnt tp kekadang derhaka jugak kihkihkihkih....

ala mood xdelah nak menulis skrg nanti²lah up cerita...

eh yg tempe tu bleh try la..biasa goreng gitu2 je..

sy tak pernah buat masak taucu tau ciksue..Tempe tu memang peberet depa jang zaman

gulai taucu ni papa saya suka makan

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF